Wednesday 20 March 2013

5.369 juta penerima BR1M tunai baucar


Sehingga semalam, seramai 5.369 juta daripada 6.114 juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 telah menunaikan baucar masing-masing.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, daripada jumlah itu, 1.376 juta yang menunaikan baucar ialah individu bujang dan 3.993 juta isi rumah.

“Negeri paling ramai penerima yang menunaikan baucar ialah Selangor iaitu seramai 837,904 orang diikuti Johor 729,124 dan Sarawak 623,673,” katanya kepada pemberita selepas majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...