Saturday 23 March 2013

PANAS! 500 NGO berhimpun bantah Guan Eng #rempuh243 #jomsokongbn


Seramai 500 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) bagi membantah kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng terhadap pelbagai isu sejak lima tahun pemerintahannya di sini petang ini.

Mereka daripada kaum Cina, India dan Melayu itu daripada beberapa gabungan NGO seperti One Malaysia Brother, Malaysia Youth Right Movement, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Warisan Anak Merdeka.

Presiden Malaysia Youth Right Movement, Shee Yee Aun pada perhimpunan selama itu berkata, kehadiran mereka adalah untuk menghantar memorandum kepada Guan Eng berhubung pelbagai masalah rakyat yang perlu diselesaikan kerana banyak janji-janji dalam manifesto lalu masih gagal ditunaikan. - KOSMO!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...