Sunday 3 February 2013

LIVE UPDATE! Majlis Pelancaran My Beautiful Malaysia Pulau Pinang


Weh! Biar betul! Kerajaan Pusat dah bagi RM140 juta kepada Kerajaan Pulau Pinang untuk membangun industri pelancongan. RM 69 juta untuk naik taraf stesyen Bukit Bendera. Adeeh! Tapi Kerajaan Negeri Pulau Pinang  kutuk jugak kerajaan pusat. Dato Sri Dr Ng Yen Yen menambah hampir 50 juta pelancong asing datang ke Malaysia. Hasil pendapatan dalam industri pelancongan 1 minggu RM1.2 billion seminggu.Mak!!! Banyak tu weh!


Disamping memberi peluang pekerjaan kepada 3 juta rakyat Malaysia. Dunia telah iktiraf Malaysia sebagai negara yang ke 10 yang sangat hospitable.

Ng Yen Yen turut mengumumkan Rumah terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang yang akan dihadiri YAB Perdana Menteri. Psy Gangnam Style akan turut hadir buat persembahan pada majlis itu nanti.adeeh!!! Kecoh la..mesti sesak gila le nanti..

Dalam ucapan pelancaran YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di Tamab Negara Teluk Bahang, Pulau Pinang, Program My Beautiful Malaysia telah mendapat sokongan rakyat. Ini menunjukkan rakyat nenyokong semangat budaya kesukarelawan. Satu dana telah diwujudkan yang menunjukkan komitmen kerajaan kepada pembangunan belia dalam kesukarelaan.

Hampir 1 juta sukarelawan akan membuat aktiviti sukarelawan secara serentak di seluruh negara hari ini. Aktiviti yang akan dijalankan pada hari ini adalah aktiviti royong royong dan kemasyarakatan. Kesukarelaan akan dapat memupuk sikap yang ikhlas dikalangan belia. Memberi impak yang besar yang akan memupuk mudah berkorban dan memberi ruang belajar secara kolektif dabn menyemai kasih dan sayang dikalangan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Tambahnya lagi.

Mari kita teruskan semangat kesukarelaan. Chaiyokkk!!..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...