Thursday 7 February 2013

Pendedahan Xclusive: Kaum India Tidak Lagi Sokong DAP


Teman memang dah agak bahawa sokongan rakyat pada Pakatan Rakyat telah menurun. PRU 13 bukan lagi tsunami yang memihak kepada Pakatan Rakyat. Rakyat dah meluat dengan Pakatan Rakyat yang memperjuangkan dasar-dasar yang hampir tidak masuk akal. Rakyat sudah bijak menilai.

Satu pendedahan ekslusif seorang pakar strategik DAP menjelaskan bahawa sokongan kaum India kepada DAP menurun dengan ketara sekali. Wawancara eksklusif di DAPinsider dengan pakar strategik DAP yang mahu dikenali sebagai Oracle mendedahkan sokongan kaum India menurun hingga dibawah 50 peratus berbanding dengan 80 peratus pada PRU 12.

Wakil-wakil rakyat yang berbangsa India sendiri pun telah gagal memperjuangkan agenda kaum India. Walaupun ada 5 ahli parlimen dan 10 ADUN berbangsa India dalam DAP, telah gagal merubah nasib kaum India. Waima Chong Eng dan Hannah Yeoh yang kedua-duanya bersuamikan lelaki India, masih juga gagal. (Isu ini akan teman ulas kemudian).

Faktor slogan "Janji Ditepati" Perdana Menteri DS Najib dianggap satu faktor besar perubahan sikap pengundi India kepada BN. Sikap terbuka Najib yang bersedia mendengar masalah kaum India, telah menyelesaikan banyak tuntutan kaum India dengan berkesan. Najib sebagai satu kunci yang disebut-sebut sebagai punca kepada bertambahnya keyakinan kaum India kepada BN.

Adeehh!! DAP ni rupanya cakap berdegar-degar je..tapi habuk pun tarak. Panjang sangat le..Adeeh! Nanti teman sambung ek! Tunggu pendedahan selanjutnya nanti. Banyak lagi nih..heee..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...