Showing posts with label My Beautiful Malaysia Day. Show all posts
Showing posts with label My Beautiful Malaysia Day. Show all posts

Monday, 4 February 2013

Khalid Ismath Maki Hamun Azizan Razak


Hahaha..Padan muka. Khalid Ismath ajaran syiah ni dah meroyan pasal Menteri Besar Kedah. Azizan Razak kena maki hamun dengan Khalid Ismath. Isunya apabila Azizan Razak terlibat dalam Program Pelancaran My Beautiful Malaysia di Kedah semalam. Habis semua media buat liputan pasal Azizan Razak ambil bahagian dalam program ni. 

Apa lagi, berguni la Azizan Razak ni kena maki hamun. Balun le kome. Suka hati kome. Nak balun, kalangan kome jugak. PAS sendiri sedar, deme ni dah tak sokongan dari rakyat Kedah,. Terpaksa la join program yang dianjurkan oleh Kerajaan BN. Nak dapat simpati dari rakyat..adeehh!!! Sabo je le..Khalid Ismath ni menyibuk apa ke hal! Macam orang politik le pulak. Teringin nak jadi calon la tuh! kehkehkeh..
-

Sunday, 3 February 2013

FOTO :Sekitar My Beautiful Malaysia Negeri Pulau Pinang


Majlis pelancaran My Beautiful Malaysia peringkat Negeri Pulau Pinang telah berjaya dijalankan sebentar tadi. Berbagai-bagai acara dan aktiviti kesukarelaan seperti gotong royong dan khidmat masyarakat turut diadakan. Ribuan sukarelawan membanjiri Taman Negara Teluk Bahang Pulau Pinang bagi menunjukkan sokongan kepada program ini. Teman sisipkan beberapa foto-foto menarik untuk tatapan kome semua..














-

LIVE UPDATE! Majlis Pelancaran My Beautiful Malaysia Pulau Pinang


Weh! Biar betul! Kerajaan Pusat dah bagi RM140 juta kepada Kerajaan Pulau Pinang untuk membangun industri pelancongan. RM 69 juta untuk naik taraf stesyen Bukit Bendera. Adeeh! Tapi Kerajaan Negeri Pulau Pinang  kutuk jugak kerajaan pusat. Dato Sri Dr Ng Yen Yen menambah hampir 50 juta pelancong asing datang ke Malaysia. Hasil pendapatan dalam industri pelancongan 1 minggu RM1.2 billion seminggu.Mak!!! Banyak tu weh!


Disamping memberi peluang pekerjaan kepada 3 juta rakyat Malaysia. Dunia telah iktiraf Malaysia sebagai negara yang ke 10 yang sangat hospitable.

Ng Yen Yen turut mengumumkan Rumah terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang yang akan dihadiri YAB Perdana Menteri. Psy Gangnam Style akan turut hadir buat persembahan pada majlis itu nanti.adeeh!!! Kecoh la..mesti sesak gila le nanti..

Dalam ucapan pelancaran YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di Tamab Negara Teluk Bahang, Pulau Pinang, Program My Beautiful Malaysia telah mendapat sokongan rakyat. Ini menunjukkan rakyat nenyokong semangat budaya kesukarelawan. Satu dana telah diwujudkan yang menunjukkan komitmen kerajaan kepada pembangunan belia dalam kesukarelaan.

Hampir 1 juta sukarelawan akan membuat aktiviti sukarelawan secara serentak di seluruh negara hari ini. Aktiviti yang akan dijalankan pada hari ini adalah aktiviti royong royong dan kemasyarakatan. Kesukarelaan akan dapat memupuk sikap yang ikhlas dikalangan belia. Memberi impak yang besar yang akan memupuk mudah berkorban dan memberi ruang belajar secara kolektif dabn menyemai kasih dan sayang dikalangan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Tambahnya lagi.

Mari kita teruskan semangat kesukarelaan. Chaiyokkk!!..
-

LIVE! Boria Lawak Habis, Kena tengok


Adeess! Sakit perut nak gelak tengok telatah Persembahan Boria di My Beautiful Malaysia Peringkat Negeri Pulau. Kisah Bajet Kasih Sayang Kerajaan Pusat. Kisah bagaimana rakyat masih ada yang tak faham tentang bantuan-bantuan kerajaan kerajaan pusat kepada rakyat.

Sebelum itu, persembahan kebudayaan 1 Malaysia. Memang lawak la Boria tu.Teman bubuh beberapa keping gambar untuk tatapan kome.



-

LIVE : My Beautiful Malaysia Day Pulau Pinang


Kecoh weh! Taman Rimba Teluk Bahang Pulau Pinang telah mula dipenuhi dengan sukarelawan sempena My Beautiful Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Acara pagi ini dimulai dengan aktiviti senamtari 1Malaysia sementara menunggu pelancaran oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcob, Menteri di JPM. Jemputan kehormat turut sama menyertai Senamtari 1 Malaysia.



-

Saturday, 2 February 2013

My Beautiful Malaysia Day Pulau Pinang


Moh kita weh! My Beautiful Malaysia di Pulau Pinang. Perhimpunan sukarelawan sempena Program My Beautiful Malaysia Day akan diadakan di Dataran Taman Negara Teluk Bahang pada 3 Februari 2013 (Ahad) jam 7.30 pagi. Program gotong royong secara besar-besaran akan diadakan yang melibatkan semua kumpulan sukarelawan termasuk badan-badan kerajaan, swasta, IPT, NGO dan individu-individu yang aktif dalam aktiviti kesukarelaan. Program ini juga dijalankan serentak diseluruh negara pada tarikh yang sama. Semua warga Pulau Pinang dijemput hadir bersama-sama untuk memberi sokongan. Mai jangan tak mai..heeee
-

Wednesday, 30 January 2013

Senarai Lokasi Aktiviti "My Beautiful Malaysia Day"



Ini sudah baik. Lebih sejuta rakyat khususnya golongan belia dijangka menyertai program ‘My Beautiful Malaysia Day’ pada 3 Februari ini yang berlangsung secara serentak di 100 lokasi seluruh negara, kata Ketua Setiausaha Negara. Program ini bertujuan mencetuskan semangat sukarelawan dalam kalangan belia di negara ini selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bahawa 2013 adalah Tahun Sukarelawan Negara.

Program akan berjalan serentak diseluruh negara yang diharap akan menyedarkan golongan belia tentang kepentingan serta murninya sifat sukarela ini. Mesti havock gila. Perdana Menteri serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijangka turun padang bersama rakyat di Taman Medan Cahaya, Petaling Jaya semasa berlangsungnya program tersebut.

Moh kita sertai..

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...