Wednesday 6 February 2013

Habis Madu Sepah Dibuang, PAS PIS PUS

Teman cuba berfikir, sikap pemimpin PAS yamg berlagak seperti ulama ulung yang beranggapan deme le yang paling hebat. Semua yang deme buat semuanya betul belaka. Semacam tiada dosa langsung mengalahkan nabi.

Teman telah menerjah satu artikel di Utusan Malaysia tulisan Dr Abu Uzma Abdul Rahman, seorang pemerhati politik yang mengulas beberapa persoalan yang timbul dalam parti PAS sejak akhir-akhir ini. Intipati yang menarik perhatian teman antaranya bagaimana Datuk Hasan Ali yang begitu dipuja-puja pada mula penyertaannya kedalam PAS. Hasan Ali disambut bagai wira ulung PAS malah beliau dinaikkan ke jawatan Naib Presiden Pas dalam sekelip mata, menyingkirkan Naib Presiden lain yang lebih senior seperti Almarhum Ustaz Hassan Syukri. Hal ini dilakukan bagi memberi wajah profesional baru terhadap Pas yang ketika itu hanyalah berimej lebai kampung. Setiap kali nama Hassan diungkapkan, akan disambut dengan laungan Allahu Akbar daripada pengikut yang taksub. Ustaz Nasharudin Mat Isa juga begitu dijulang hingga dikatakan beliau adalah bayangan kepada bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Akhirnya?Habis madu sepah dibuang. Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa ditendang keluar dengan alasan-alasan yang tidak masuk akal dan munasabah.Deme ni telah dianggap liabiliti parti kerana memperjuangkan perpaduan ummah melebihi politik melampau PAS.

Alasan kolot yang budak kecik pun boleh fikir..PAS yang takut akan kebenaran. Kome bacalah lagi di artikel ini DISINI yang akan membuka minda kome semua..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...