Friday 8 February 2013

PAS Rela Peluk DAP Daripada UMNO



Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menyifatkan kepimpinan PAS dilihat lebih rela untuk ‘berpeluk’ dengan DAP daripada UMNO.

Katanya jika dilihat pada sejarah politik di Malaysia, beliau tidak menafikan bahawa tahaluf siyasi antara PAS serta komponen pembangkang selama ini merugikan parti itu. 

“Ini bukan kali pertama, sejarah sebelum ini jelas menunjukkan ia merugikan PAS.

"Kita tengok mereka sanggup berpeluk dengan DAP walaupun kini kita lihat pelbagai masalah timbul di kalangan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan BRIM di Arena Square, Pangkor, hari ini. 

Dr Zambry diminta mengulas mengenai saranan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang mahukan PAS supaya bergerak sendiri dan meninggalkan kerjasama politik Pakatan Rakyat. 

Tegas Dr Zambry PAS seharusnya sedar bahawa ia lebih menguntungkan parti itu sekiranya bekerjasama dengan UMNO

“Kita tak nampak wujud masalah sekiranya PAS mahu bekerjasama dengan UMNO,” katanya.

Sebelum ini, Dr Zambry turut menegaskan bahawa jalinan kerjasama antara PAS dan DAP umpama pinggan yang pecah.

Isu kerjasama PAS-UMNO berbangkit semula apabila Nasha dipecat daripada  Majlis Syura Ulama PAS berikutan penglibatnya dengan kepimpinan UMNO berkaitan beberapa kepentingan negara telah dipersoalkan DAP. 

Ini jelas menunjukkan bahawa walaupun PAS menjalin hubungan dengan DAP dan PKR berasaskan konsep tahaluf siyasi atau muafakat politik, pelanggaran beberapa syarat dalam ikatan itu oleh komponen pembangkang jelas menjejaskan kesucian Islam.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...