Saturday 9 February 2013

Gangnam Style Ala Asia One News Portal Singapura Sindir Kerajaan BN


Adeehh! Teman sebenarnya malas nak ambik port pasal cerita-cerita wartawan ni. Teman pun bukanlah wartawan pun. Hanya penulis picisan yang suka-suka. Cuma teman pun hairan kadang-kadang ada wartawan tak buat "homework" atau sengaja untuk menimbulkan persepsi dan pandangan negatif pada sesuatu isu. Pada pandangan teman apa yang ditulis oleh wartawan asiaone.com mengenai isu Psy Gangnam Style di Pulau Pinang, adalah bersikap berat sebelah. Lebih menumpukan kesalahan di bahu Kerajaan BN. Apa tidaknya sebab dia sokong DAP..adeeess..

Jika diperhatikan, penulis ini sendiri mengakui kehadiran Psy ke Pulau Pinang adalah ditaja oleh sebuah syarikat swasta. Ok Fine..Tapi mengapa pulak mempertikaikan mengenai pembaziran Kerajaan BN menjemput Psy ke Pulau Pinang? Teman pun naik pening. Heran bin ajaib! Macam tunggang langgang la maksudnya. Sekejap kata ditaja syarikat swasta, tapi sekejap kata kerajaan BN membazir duit negara untuk membayar Psy. Yang mana satu ni! Bazir ke tak terpulang kepada syarikat tu, suka hati dia la nak sponsor sesiapa pun. Yang mike dengki tu apa pasal?

Then, pesanan teman pada penulis ni, Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang tersebut adalah sambutan perayaan, Its not politics. You should do your definition accurately, not to hentam ikut your perceptions. Lagi  satu teman nak bagi tau pada penulis ni, tak kira la penulis asal atau pun yang tukang translate, do your homework der! Mengapa Ubah Rocket Style yang DAP buat sebelum ini tak dipertikaikan oleh penulis. Thats "totally politics" dan membazir. Apa cer? Cer story sikit atau ada udang sebalik batu?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...