Saturday, 2 March 2013

Manifesto BN Akan Diumum Selepas Parlimen Dibubarkan



Barisan Nasional (BN) kini dalam peringkat akhir menyiapkan manifesto pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dan ia akan diumumkan kepada rakyat selepas Parlimen dibubarkan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang meneliti beberapa perkara secara terperinci sebelum manifesto itu disiapkan sebelum perbincangan akhir diadakan dengan semua ketua parti komponen BN untuk mendapatkan input tambahan.

"Selepas tarikh Parlimen dibubarkan masih ada tempoh masa supaya tidak terlalu awal dan tidak terlalu lambat untuk rakyat memberi penilaian tentang apa yang kita sediakan dalam manifesto itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Rakyat 1Malaysia di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)Kelantan di Tunjong di sini, Jumaat.

Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN, berkata rakyat boleh membuat perbandingan antara Barisan Nasional dan pembangkang yang mana satu manifesto lebih menarik dan praktikal yang mampu dilaksanakan dan boleh memberi kebaikan kepada rakyat.

"Di samping manifesto peringkat nasional, di peringkat negeri pun sedang dimuktamadkan oleh ketua Barisan Nasional negeri untuk mereka menambah perkara tertentu seperti di Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed sedang siapkan yang menjurus kepada kepentingan untuk rakyat Kelantan," katanya.

Ditanya sama ada manifesto pakatan pembangkang yang diumumkan baru-baru ini realistik dan Islamik, Muhyiddin berkata rakyat boleh menilai dan antara yang diperjuangkan PAS ialah untuk menegakkan hukum hudud dan manifesto tersebut tidak disebut.

"Kami sudah buat penilaian dan kami anggap ia tidak realistik, membawa negara kepada muflis dalam tempoh ke hadapan kalau mereka berkuasa. Mereka tidak menjelaskan satu persatu, sebut secara umum, mungkin dia akan layan kelompok tertentu, dia cakap nak hapuskan PTPTN, akan hapuskan tol dan lain-lain.

"Apakah implikasi kepada kerajaan pusat yang disebut dalam manifesto itu...mana sumber kewangan, dia kata ada penjimatan kalau dapat kurangkan korupsi, kalau dapat kurangkan perbelanjaan tertentu, kami dalam kerajaan sudah 55 tahun menangani masalah itu tetapi ada had dan batas, kerana mereka (pembangkang) tidak ada pengalaman maka mereka membentangkan sesuatu yang tidak boleh dilaksanakan, mungkin kerana mereka kata manifesto bukan janji seperti di Selangor," katanya.

Muhyiddin berkata tawaran dalam manifesto tersebut nampak macam percuma kepada rakyat tetapi kos kepada kerajaan untuk menanggungnya dan akhirnya kerajaan tidak boleh lagi menanggung beban tersebut.

"Dia kata tak payah bayar tol tetapi kerajaan yang sudah ada kontrak dengan syarikat konsesi perlu bayar pampasan, duit dari mana nak cari," katanya yang turut mempersoal tawaran pembangkang untuk menurunkan harga minyak yang kini diberi subsidi oleh kerajaan.

Beliau berkata pakar ekonomi juga menyatakan tawaran pembangkang itu tidak boleh dilaksanakan dan jika dilaksanakan akan membawa negara menjadi muflis.

Mengenai dakwaan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya Umno sama seperti komunis, Muhyiddin berkata "tak betul, itu fatwa songsang, memang lumrah dibuat oleh pembangkang khususnya PAS melabel ini sudah menjadi amalan biasa, tidak ada keistimewaannya, tidak berpandu kepada hukum, tidak berpandu kepada syariat Islam, tidak berpandu kepada hadis, dia sebut sahaja begitu".

Beliau percaya rakyat tidak akan mudah terpedaya dengan tohmahan yang dilontarkan kepada Umno dan kerajaan Barisan Nasional. BERNAMA
-

Kereta Perisai Canggih Tentera M'sia Akan Dipertontonkan Umum Pada Sabtu



Kereta perisai tempur canggih yang direka untuk abad ke-21 dan bakal digunakan Tentera Darat Malaysia akan dipertontonkan kepada orang ramai buat pertama kalinya semasa sambutan Hari Tentera Darat ke-80 di Port Dickson, Negeri Sembilan, pada Sabtu.

Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan, kereta perisai yang direka bentuk di Turki itu dibawa ke tanah air dengan pesawat dan kini ditempatkan di sebuah kem tentera di Port Dickson.

"Sebenarnya kereta perisai itu masih bersifat prototaip dan ketibaan kenderaan itu adalah untuk menjalani percubaan muka bumi dan pengaruh cuaca di negara ini selama beberapa minggu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Kereta perisai yang mempunyai lapan tayar itu dibangunkan dengan teknologi Turki dan dikenali sebagai 'Pars' dan sebuah kilang akan didirikan di Malaysia untuk mengeluarkan kenderaan versi tempatan yang dikenali sebagai AV8.

Sementara itu blogger pertahanan tempatan malaysiamilitarypower.blogspot.com Harsul Fariddi ketika dihubungi memberitahu, kedatangan kereta perisai itu telah menjawab persoalan yang selama ini ditunggu-tunggu rakyat Malaysia.

"Orang ramai berasa sedikit kecewa sebelum ini kerana terdapat desas-desus projek itu gagal disebabkan reka bentuk nyatanya tidak pernah ditunjukkan dalam pameran-pameran pertahanan sebelum ini seperti di Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan (DSA) di Kuala Lumpur," katanya.

Beliau berkata, ketibaan kereta perisai canggih itu di negara ini mula dikesan apabila gambar kenderaan berkenaan yang menyertai raptai untuk sambutan Hari Tentera Darat di Port Dickson sudah mula beredar di kalangan komuniti peminat ketenteraan tempatan sejak dua hari lepas.

Berdasarkan gambar AV8 yang beliau lihat, kenderaan yang akan dipamerkan pada Sabtu merupakan versi Armour Fighting Vehicles (AFV) yang akan menggantikan kereta perisai lama ATM seperti Condor dan Sibmas.

"Saya percaya berdasarkan gambar itu, saya menjangkakan terdapat penambahan perisai pada kenderaan itu berbanding model asal dan kita melihat banyak persamaan peralatan pada satu lagi kereta perisai roda runut milik Tentera Darat iaitu ACV-300 Adnan yang juga buatan Turki," katanya.

"Kereta perisai AV8 yang akan dipertontonkan kepada umum esok (Sabtu) mempunyai peralatan 'defensive suite' aktif dan pasif menyamai atau lebih baik daripada ACV-300 Adnan dan berkongsi turet yang sama dengan meriam 25mm Bushmaster," katanya.

Malaysia membuat pelaburan RM8 bilion beberapa tahun lepas dengan Turki untuk membangunkan AV8 dengan perolehan pertama berjumlah 257 kereta perisai pelbagai varian. - BERNAMA
-

Jenazah Komando Terkorban Tiba Di Subang Pada Sabtu



Jenazah dua anggota polis komando VAT 69 yang terkorban dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah, pada Jumaat, dijadual diterbangkan ke ibu negara pagi Sabtu.

Penerbangan itu pada asalnya dijadual tiba lewat malam Jumaat.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), ACP Ramli Mohamed Yusoff memberitahu Bernama jenazah dijadual tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada kira-kira 9 pagi Sabtu.

Anggota yang terkorban dari Kem Ulu Kinta itu ialah Insp Zulkifli Mamat, 29, dan Kpl Sabarudin Daud, 46.

Allahyarham Zulkifli, yang berasal dari Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu, meninggalkan seorang balu, Noraziah Noor dan dua anak lelaki berusia empat dan satu tahun.

Allahyarham Sabarudin yang berasal dari Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor pula meninggalkan balu, Nurunisa Abu Bakar dan tiga anak - dua lelaki dan seorang perempuan. - BERNAMA
-

Lahad Datu: Kronologi Pencerobohan Kumpulan Bersenjata



Teman rasa kome kena tau tentang bermulanya kisah pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu. Bukan apa. Kronologi ini penting bagi mengelakkan perbuatan manipulasi isu yang tidak wajar khususnya dari pihak pembangkang. Teman perhatikan pembangkang telah mengambil kesempatan di atas insiden berdarah ini demi perjuangan politik sempit.

Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina yang teman kutip dari Bernama.

9 Februari - Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Februari - Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

12 Februari - Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Februari - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.

1 Feb - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.

Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

Ismail berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.

14 Februari - Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.

16 Februari - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.

Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu'antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

18 Februari - Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

24 Februari - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

26 Februari - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Februari - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

1 Mac - Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera.

Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh
-

Lahad Datu: Perintah Berkurung!



Akhirnya, langkah keselamatan terpaksa jugak dibuat memastikanPerintah berkurung telah dikenakan di bandar Lahad Datu dan kawasan sekitar dari pukul 4 petang Jumaat berikutan pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sulu di kampung Tanduo selepas pencerobohon selama 23 hari.

Seorang jurucakap polis berkata, perintah berkurung itu bagi memastikan keselamatan awam.

“Ia merupakan langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Kami berharap orang ramai dapat mengikutinya dan memberi kerjasama dengan pasukan keselamatan,” katanya.

Turut difahamkan hanya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang berkuasa untuk mengeluarkan kenyataan berhubung insiden itu.
-

Friday, 1 March 2013

Isu Lahad Datu! Tian Chua Memang Celaka!Langgar Askar Melayu


Inilah jenis manusia yang tak sedar diri. Kalau ikut beberapa pendedahan, dia jugaklah antara dalang-dalang yang disebut-sebut apa yang terjadi di Lahad Datu. Tiba-tiba Tian Chua kata insiden berdarah di Lahad Datu tersebut adalah lakonan. Apa punya bingung!

MyMassa imbas kembali kejadian pada 13 Mac 2010, kenderaan yang membawa Tian Chua telah melanggar seorang ASKAR MELAYU yang menunggang motosikal hingga maut. Puncanya, kerana Tian Chua tergesa-gesa hendak mengejar program ceramah politik.

Baca lagi DISINI
-

GEMPAR: Dr Maza Di Gelar Sundal?


Adeeh! Terkejut jugak teman bila terima email printscreen nih! Tiba-tiba pulak Dr Maza digelar sundal. Apa cerita ni der! Macam marah sangat dengan Dr Maza ni. Bila teman baca, penulis ni mendakwa kawan rapat kepada Dr Maza mengenali dari dulu lagi. Sejak KIK. Apa tuh? Cer cerita sikit. Tapi komen-komen panas ni yang teman nak kongsi dengan kome semua supaya dijadikan panduan..

Kesian Dr Maza. Teringin nak jadi calon..Tapi apakan daya kan.kan..jual mahal la pulak!  Melepas la..
-

GEMPAR! Bendera BN Disabotaj Sewaktu Banjir

Teman rasa deme ni busuk hati. Sepatutnya bantulah mangsa banjir dan bukannya ambil kesempatan. Ini perangai busuk yang dibawa-bawa sampai hitam.

Kejadian paling memilukan berlaku di depan bilik gerakan kg sri kinta. Sebanyak 16 bendera BARISAN NASIONAL telah di patahkan oleh pihak pembangkang. 

Ikuti kisah malang mangsa banjir DISINI
-

PANAS! Dr Maza Gertak UMNO Perlis?



Teman telah menerima email dari seseorang yang berkisar cerita Dr Mohd Asri dan Dr Juanda yang masing-masing Mantan dan Mufti Perlis. Jika mengikut email tersebut, teman pasti penghantar email ini benar-benar mengenali kedua-dua tokoh tersebut. Ikuti kisah yang diluahkan oleh penghantar email tersebut.

Di tengah-tengah kesibukan dan kemeriahan politik ini, tiba-tiba muncul desas desus bahawa bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhasrat bertanding pada pilihanraya kali ini. Seperti biasa, rakan karibnya yang merupakan Mufti boneka negeri Perlis Dr Juanda Jaya juga mengumumkan bahawa beliau amat berminat bertanding pada pilihanraya kali ini.

PKR dan PAS dilihat amat ghairah meminang kedua-dua mereka ini dengan pelbagai pertemuan antara mereka dengan pemimpin tertinggi parti. Mereka berdua dilayan seperti ‘king maker’. Dr MAZA dan Dr Juanda dikesan berjumpa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Malah kedua-dua mereka begitu berbangga dengan pertemuan tersebut dengan dikicaukan di laman twitter masing-masing. Mereka juga mengakui dilamar oleh UMNO agar bertanding di pihak mereka.

Benarkah begitu? Apakah politik sebenar yang sedang dimainkan oleh Dr MAZA dan Dr Juanda ini? Sehingga kini, tidak ada pertemuan antara Dr MAZA dan Dr Juanda dengan Perdana Menteri mahupun Timbalan Perdana Menteri sepertimana pertemuan 4 jam antara Dr MAZA dan Dr Juanda dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Info dalaman dari Perlis juga mengesahkan bahawa UMNO sebenarnya sudah meluat dengan mainan politik Dr MAZA dan Dr Juanda yang sering dilihat membuat kenyataan bertentangan dengan kerajaan dan bersikap sebagai ahli politik lebih sudu dari kuah. Lalu mereka berdua tidak dipertimbangkan langsung sebagai calon untuk pilihanraya kali kerana mendapat tentangan dari akar umbi UMNO.

Umum mengetahui bahawa mereka berdua ini bukanlah orang Perlis. Dr MAZA adalah orang Pulau Pinang dan Dr Juanda pula berasal dari Sarawak. Atas ehsan Shahidan Kassim, mereka berdua dilantik ke jawatan Mufti Perlis. Rakyat Perlis mahukan pemimpin tempatan mewakili mereka di dalam pilihanraya kali ini. Kedua-dua ustaz ini adalah orang luar yang langsung tidak terlibat di dalam jentera akar umbi UMNO dalam menghadapi serangan hebat Pakatan Rakyat di seluruh negara.

Mana mungkin pemimpin yang lebih senior memberi laluan mudah bagi kedua-dua ustaz yang menghentam kerajaan selama ini bertanding di kawasan mereka?

Jadi jalan mudah diambil Dr MAZA dan Dr Juanda adalah dengan cara mengugut UMNO secara halus. Mereka mengisytiharkan bahawa merea bakal bertanding dan sedang memikirkan parti mana yang harus disertai. Ini sesungguhnya amat lucu tetapi licik. Lucu kerana bagi pejuang sebenar tidak akan berada dalam keadaan ragu-ragu untuk memilih parti mana yang akan mereka sertai apatah lagi hanya tinggal beberapa minggu saja lagi sebelum Najib mengumumkan pilihanraya. Mana mungkin orang-orang seperti ini dapat memperjuangkan aspirasi parti yang mereka sokong sedangkan hingga sekarang mereka keliru dalam memilih parti mana yang terbaik bagi memperjuangkan nasib rakyat?

Licik kerana mereka berdua sebenarnya sedang mencuba mendesak Shahidan Kassim selaku Pengerusi BN Perlis memberikan mereka kerusi untuk ditandingi di Perlis. Apabila mereka membuat desas desus bahawa mereka bakal meyertai Pakatan Rakyat, kononnya Shahidan Kassim akan takut kehilangan mereka dan memberi laluan untuk mereka berdua bertanding di Perlis! Inilah yang dilakukan oleh Dr MAZA dan Dr Juanda. Mereka hingga kini berteka-teki sambil mengharapkan Shahidan Kassim memberikan tawaran menarik yang mereka impikan.

Malangnya, PKR (terutamanya Anwar Ibrahim) dan PAS gagal melihat permainan politik licik kedua-dua ustaz bernafsu dunia ini. Mereka lupa bahawa Dr MAZA adalah ulamak kerajaan yang telah membelasah PAS dengan hujah-hujah ketaatan kepada pemimpin yang kini dimainkan oleh Fathul Bari dan rakan-rakannya. Marahnya PKR dan PAS terhadap Dr MAZA adalah hingga Ustaz Badrul Amin menggelarkan beliau Bapak Setan dan mahu memancung kepalanya! Malah anak Tuan Guru Nik Aziz, Ustaz Nik Adli malah pernah begitu marah kepada Dr MAZA hingga ditulis di blog peribadinya bahawa dia ingin menumbuk Dr MAZA hingga pecah berdarah gusinya!

Hakikatnya, mereka berdua amat berharap UMNO akan mengambil mereka dan memberikan kerusi empuk untuk mereka bertanding. Mereka membina populariti di Perlis dan tidak ada nilai atau impak pengaruh mereka di Pulau Pinang apatah lagi Sarawak. Namun demikian, ahli-ahli di dalam UMNO tidak dapat menerima mereka berdua apatah lagi bila mereka selalu celupar mengkritik UMNO supaya dapat meraih populariti dari kenyataan-kenyataan mereka yang kontroversi. 

Justeru mereka mengamalkan politik sesumpah dan politik gertak dengan menunggu saja peluang keemasan yang mereka idamkan sambil mempergunakan PKR dan PAS yang diacah-acah kepadaUMNO.

Pakatan Rakyat Perlis sudah pun mempunyai calon Menteri Besar nya sendiri iaitu Saudara Mohammad Faisol Abdul Rahman, Pengerusi PKR Perlis yang juga seorang pencinta ahlul bayt. Adalah malang jika Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih mengutamakan ustaz-ustaz lalang dan langau yang tidak pernah menyatakan kesetiaan pada mana-mana parti. Ibarat kata pepatah; ‘kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan’.

Ali Reza Ahmed Askari

Pendang, Kedah.
-

GEMPAR: Perisik Filipina Dedah Dalang Di Lahad Datu




Pihak Perisik Filipina melalui Inquirer News telah mendedahkan dalang sebenar disebalik peristiwa berdarah di Lahad Datu Sabah. Menurut laporan tersebut, terdapat tiga kumpulan yang menjadi dalang pencerobohan di kawasan itu antaranya ialah Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.

Laporan tersebut juga menyebut, seorang pemimpin utama Pakatan Rakyat di Sabah yang rapat dengan Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan pihak penceroboh serta menawarkan jaminan sokongan dari Pakatan Rakyat di Sabah.

Ini sekaligus membuktikan desas desus serta khabar angin tentang penglibatan pihak pembangkang di Malaysia didalam pencerobohan di Lahad Datu bagi menggugat keselamatan negara.

Setakat ini, dua anggota keselamatan negara dilaporkan terkorban didalam pertempuran dengan penceroboh di tempat kejadian. Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando telah terkorban setelah mengalami kecederaan parah akibat tembakan mortar musuh.

Kekacauan beginilah yang dikehendaki oleh pihak pembangkang didalam negara bagi menunjukkan bahawa Malaysia tidak selamat dan stabil dibawah pemerintahan BN.

Ini semua merupakan agenda terancang Pakatan Rakyat yang terdesak untuk merampas kuasa dari kepimpinan kerajaan.

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...