Showing posts with label Filipina. Show all posts
Showing posts with label Filipina. Show all posts

Tuesday, 19 March 2013

Media Filipina Sengaja Tuduh Anggota Keselamatan Kita Zalim

Penyiar berita ABS-CBN dari Filipina melaporkan dalam lamannya semalam Senator Miriam Defensor-Santiago berkata pasukan tentera adalah dibenarkan untuk menyelamatkan rakyat mereka jika Malaysia tidak dapat menjamin keselamatan mereka walaupun undang-undang antarabangsa menghalang penggunaan tentera tersebut.

“Selagi boleh, kami mahu elak menggunakan tentera,” kata Santiago yang dipetik oleh ABS-CBN semalam.

“Tetapi jika ini sikap Malaysia... maka kita hendaklah mendapatkan pengecualian,” kata bekas pengerusi jawatankuasa hal ehwal luar Senat Filipina itu, sambil menegaskan penggunaan tentera adalah jalan terakhir yang akan diambil Filipina.

Santiago juga mengecam Malaysia kerana menggunakan jet pejuang dan serangan udara untuk menghalau penceroboh Sulu di Lahad Datu pada minggu lepas dengan berkata: “Ia seperti menggunakan peluru berpandu Scud untuk membunuh lalat.”

Laporan juga mendakwa ekoran tindakan oleh pasukan keselamatan Malaysia yang menyerang penceroboh Sulu serta beberapa penganiayaan keatas warga Filipina juga mencetuskan rasa takut mereka yang tinggal berdekatan dengan kawasan konflik tersebut.

Walaubagaimanapun tiada sebarang bukti pelanggaran hak asasi manusia seperti dilapor media Filipina dibekalkan, serta Putrajaya juga mendakwa tuduhan tersebut sebagai “palsu”.

Rabu lepas, Presiden Filipina Benigno Aquino III dilaporkan mengarahkan pegawai rasmi kerajaannya untuk menghantar bekalan makanan dan memulakan bantuan kemanusiaan kepada warga Filipina ― termasuk pendatang haram yang masuk mencari pekerja ― yang mana ratusan mereka telah pulang semula republik tersebut sejak Jumaat lalu.

Media Filipina melaporkan tuduhan terhadap penderaan dan pembunuhan sewenang-wenangnya semasa serbuan oleh pasukan keselamatan Malaysia semasa mencari saki baki penceroboh serta keatas mereka yang bersimpati terhadap kumpulan Sulu tersebut yang mendarat di Lahad Datu sejak bulan lepas.

Laporan The Philippine Daily Inquirer Selasa lalu mengatakan warga Filipina telah didakwa ditembak oleh polis di Sandakan selepas diarah berlari sepantas mungkin sebelum.

Ketika ini, ramai pemimpin Filipina mendesak pentadbiran Aquino untuk memfailkan aduan kepada Putrajaya atas tuduhan penderaan warga Filipina yang didedahkan semasa pulang ke negara tersebut sejak konflik berdarah tersebut berlaku.

Bantilan Esmail II, abang kepada “Sultan” Sulu Jamalul Kiram III, dilaporkan oleh Philippine Daily Inquirer pada Selasa lalu berkata bahawa pihak berkuasa Malaysia telah didakwa melayan buruk warga Filipina di Sabah sejak sebelum berlaku pencerobohan itu lagi.

Jumlah kematian yang dilaporkan setakat ini sepanjang pencerobohan Sulu adalah 66 orang, termasuk 56 penceroboh Sulu dan lapan pasukan polis serta seorang askar, serta seorang remaja yang tidak diketahui kewarganegaraannya.

Malaysia Instinct
-

Saturday, 16 March 2013

BREAKING NEWS : Filipina Temui Bukti Kukuh Dalang Insiden Lahad Datu


Tu dia! Terkini laporan Bernama menyebut, kerajaan Filipina menemui beberapa bukti mengenai penglibatan tokoh pembangkang di negara itu yang dipercayai membiayai keluarga Jamalul Kiram III, pemimpin kumpulan pengganas yang bertanggungjawab dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire T. Gazmin yang mengunjungi beliau di Putrajaya, semalam.

Ahmad Zahid berkata, Gazmin dalam pertemuan itu turut menyatakan komitmen Manila untuk melakukan apa sahaja bagi membantu Kuala Lumpur mengenal pasti dalang sama ada di Filipina, Malaysia atau pihak ketiga yang terlibat dalam pencerobohan tersebut.

Hah! apa lagi, dakwa je. Tangkap dan jangan takut dengan demontrasi puak-puak macai dalang laknat merosakkan negara hingga mengorbankan nyawa anggota keselamatan negara. Ayuh!!!!
-

Friday, 15 March 2013

Malaysia beri tempoh tiga hari untuk Filipina tuntut mayat pengganas


Malaysia memberi tempoh tiga hari untuk Filipina menuntut mayat rakyatnya yang ditembak dalam Operasi Daulat di sini setelah mereka menceroboh negara 12 Feb lepas.
   
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata tempoh itu yang mengikut konvensyen Geneva diberi melalui satu surat rasmi kepada Manila.
   
Surat berkenaan dikeluarkan setelah mayat penceroboh militan itu selesai dibedah siasat.
   
"Jika tidak respons dalam tempoh tiga hari, kami akan kebumikan mengikut cara yang sesuai, kalau orang Islam ikut cara Islam," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
   
Hamza berkata seramai 61 pengganas militan ditembak mati dalam Operasi Daulat yang masuk hari ke-11, dan sehingga 5 petang ini 27 daripada mayat itu telah dibawa keluar dari kawasan operasi.
   
"Kami percaya terdapat 10 lagi mayat pengganas belum dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu," katanya yang turut mengesahkan bahawa pasukan keselamatan menemui tiga kubur dan 15 mayat di Kampung Tanduo. - Bernama
-

BREAKING NEWS 7.30 PM: Tiga Lagi Pengikut Jamalul Kiram Didakwa


Sebanyak tiga lagi pengikut Jamalul Kiram yang menceroboh Sabah akan didakwa selepas ditahan oleh tentera laut Filipina dan pengawal pantai di kawasan perairan Tawi-Tawi.

Agensi berita, ABS-CBNnews.com melaporkan Setiausaha Kehakiman Filipina, Leila de Lima berkata, penahanan itu menjadikan sebanyak 38 pengikut Kiram ditahan dalam tiga kejadian berasingan di Tawi-Tawi, selepas bot yang mereka naiki dipintas pasukan keselamatan negara ini.

"Sebanyak 38 individu tersebut disoal siasat sehingga pukul 8 malam tadi. Soal siasat itu dihentikan awal ekoran ketiadaan bekalan elektrik. Mereka kini ditahan di pangkalan tentera laut di Panglima Sugala, Tawi-Tawi," katanya.

Beliau berkata, mereka akan didakwa hari ini atau Isnin ini kerana memiliki senjata api yang melanggar peraturan membawa senjata api oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan tuduhan di bawah Artikel 118 Akta Kanun Keseksaan. - Agensi
-

Saturday, 9 March 2013

TERBARU ! DALANG YANG BAYAR US600 KEPADA PENCEROBOH DI SIASAT!!


Sila baca laporan di bawah :

Pihak berkuasa Filipina telah mengeluarkan sapina kepada salah seorang penasihat kumpulan Kiram dalam apa yang dinyatakan sebagai siasatan untuk mengungkap konspirasi mengenai apa yang sedang berlaku di Lahad Datu Sabah ketika ini.

Biro Siasatan Negara (NBI) Filipina semalam telah mengeluarkan sapina kepada strategis politik Pastor “Boy” Saycon untuk hadir di ibu pejabat NBI bagi soal siasat pada Selasa depan.


Menurut Philippine Star, jurucakap kumpulan Kiram Abraham Idjirani memberitahu bahawa sapina tersebut merupakan usaha “crackdown” kerajaan Filipina terhadap pengikut Kiram.
Sapina NBI, itu ditandatangani oleh Timbalan Pengarah Perkhidmatan Perisikan Reynaldo Esmeralda, telah dihantar ke pejabat Saycon oleh ejen NBI pada jam 4 petang semalam.

Walaupun Saycon berkata beliau tidak membaca sapina itu, namun beliau memberitahu telah disapina berkaitan kes Jamalul Kiram.

Menurutnya, ramai lagi akan disapina dan Jamalul Kiram akan membentuk kumpulan peguam untuk membantu mereka yang disapina dan didakwa.

Pengarah NBI Nonnatus Rojas sebelum ini berkata biro itu telah menyiasat "orang di sebalik kejadian Sabah."

Semalam Jurucakap presiden Filipina Edwin Lacierda berkata pengikut Kiram mungkin telah terjebak dalam pergi ke Lahad Datu dengan janji USD600.

Lacierda berkata Presiden Aquino akan memberitahu Perdana Menteri Malaysia Najib Razak "bahawa terdapat 'ringleaders', dan ada yang telah tertipu."


"Kami telah membaca beberapa laporan media, bahawa sesetengah daripada mereka ... sebahagian 'tentera kesultanan', telah dibayar USD600 ... telah dijanjikan akan dibayar USD600. Mereka telah dijanjikan tanah, mereka telah dijanjikan jawatan dalam kesultanan. Itu tidak dinafikan, "kata Lacierda.

Filipina telah memberi amaran bahawa Kiram dan pengikut-pengikutnya bakal berdepan penangkapan bagi pelbagai kesalahan termasuk menghasut kepada peperangan dan pemilikan haram senjata api.

Presiden Aquino sebelum ini berkata kerajaan sedang menyiasat konspirasi di sebalik krisis Sabah, yang melibatkan personaliti yang dikenal pasti dengan pentadbiran sebelumnya. Beliau tidak menamakan nama, tetapi menyatakan bahawa serangan Sabah membabitkan pembiayaan yang besar dan logistik tidak boleh dinafikan.
Presiden Aquino sebelum ini marah dengan kejadian di Lahad Datu kerana percaya ia telah dihasut oleh individu tertentu untuk mensabotaj perjanjian damai kerajaan dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Baca Lagi DISINI


-

Friday, 8 March 2013

Malaysia Belum Mohon Ekstradisi Sultan Sulu


Filipina masih belum menerima permohonan rasmi daripada Malaysia bagi menyerahkan Sultan Jamalul Kiram III atau mana-mana pengganas Sulu yang terlibat dalam insiden pencerobohan di Sabah kepada pihak berkuasa negara itu, kata Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) Filipina pada Khamis.

"Sehingga kini kami masih belum dimaklumkan atau menerima permohonan rasmi daripada Malaysia untuk mengektradisi rakyat Filipina yang terlibat dalam insiden Lahad Datu," kata jurucakap DFA, Raul Hernandez.

"Kita tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia," katanya lagi sambil menambah bahawa sebarang permintaan untuk ekstradisi daripada Malaysia akan dirujuk kepada Jabatan Keadilan (DOJ).

Sebelum ini Setiausaha Hakim, Leila De Lima dilaporkan berkata bahawa kerajaan Filipina sedang mengkaji kemungkinan mengadakan proses ekstradisi Jamalul Kiram ke Malaysia bagi menghadapi pertuduhan jenayah.

Walau bagaimanapun De Lima berkata, keutamaan diberikan terhadap pertuduhan yang mungkin dikenakan terhadap Jamalul Kiram yang akan difailkan di sini kerana melanggar undang-undang Filipina. FILIPINA DAILY INQUIRER
-

Wednesday, 6 March 2013

DEDAH: Anwar Guna Pegawal Keselamatan Filipina Sejak 2008


Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan telah menggunakan pengawal keselamatan daripada Filipina sejak daripada Pilihanraya Kecil Permatang Pauh lagi, kata Muhamad Rahimi Osman, bekas Setiausaha Sulit Ketua Umum PKR.

“Ya. Anwar guna bantuan keselamatan Filipina sejak PRK Permatang Pauh, pada tahun 2008,”kata Rahimi sambil menambah,”anggota-anggota itu terlatih khas setaraf dengan pasukan komando dan mempunyai pelbagai kepakaran.”

Rahimi dihubungi untuk diminta mengulas tentang laporan laman ini yang mendedahkan Ketua Umum PKR itu menggunakan empat orang pengawal keselamatan daripada Filipina yang dicurigai latar belakang dan pembiayaan mereka.

Empat individu itu adalah Daniel Cruz, Noel Del Rosario, Alfred Sese dan Bong Oteyza.

Laman artemisdefense.com mendedahkan Cruz dan Noel adalah pelatih mereka bersama pelatih lain yang pernah mendapat latihan daripada FBI (Federal Bureau of Investigation), U.S. Marine Corps dan Tentera Israel.

Ketika diminta mengulas, siapakah pembiaya pengawal keselamatan dari negara asing itu, Rahimi enggan mendedahkannya, namun mendakwa mengetahui sumber-sumber dana itu.

“Ada beberapa orang ‘kawan’ Anwar yang mempunyai pengaruh di Filipina yang telah mengaturnya. Saya ada maklumat terperinci, akan dedah jika perlu,”katanya lagi.

Sumber
-

Tuesday, 5 March 2013

UPDATED : Kenyataan Presiden Filipina Berkaitan Serangan Awal Pagi Di Lahad Datu



Dari sumber berita, jurucakap Presiden Benigno Aquino III pada Selasa berkata, Filipina telah melakukan sedaya upaya bagi mengelakkan pencerobohan di Sabah yang diakhiri dengan keganasan, berikutan Malaysia melancarkan serangan ke atas lelaki bersenjata Sulu di negeri itu.

Sejumlah 27 orang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran sejak pengikut kepada Jamalul Kiram III, pewaris kepada Sultan Sulu menceroboh kawasan itu menggunakan bot pada 12 Februari.

“Kami telah melakukan semuanya sedaya upaya untuk mengelakkan perkara ini, tetapi akhirnya orang-orang Kiram memilih ‘jalan’ ini,” kata jurucakap Aquino, Ricky Carandang mengenai kumpulan lelaki bersenjata yang mendakwa negeri itu merupakan milik Kesultanan Sulu.

Carandang berkata, Setiausaha Luar Filipina, Albert del Rosario masih berada di Kuala Lumpur untuk berunding dengan rakan sejawatnya di Malaysia mengenai krisis keselamatan.
-

Krisis Lahad Datu: Filipina dan Malaysia Cari Resolusi Damai


Filipina dan Malaysia kini mencari jalan untuk mencapai satu resolusi damai berhubung insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Duta Besar Filipina ke Malaysia J. Eduardo Malaya dan Setiausaha Rendah Luar Filipina Jose Brilliantes bertemu Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein di Lahad Datu hari ini untuk mencari resolusi damai itu.

Brilliantes, yang juga Timbalan Menteri Luar Filipina, berada di Sabah bersama Malaya atas misi kemanusiaan konsulat untuk membantu.

Sebelum ini, pihak kedutaan Filipina meminta komuniti Filipina-Malaysia di pantai timur Sabah supaya bertenang dan mengelak mengambil sebarang tindakan yang mungkin merumitkan lagi keadaan. BERNAMA
-

Monday, 4 March 2013

Krisis Lahad Datu: Hackers Malaysia dan Filipina Pula Berperang


Serangan siber menular antara penggodam Malaysia dan Filipina pada hujung minggu, mencerminkan pertempuran darat di Sabah pada Jumaat dan Sabtu.
Penggodam yang didakwa daripada kumpulan penggodam Malaysia dan Filipina, Anonymous menyerang laman-laman web di kedua-dua negara.
Ia dipercayai merupakan serangan secara maya dilakukan oleh rakyat Malaysia, beberapa jam selepas insiden tembak-menembak yang berlaku antara polis dan kumpulan bersenjata Sulu pada Jumaat.
Satu mesej ditulis dalam bahasa Tagalog dipaparkan di laman Facebook milik Anonymous Malaysia pada hari berkenaan yang memberi amaran kepada Filipina bahawa mereka akan mengadakan serangan.
Blog Filipina, Pinoy Tech News yang pertama dilaporkan terdapat beberapa laman web kerajaan mereka diserang oleh perkhidmatan penafian (DoS).
Beberapa laman web lain turut terjejas.
Penggodam Filipina kemudian membalasnya, menyerang dan merosakkan beberapa laman web persendirian dan milik Kerajaan Malaysia.
Sesetengah mereka mendakwa telah menggodam laman-laman web kerajaan, dan mengumumkannya di Facebook mengenai eksploitasi mereka.
Mereka juga menggesa para pengikutnya untuk melancarkan serangan DoS terhadap laman web tempatan.
Satu kenyataan yang didakwa dilakukan oleh Anonymous menggesa penggodam dari kedua-dua negara untuk bertenang.
“Perang maya tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada kita tetapi akan memberikan tanggapan yang salah... Marilah kita membantu kedua-dua Filipina dan Malaysia supaya bersatu, tiada sebab untuk bermusuhan,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dr Amiruddin Abdul Wahab berkata, kerajaan turut menyedari perkara itu, namun beliau enggan mengulas lanjut.
MStar Online
-

Sunday, 3 March 2013

Terkini Lahad Datu: Rakyat Filipina Hina Jalur Gemilang


Nampaknya isu Lahad Datu kini mencatat satu lagi episod baru. Pagi ini, gambar di atas telah disebarkan di laman sosial rakyat Filipina dengan slogan yang bermaksud, "Rakyat Filipina sedang berjuang mendapatkan kembali wilayah kita". Kali ini giliran rakyat Filipina pula menghina Jalur Gemilang kebanggaan kita semua.
 
Semuanya kerana laman web rasmi Kerajaan Filipina di hack oleh penggodam Malaysia. 

Baca lagi DISINI
-

Friday, 1 March 2013

GEMPAR: Perisik Filipina Dedah Dalang Di Lahad Datu




Pihak Perisik Filipina melalui Inquirer News telah mendedahkan dalang sebenar disebalik peristiwa berdarah di Lahad Datu Sabah. Menurut laporan tersebut, terdapat tiga kumpulan yang menjadi dalang pencerobohan di kawasan itu antaranya ialah Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.

Laporan tersebut juga menyebut, seorang pemimpin utama Pakatan Rakyat di Sabah yang rapat dengan Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan pihak penceroboh serta menawarkan jaminan sokongan dari Pakatan Rakyat di Sabah.

Ini sekaligus membuktikan desas desus serta khabar angin tentang penglibatan pihak pembangkang di Malaysia didalam pencerobohan di Lahad Datu bagi menggugat keselamatan negara.

Setakat ini, dua anggota keselamatan negara dilaporkan terkorban didalam pertempuran dengan penceroboh di tempat kejadian. Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando telah terkorban setelah mengalami kecederaan parah akibat tembakan mortar musuh.

Kekacauan beginilah yang dikehendaki oleh pihak pembangkang didalam negara bagi menunjukkan bahawa Malaysia tidak selamat dan stabil dibawah pemerintahan BN.

Ini semua merupakan agenda terancang Pakatan Rakyat yang terdesak untuk merampas kuasa dari kepimpinan kerajaan.

-

Monday, 25 February 2013

Lahad Datu: Filipina Hantar Kapal Bawa Pulang Kumpulan Penceroboh



Kerajaan Filipina telah menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota, termasuk 30 pengawal bersenjata, yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari.

Kapal yang bernombor AT296, belayar dari Bongao, Tawi-Tawi ke perkampungan Tanduo di Lahad Datu dan berlabuh di tepi pantai sementara rundingan dengan kumpulan itu berlangsung malam Ahad.

Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) Filipina dalam satu kenyataan berkata pemberitahuan mengenai penghantaran kapal itu telah disampaikan kepada Kedutaan Malaysia di Manila, Sabtu.

Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Albert F. del Rosario dalam satu kenyataan menggesa seluruh kumpulan itu agar pulang ke rumah mereka dan keluarga, "sekalipun pada masa yang sama kami sedang berusaha menyelesaikan isu-isu utama yang mereka timbulkan".

"Sila lakukan ini demi keselamatan anda sendiri," katanya.

Mengenai kapal berkenaan, Rosario berkata: "Kami amat mengambil berat tentang kehadiran lima wanita dan beberapa orang awam dalam kumpulan itu, dan kami menggesa mereka segera menaiki kapal dan pulang ke tanah air.

Menurut kenyataan itu, di atas kapal berkenaan ialah pemimpin Islam-Filipino, serta sukarelawan dan petugas perubatan. Pada 12 Feb, bot yang mengangkut lebih 100 lelaki bersenjata yang memakai pakaian celoreng tentera mendarat di pantai Lahad Datu.

Kumpulan itu menuntut supaya mereka diiktiraf sebagai Tentera Diraja Sultan Sulu, dan tidak mahu warga asal Sulu di Sabah dihantar pulang ke Filipina.

Askar itu telah bertahan di kampung itu sejak dua minggu lepas, dan Kerajaan Malaysia memberikan mereka masa hingga Jumaat lepas (22 Feb) untuk meninggalkan negara ini.

Bagaimanapun, tarikh penamat itu dilanjutkan selama 48 jam selepas kerajaan Filipina memohon lanjutan empat hari hingga Selasa atas alasan Manila sedang berusaha memujuk kumpulan itu supaya membatalkan pendirian mereka. - BERNAMA
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...