Tuesday, 1 January 2013

Mogok Lapar Lynas, Antara Tindakan Lucu Dan Kebodohan Diri



Kumpulan Himpunan Hijau anti Lynas meneruskan rancangan mereka untuk mogok lapar di Dataran Merdeka selama 100 jam bermula pada jam 8.00 malam 27 Disember dan dijangka tamat pada 12 tengahari, 1 Januari 2013.  Laporan jam 8.00 semalam, mendapati terdapat tidak sampai pun 20 orang yang tiba di ‘tempat kejadian’.

Sebelum itu, kita harus faham bahawa mereka ini hanya mogok lapar tetapi tidak mogok dahaga kerana mereka tidak sanggup mati dalam ‘perjuangan’ ini.

Acara kemuncak mogok ini ialah pada 31 Disember di mana 10,000 kereta dan motorsikal dijangka akan menyertai mereka. Protes dicadangkan bermula di Markas Tarbiyah Pas di Taman Melewar Gombak, seterusnya di Markas Pas Chegar Mendang di Bentong sebelum menuju ke Gebeng.   Pemimpin-pemimpin PR juga akan berucap dan berceramah politik bagi memeriahkan lagi protes tersebut.

Mengikut laporan hari ini iaitu 28hb Disember, terdapat lebih kurang 60 orang ahli kumpulan ini telah ‘membanjiri’ Dataran Merdeka setakat ini.

Kebanyakannya adalah anak-anak Cina DAP yang sama ada bermasalah memahami bahasa Malaysia atau Inggeris iaitu bahasa yang digunakan dalam laporan kajian pihak berkuasa atom dan nuklear antarabangsa, atau sekadar bermasalah otak lembab untuk memahami fakta sains.

Selain itu, terdapat juga seorang anak Melayu, pendemo tersohor yang malas belajar dan enggan membayar hutang iaitu, Adam Adli.   Turut kelihatan ialah seorang dua balaci DAP paling setia dari Unit Amal Pas.

Jika diambil kira S.B dan media, jumlah sebenar yang hadir mungkin hanya sekitar 30 orang sahaja.

Walaupun jumlah ini dijangka meningkat menjelang acara kemuncak, namun ia tetap merupakan satu ‘setback’ atau permulaan yang buruk bagi satu program yang disokong atau lebih tepat didalangi pembangkang dari tiga parti yang cukup terkenal dengan tenaga demonstrasi yang ramai lagi bersemangat waja.

Protes secara mogok lapar jarang dilakukan di Malaysia apatah lagi disertai oleh golongan muda, iaitu semuda 14 tahun, menurut dakwaan pihak penganjur.

Oleh itu, kita menjangkakan satu permulaan yang menggegarkan dengan kehadiran ramai penyokong-penyokong pembangkang untuk memberi semangat kepada mereka.

Namun, seperti laporan di atas, protes ini telah bermula dengan hambar sekali sehingga kelihatan agak menggelikan hati.

Lebih-lebih lagi jika melihatnya dari segi fakta di mana apa yang diprotes mereka adalah tidak relevan sama sekali kerana Lynas telah terbukti secara saintifik sebagai selamat dan tidak membawa mudarat kepada manusia mahupun alam sekitar.

Hakikatnya, selain dari beberapa orang yang memimpin Himpunan Hijau yang telah diberi peluang mengemukakan hujah di mahkamah dan mendapat maklumat terperinci mengenai Lynas, yang lain-lainnya langsung tidak tahu apa-apa mengenai apa yang diprotes mereka.

Hakikatnya, selain dari beberapa orang yang memimpin Himpunan Hijau yang telah diberi peluang mengemukakan hujah di mahkamah dan mendapat maklumat terperinci mengenai Lynas, yang lain-lainnya langsung tidak tahu apa-apa mengenai apa yang diprotes mereka.

Mereka dilihat terkial-kial menjawab soalan mengenai Lynas mahupun radioaktif.  Seperti juga hujah ketua mereka yang dibakul-sampahkan oleh mahkamah kerana tidak punya fakta khusus mengenai Lynas melainkan pendapat dan gambaran mengenai kesan radioaktif secara am, begitulah juga jawapan yang diberi oleh peserta protes ini, malah jauh lebih dangkal lagi.

Kerana itulah kita melihat tindakan mereka bermogok lapar atau berjalan kaki dari Kuantan yang dilakukan mereka sebelum ini, sebagai satu tindakan bodoh piang.

Jelas, mereka telah diperbodohkan oleh pembangkang yang terdesak mencari isu sehingga menjadikan Lynas sebagai isu politik.  Mereka juga telah diperbodohkan oleh pihak asing yang ingin melihat kerajaan tumbang.

Selain itu, mereka juga telah diperbodohkan oleh pihak yang berkepentingan sampingan dari segi perniagaan, dalam memastikan Lynas ditutup.   Inikah puak yang merasakan mereka lebih bijak dari orang lain dan bercakap mengenai ‘regime change’?

Dari satu sudut lain pula, hakikat bahawa Lynas amat berpotensi berdaya maju dan diterajui ahli perniagaan professional Melayu yang punya jati diri yang kuat juga, tidak wajar diketepikan.

Oleh itu, nisbah kaum dalam Himpunan Hijau yang menunjukkan hampir 100% peserta adalah kaum Cina perlu diambilkira untuk membuktikan adanya sesuatu yang tidak kena dengan agenda sebenar penentangan terhadap Lynas.

Apapun, permulaan protes yang hambar adalah petanda jelas dari rakyat kepada Pakatan Rakyat iaitu demonstrasi untuk memburukkan kerajaan adalah kerja orang-orang bodoh yang dilakukan atas arahan pemimpin-pemimpin yang bodoh juga.

Ini kerana pemimpin yang bijak tidak akan ‘menyiksa’ rakyat berjalan kaki dari jauh, menahan lapar berpanas berhujan dan menghadapi risiko cedera atau tertangkap serta tergadai masa depan semata-mata untuk menang pilihanraya.

Sebaliknya, pemimpin yang bijak akan menjaga kawasan politiknya serta negeri jajahannya dengan sebaik mungkin untuk memastikan rakyat mengundi mereka.

Nampaknya, dalam usaha puak-puak bodoh Himpunan Hijau menghancurkan Lynas, Pakatan Rakyat telah pun hancur terlebih dahulu.

-

MOGOK LAPAR YANG SEDANG BERLAPAR, KESIAN


Apa pasal marah-marah ni! Kalau nak mogok lapar, mogok lapar la betul-betul. Boleh minum-minum le pulak! bagus le macam tu, tak yang mati kering. Tapi yang terkantoi tak nak mengaku pulak tu! Siap ada gambar lagi. habis tu siapa? Jurucakap  Himpunan Hijau: Mogok Lapar,  menafikan dakwaan sebuah portal berita bahawa terdapat beberapa aktivisnya makan secara senyap-senyap tanpa pengetahuan orang ramai.
Sedapnye makan, kebulur ek!

Punya la lapar tak nampak kiri kanan dah!
Hah eleh! Lepas tu kata pulak yang makan tu hanyalah penyokong perhimpunan tersebut. Eh!eh! macam tu pulak. Dah kantoi, mula la cakap pusing-pusing. Percaya la kome pada penipu-penipu ni! cakap tak serupa bikin.ptuii!!!
-

Sambutan Tahun Baru 2013 Disambut Penuh Warna-Warni



Pertunjukan bunga api menerangi ruang angkasa Dataran Merdeka di sini, Selasa sempena sambutan Tahu Baru 2013.

Ia dianjurkan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang menyaksikan rakyat pelbagai kaum membanjirinya sejak 6 petang, termasuk para pelancong asing.

Timbalan Perdana Tan Sri Muhyiddin Yassin, isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri Datin Seri Maznah Rais serta menteri-menteri kabinet turut hadir memeriahkan sambutan bersama lebih 1,300 rakyat pelbagai kaum.

Para pengunjung bersorak gembira apabila jam di Bangunan Sultan Abdul Samad berdetik sebanyak 12 kali bagi menandakan permulaan tahun baru.

Situasi yang sama turut dilihat di beberapa tempat lain di sekitar ibu negara seperti di Menara Berkembar Petronas, Bukit Bintang serta pusat pentadbiran Putrajaya.

Sambutan di Dataran Merdeka turut disiarkan secara langsung menerusi televisyen yang juga memuatkan tayangan video klip perutusan tahun baru daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Di Menara Berkembar Petronas, kira-kira 10,000 pengunjung membanjiri sekitar taman awam bagi menyaksikan sambutan dengan persembahan memukau 'Lake Symphony Fountain Show', diiringi persembahan bunyian dan cahaya yang menarik sebelum percikan bunga api memenuhi ruang angkasa tepat pada tengah malam.

Sementara itu kawasan rekreasi Taman Tasik Titiwangsa, di sini turut digegarkan dengan persembahan artis dalam Konsert KL Aktif 2013 anjuran stesen radio KLFM dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Di PUTRAJAYA, percikan bunga api mewarnai ruang angkasa bagi melengkapkan acara yang turut mengadakan Konsert Ambang Tahun Baru di Dataran Putrajaya yang dimeriahkan dengan kemunculan artis-artis terkenal.

Sambutan dianjurkan Putrajaya Holdings Sdn Bhd bersama Kumpulan Ambank, yang turut disiarkan secara langsung menerusi televisyen.

Di MELAKA, acara sambutan diserikan dengan program keagamaan di Masjid Al-Alami, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah yang diketuai Mufti Negeri Datuk Wira Rashid Redza Md Saleh beserta bacaan Yasin dan tahlil.

Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam turut hadir bersama kira-kira 1,000 jemaah.

Acara sambutan ambang tahun baru turut diadakan di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir yang disertai lebih 10,000 pengunjung tempatan dan luar negara.

Di JOHOR BAHARU, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman bersama Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyertai ribuan masyarakat menyambutnya di Sutera Square.Turut diadakan konsert oleh artis tempatan dan antarabangsa dari Taiwan dan Singapura.

Di GEORGE TOWN, 10,000 pengunjung membanjiri Padang Kota Lama bagi menyertai acara menghitung detik tahun baru.

Di IPOH, sambutan diadkan di Stadium Indera Mulia yang disertai 5,000pengunjung. - BERNAMA
-

Kalimah ALLAH hanya untuk Islam, Guan Eng Jangan Nak Sibuk!



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengulangi kenyataan bahawa lafaz ALLAH merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh diguna atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata perkara itu telah diputuskan pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008.

"Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Othman berkata, kalimah ALLAH merupakan kalimah suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah dan oleh itu umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini.

Katanya, sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada agama Islam, umat Islam dan rakyat Malaysia.

"Semua pihak seharusnya memaklumi bahawa kes berkaitan penggunaan kalimah ALLAH yang bermula pada tahun 2009 yang lalu masih belum selesai dan masih dalam peringkat rayuan ke Mahkamah Rayuan.

"Oleh yang demikian membicarakan isu berkaitan sama ada penganut Kristian Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan kalimah 'Allah' dalam bible Bahasa Melayu dilihat seolah-olah mendahului mahkamah sendiri dan bersifat 'subjudis'", katanya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia bertanggungjawab memberi sepenuh kebebasan kepada mahkamah untuk membuat penghakimannya dan Jakim berpegang kepada semangat patuh kepada undang-undang sedia ada iaitu biarlah mahkamah membuat keputusan yang benar-benar adil dan mengambil kira keharmonian semua kaum dan agama di negara ini.

Katanya, tindakan sesetengah pihak yang mengeluarkan pendapat sendiri dan mendahului mahkamah dan mengkucar-kacirkan keharmonian antara kaum dan agama demi meraih keuntungan politik sempit amat dikesali. 

Justeru, Jakim menggesa semua pihak supaya kembali menghayati semangat kedaulatan undang-undang yang dilaung-laungkan selama ini untuk memastikan keharmonian antara kaum dan agama terus terpelihara dan dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Semua pihak harus menyokong keputusan yang dibuat oleh kerajaan yang bermatlamat untuk mengekalkan keharmonian antara kaum dan agama," katanya. - Bernama
-

BRIM 2.0 Akan Dibayar Februari Depan Dengan Kos RM3 Bilion



KUALA LUMPUR: Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) akan dilaksanakan bermula Februari depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata bantuan BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, beliau berkata ketua isi rumah yang tercicir dari senarai penerima BR1M yang lepas atau belum pernah memohon masih berpeluang berbuat demikian.

Beliau berkata sebanyak 2,684,916 permohonan baharu untuk BR1M 2.0 (BR1M) telah diterima sehingga hari ini di mana ia melibatkan 1,823,039 individu bujang manakala baki 861,877 diterima daripada isi rumah (keluarga).

"Kerajaan menggalakkan lebih ramai individu bujang memohon untuk mendapatkan BR1M 2.0. Pendaftaran akan terus dibuka sehingga satu tarikh yang diumumkan kelak," katanya.

Tahun lepas, seramai 4.2 juta penerima mendapat manfaat daripada BR1M, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion.-- BERNAMA
-

Terengganu, Pahang Hadapi Ancaman Banjir Gelombang Kedua



KUALA LUMPUR: Belum pun reda banjir gelombang pertama, kini dua negeri Pantai Timur kembali dilanda banjir gelombang kedua sehingga menyebabkan lebih 900 penduduk terpaksa dipindahkan.

Di TERENGGANU, 800 mangsa dipindahkan setakat 6 petang Isnin dengan tiga daerah iaitu Kemaman, Hulu Terengganu dan Dungun membuka kembali pusat pemindahan banjir kerana beberapa kawasan dinaiki air susulan air pasang dan hujan lebat sejak pagi.

Menurut portal banjir negeri, lima pusat pemindahan di Hulu Terengganu menempatkan 599 mangsa, manakala 162 berada di dua pusat di Kemaman dan 39 di satu pusat pemindahan di Dungun.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran negeri (JPS) berkata pada keseluruhannya paras air di bebeapa sungai utama di Terengganu sedang meningkat berikutan hujan lebat.

Berikutan itu, penduduk yang tinggal berdekatan sungai dinasihatkan supaya kembali berwaspada dengan keadaan banjir. Di PAHANG, gelombang kedua banjir menyebabkan 152 mangsa dipindahkan ke tigapusat pemindahan di sekitar Kuantan akibat banjir selepas hujan tidak berhenti sejak malam semalam.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), 98 mangsa dari Kampung Galing, Galing Besar dan Taman Sri Kuantan kini ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Galing, manakala sembilan mangsa dari Kampung Sungai Ular dipindahkan ke SK Sungai Ular.

Seramai 45 mangsa dari Kampung Seberang Balok kini berada di Dewan Orang Ramai Balok.

Dua laluan terpaksa ditutup iaitu di Kilometer (KM) 24 Bukit Penggorak-Cherating dan KM18 Jalan Kuantan-Bypass (selepas Balai Bomba Gebeng).

Di KELANTAN, hujan lebat yang melanda Kelantan sejak malam tadi menyebabkan beberapa batang sungai utama mula meningkat namun masih berada di parasberjaga-jaga.

Keadaan cuaca di Kelantan ketika ini mendung dengan sesekali hujan lebat.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, kesemua 25 mangsa daripada lima keluarga di pusat pemindahan SK Pengkalan Kubur 2, Tumpat telah dibenarkan pulang. -- BERNAMA
-

PERUTUSAN PM SEMPENA TAHUN BARU 2013



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Isnin mengajak rakyat untuk bersama-sama beliau menanam azam tahun baru ke arah membina masa depan Malaysia yang lebih cerah.

Najib berkata jika diberi mandat yang jelas, beliau dan kerajaan pimpinannya berikrar akan menggunakan kepercayaan yang diberi dengan sebaik-baiknya dengan menepati segala janji dan komitmen yang diberi seperti yang telah dibuktikan selama ini.

"Marilah bersama-sama saya untuk menjadikan impian kita ini suatu realiti. Berdirilah di sisi saya untuk kita bersama-sama menentukan kejayaan, bergeraklah dan bekerjalah bersama-sama saya untuk melakar sebuah masa depan yang terbaik, untuk negara dan anak-anak kita," katanya dalam perutusan Tahun Baru 2013 yang disiarkan melalui radio dan televisyen pada malam Isnin.

Perdana Menteri berkata, beliau dan kerajaan hari ini tidak akan mampu mengkhidmati rakyat Malaysia dengan kadar yang terbaik tanpa sokongan dan dukungan padu daripada seluruh rakyat.

Najib juga berkata negara amat memerlukan sumbangan daripada rakyat dalam setiap perancangan yang dibuat di mana bagi kerajaan tidak ada istilah sumbangan kecil atau besar, yang ada hanyalah kesanggupan untuk melakukan sesuatu.

"Marilah kita tanyakan diri kita apakah yang mampu kita lakukan untuk menentukan apa yang kita dambakan, apa yang kita impikan mampu tercapai.

"Masa depan negara dan anak-anak kita adalah terlalu penting untuk dipertaruhkan mahupun untuk dijadikan bahan eksperimen. Membina sebuah negara yang berjaya memerlukan usaha yang berterusan dengan hala tuju yang jelas.

"Meruntuhkan sebuah negara pula hanya memerlukan masa yang pendek namun kesannya berpanjangan. Di tangan kitalah terletak keputusan bagaimana masa depan negara hendak dicorakkan, ke mana Malaysia hendak dibawa," katanya.

Menyimpulkan kesan transformasi kerajaan pada tahun 2012 sebagai positif selepas berakhir fasa pertama prakarsa transformasi yang melibatkan kerajaan, ekonomi dan politik, Perdana Menteri berkata angka tunjuk negara dalam pelbagai bidang di peringkat antarabangsa telah meningkat secara yang membanggakan.

Najib berkata ia terbukti melalui laporan Bank Dunia, "Doing Business 2013" meletakkan Malaysia sebagai negara ke-12 paling mudah berurus niaga di dunia manakala laporan "World Competitiveness Yearbook 2012" telah menempatkan Malaysia sebagai negara ke-14 paling berdaya saing di dunia.

Beliau berkata di sebalik semua yang berlaku, kerajaan tetap perlu mengambil iktibar dan pengajaran daripada pengalaman lalu dalam menangani cabaran yang bakal mendatang tahun depan dengan meneruskan dan menambah baik apa yang terbukti baik dan terbukti berjaya serta setiap kegagalan ditamatkan dan dijadikan teladan.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menyarankan empat asas daripada Dasar Transformasi Nasional yang perlu diteruskan, ditingkatkan dan dipastikan dalam memastikan wawasan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi tercapai.

Pertama, katanya, perlu meneruskan agenda nasional bagi mengukuhkan perpaduan kebangsaan yang merupakan teras kelangsungan negara dengan berpandukan falsafah 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Kedua, usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan sistem jaringan keselamatan sosial akan diteruskan di mana bantuan kebajikan dan subsidi adalah disasarkan kepada yang benar-benar memerlukan.

"Ini diperkukuhkan lagi dengan jaringan kebajikan institusi keluarga, korporat dan keagamaan di mana setiap rakyat yang memerlukan bantuan akan memperolehnya," katanya.

Ketiga, katanya meningkatkan kemakmuran negara dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan, kesihatan fiskal dan merangsang sistem pergerakan sosial yang bertunjangkan harapan, di mana pencapaian seseorang individu tidak hanya dihadkan oleh daya imaginasi.

Beliau berkata sebaliknya daya keusahawanan dan sejauh mana kesanggupanindividu berkenaan untuk bekerja keras dengan gabungan kreativiti, inovasi dan kesanggupan mengambil risiko akan mendatangkan laba yang lumayan.

Najib berkata asas keempat yang perlu diteruskan dan ditingkatkan adalah memastikan Malaysia menjadi tempat terbaik untuk membina kehidupan berkeluarga dengan segala aspek dan keperluan hidup seperti keselamatan, kejiranan, kesihatan dan pendidikan dipenuhi sebaiknya. -- BERNAMA
-

Datuk K Jalani Fisioterapi, Bersabarlah Siti



Teman baca berita keadaan Datuk K, suami Siti Nurhaliza akan kembali pulih. Difahamkan Datuk K perlu menjalani fisioterapi bagi memulihkan kesihatannya. Semoga Siti Nurhaliza akan tabah disamping suami tercinta. Kena banyak sabar mungkin dugaan Allah beri pada Siti. 

Usahawan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K yang mengalami patah bahu akibat kemalangan motosikal di Queenstown, New Zealand pada 13 Disember lalu perlu menjalani rawatan fisioterapi bagi memulihkan kesihatannya.

Isterinya, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin berkata, akibat kejadian itu beliau akan memberikan tumpuan untuk menjaga suaminya itu sepanjang tempoh rawatan tersebut.

"Siti dan suami telah pun selamat pulang ke tanah air sejak 29 Disember lalu setelah lebih dua minggu berada di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand.

"Syukur ke hadrat Ilahi kerana kondisi suami kembali pulih dan beliau sedang mendapatkan rawatan fisioterapi kerana kecederaan tersebut.

“Kami berharap agar dapat diberikan ruang dan masa untuk menghadapi situasi ini sehingga Datuk K pulih," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada mStar Online di sini pada petang Isnin.

Dalam pada itu, Siti turut memohon maaf kepada pihak media kerana tidak dapat memenuhi permintaan mereka yang mahu mendapatkan kenyataan mengenai perkembangan terbaharu suaminya itu.

Menurut Siti, Datuk K yang masih menjalani beberapa rawatan susulan pada masa ini dinasihatkan oleh pihak doktor agar berehat dan mengehadkan kehadiran tetamu yang mahu melawat.

"Siti dan keluarga mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan doa semua pihak untuk Datuk K dan berharap agar kenyataan ini dapat menjelaskan keadaan beliau buat masa ini," katanya.

Sumber
-

GEMPAR: HIMPUNAN PAKATAN UNTUK GULING KERAJAAN


Pakatan Rakyat ni tak habis-habis nak buat demontrasi. Betullah apa yang dikatakan Ustaz Fathul Bari, golongan syiah telah menular ke parti-parti politik Pakatan Rakyat khususnya PAS. Kerana fahaman syiah sahaja lah yang menghalalkan demontrasi ni. Tidak menjadi pelik sokongan hubungan songsang LBGT diterima baik oleh Pakatan Rakyat untuk bersama-sama dalam apa-apa demontrasi. 

Dengan hak asasi manusia kerajaan dipaksa menghormati hak-hak asasi rakyat untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan, sebagaimana yang dijamin oleh perlembagaan. Sepertimana golongan khawarij menentang pemerintah dengan alasan-alasan longgar seperti zalim dan kejam. Pelik, sejauhmana kerajaan BN ini zalim dan kejam. Teman tertanya-tanya pulak. Sepanjang pengetahuan teman, zalim adalah perkataan yang amat tajam sehingga boleh membawa kematian dan kejam hingga boleh menyiksakan yang amat pedih sebelum kematian.

Tak pernah pula teman dengar. Pelik! Hanya berani mengungkap perkataan-perkataan yang deme sendiri tidak faham. Kerana sedap didengar dan lebih mudah mendapat simpati rakyat. Pada hakikatnya tiada apa pun yang boleh dituduh kerajaan BN zalim dan kejam.  Rakyat Malaysia bebas kemana-mana sahaja sehingga bebas untuk memfitnah dan mencaci kerajaan. Hanya ingin menimbulkan persepsi negatif yang berniat jahat. 

Pakatan Rakyat melihat kejayaan revolusi Mesir sebagai panduan asas yang ditanam oleh Yahudi-Yahudi yang bertopengkan agama untuk meracun pemikiran rakyat. Teman yakin, perkara ini tiada kesudahan walaupun selepas PRU 13 sehinggalah deme boleh mengguling kerajaan yang sah dengan cara kekerasan. Itu lah tujuan sebenarnya Pakatan Rakatan.

-

TAHUN 2012 JADI PANDUAN, TAHUN 2013 JADI CABARAN


Teman ambil kesempatan nak ucap pada semua rakyat Malaysia memasuki lembaran dan helaian baru Tahun 2013. Harap-harap lembaran 2013 akan menjanjikan yang terbaik buat rakyat Malaysia dan Tahun 2012 dijadikan sebagai panduan. Biarlah sejarah mengajar kita untuk memilih yang terbaik. Kita harus bersyukur dengan apa yang ada. Kekalkan keharmornian yang sedia ada. Sejarah itu mendewasakan kita semua. Chaiyokk!!!

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...