Showing posts with label Saman Polis. Show all posts
Showing posts with label Saman Polis. Show all posts

Tuesday, 12 February 2013

Saman..Saman..Anak Pak Saman


Adeeh! Kalau bab saman-saman dah menjadi sebati dengan Pakatan Rakyat. Silap sikit je, saman, saman.saman. Sebab apa? Sebab dah kantoi! Seba dah terbuka pekung didada. Sebab semua orang dah tau cerita sebenar. Sebab nak tutup mulut! Cara mudah, saman aje. Jadi orang boleh diam. ptuii!!!

Kome bacalah ni, teman tak tau nak cakap apa dah! faham-faham sendiri lah!

Trend saman-menyaman dalam kalangan ahli politik sejak pilihan raya umum lalu lebih banyak dibawa oleh pembangkang berbanding pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno.

Penasihat undang-undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun mengakui kes saman-menyaman fitnah antara pemimpin politik melonjak awal tahun lalu, terutamanya membabitkan pemimpin pembangkang.

Beliau mendakwa, tindakan menyaman ini bukan untuk mempertahankan hak tetapi bertujuan “mendiamkan atau mengugut” pemimpin Umno, selain mahu mendapatkan wang serta mempertikaikan sistem kehakiman negara.

Berdasarkan pengalamannya, katanya, hanya lima kes telah difailkan oleh pemimpin Umno terhadap pembangkang berbanding pembangkang ke atas pemimpin-pemimpin BN dan Umno.

“Memang kita dapat lihat kes saman-menyaman fitnah ini semakin melonjak sejak kebelakangan ini.

“Ini dapat dilihat melalui kes saman-menyaman oleh pemimpin PKR, DAP, dan Pas terutamanya terhadap akhbar Utusan Malaysia berbanding ahli Umno.

“Pandangan saya ialah bukan untuk mempertahankan hak mereka sebagai ahli politik, sebaliknya bertujuan mendiamkan atau mengugut, selain untuk kewangan bagi menampung kos pilihan raya mereka, yang akan datang serta untuk menunjukkan kepada rakyat keputusan
mahkamah telah dipengaruhi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Hafarizam berkata, seseorang ahli politik itu perlu menganggap kritikan dan cemuhan itu sebagai asam garam di dalam profesionnya.

Bagaimanapun katanya, jika kritikan itu dibuat berdasarkan kes rogol, rasuah, penyelewengan dan sebagainya dalam khalayak ramai, perlu diambil tindakan, tetapinya bukan untuk meraih undi rakyat.

“Ia perlu dipakai hanya apabila kes itu betul-betul fitnah dan mengheret pemimpin sama ada pembangkang atau kerajaan ke kancah penghinaan dalam khalayak ramai atau awam.

“Kalau setakat tidak layak menjadi perdana menteri kerana kes terdahulu melibatkan liwat, menyokong kesamarataan agama dan sebagainya, itu lebih baik ditangani secara politik kerana motifnya jelas untuk meraih undi,” katanya. (Sinar)


-

Monday, 11 February 2013

PAs Akan Saman Polis! Bodoh Punya Kerja!




Gila ke apa? Nak saman Polis pulak. Adehh! PAS ni dah tak betul la! Dah mereng la kot. Parti macam ni ke kome nak sokong. Malu la! cakap tak serupa bikin. Tiba-tiba pulak Polis yang salah. Buat pun salah, tak buat pun salah.  Deme aje yang betul.

Ini lagi sekor! Berlagak dan ego. Mentang-mentang la jadi peguam, maka semua orang dia nak saman. Allah marah orang yang sombong dan ego weh! Jangan cakap sembarangan. Ingat kalau dah jadi peguam, boleh buat sesuka hati ke?

Laporan Haramkah Daily, PAS bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kepada polis jika terus membiarkan kegiatan menyekat aktiviti PAS oleh pihak lain. Ketua Lajnah Undang-undang PAS, Haji Asmuni Awi berkata, memang menjadi 'statutory duty' kepada pasukan polis untuk mencegah pergaduhan, jenayah dan sebagainya.

"Tetapi jika polis berada di tempat kejadian tetapi tidak mencegah pihak yang membuat pergaduhan misalnya, hanya menjaga lalu lintas sahaja, itu sudah salah.

"Oleh itu kita sedang mengkaji tindakan undang-undang terhadap pihak polis," 

Teman rasa Asmuni Awi dah lupa peristiwa Bersih 3.0 tempohari. Bagaimana beruk-beruk Bersih 3.0 merosakkan kenderaan Polis dan cuba menghalang tugas-tugas pasukan keselamatan pada ketika itu. Apa kata Polis saman je beruk-beruk Bersih 3.0 tu!. Apa macam? Ingat kome je boleh saman Polis. Adilkan!Lain kali fikir dulu sebelum buat! Jangan ingat dah jadi peguam anggap diri tu macam Tuhan! ptuii!!!
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...