Tuesday, 12 February 2013

Saman..Saman..Anak Pak Saman


Adeeh! Kalau bab saman-saman dah menjadi sebati dengan Pakatan Rakyat. Silap sikit je, saman, saman.saman. Sebab apa? Sebab dah kantoi! Seba dah terbuka pekung didada. Sebab semua orang dah tau cerita sebenar. Sebab nak tutup mulut! Cara mudah, saman aje. Jadi orang boleh diam. ptuii!!!

Kome bacalah ni, teman tak tau nak cakap apa dah! faham-faham sendiri lah!

Trend saman-menyaman dalam kalangan ahli politik sejak pilihan raya umum lalu lebih banyak dibawa oleh pembangkang berbanding pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno.

Penasihat undang-undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun mengakui kes saman-menyaman fitnah antara pemimpin politik melonjak awal tahun lalu, terutamanya membabitkan pemimpin pembangkang.

Beliau mendakwa, tindakan menyaman ini bukan untuk mempertahankan hak tetapi bertujuan “mendiamkan atau mengugut” pemimpin Umno, selain mahu mendapatkan wang serta mempertikaikan sistem kehakiman negara.

Berdasarkan pengalamannya, katanya, hanya lima kes telah difailkan oleh pemimpin Umno terhadap pembangkang berbanding pembangkang ke atas pemimpin-pemimpin BN dan Umno.

“Memang kita dapat lihat kes saman-menyaman fitnah ini semakin melonjak sejak kebelakangan ini.

“Ini dapat dilihat melalui kes saman-menyaman oleh pemimpin PKR, DAP, dan Pas terutamanya terhadap akhbar Utusan Malaysia berbanding ahli Umno.

“Pandangan saya ialah bukan untuk mempertahankan hak mereka sebagai ahli politik, sebaliknya bertujuan mendiamkan atau mengugut, selain untuk kewangan bagi menampung kos pilihan raya mereka, yang akan datang serta untuk menunjukkan kepada rakyat keputusan
mahkamah telah dipengaruhi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Hafarizam berkata, seseorang ahli politik itu perlu menganggap kritikan dan cemuhan itu sebagai asam garam di dalam profesionnya.

Bagaimanapun katanya, jika kritikan itu dibuat berdasarkan kes rogol, rasuah, penyelewengan dan sebagainya dalam khalayak ramai, perlu diambil tindakan, tetapinya bukan untuk meraih undi rakyat.

“Ia perlu dipakai hanya apabila kes itu betul-betul fitnah dan mengheret pemimpin sama ada pembangkang atau kerajaan ke kancah penghinaan dalam khalayak ramai atau awam.

“Kalau setakat tidak layak menjadi perdana menteri kerana kes terdahulu melibatkan liwat, menyokong kesamarataan agama dan sebagainya, itu lebih baik ditangani secara politik kerana motifnya jelas untuk meraih undi,” katanya. (Sinar)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...