Showing posts with label Politik DAP Zairil Khir Johari. Show all posts
Showing posts with label Politik DAP Zairil Khir Johari. Show all posts

Saturday, 5 January 2013

BONGKAR: ZAIRIL KHIR JOHARI NI ANAK SIAPA? CUBA TEKA




Teman pernah tertanya-tanya, siapakah Zairil Kir Johari yang begitu disanjung-sanjung dalam DAP. Muka tak mcam Melayu pun, tapi nama sebijik Melayu. Teman pernah mengoogle beberapa artikel mengenai Komunis ni tapi masih gagal. Wikipedia masih menunjukkan komunis ni anak kepada Khir Johari. Tapi hari ini teman terjumpa yang ini, pendedahan yang wajib kome ketahui kebenarannya.

1 – Melihat kepada muka Zairil Khir Johari dan ditambah lagi apabila beliau dilantik oleh Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Politik kepada Secretary General LGE,  orang yang paling tidak boleh dipercayai di Penang, maka ada sesuatu yang tidak kena terhadap beliau.

2 – Zairil Khir Johari dikatakan ‘anak’ kepada Tan Sri Khir Johari, bekas penjuang kuat UMNO. Kenapa beliau berjuang bersama Komunis DAP? Adakah Zairil anak sedarah sedaging TS Khir?

3 – Bertambah keraguan disebabkan pemikiran> Zairil langsung tidak melambangkan semangat perjuangan orang-orang Melayu. Pandangan seperti ini bersepah-sepah di Singapura. Jelas Penang berkiblatkan Singapura dan menuju kearah itu. Malah perlantikan beliau kedalam DAP hanyalah untuk menghapuskan pandangan yang Komunis DAP adalah anti-Melayu>, walaupun tidak diakui oleh LGE.

4 – Orang-orang lama di Kampung Kancut, Alor Setar memang mengetahui bahawa Pak Khir Johari bersama-sama Che Tom Abdul Rahman (Puan Sri Kelsom) berkhawin pada 1943 dan Che Tom meninggal pada 20hb September 1994. Umum juga mengetahui bahawa Che Tom dan Pak Khir mempunyai 7 orang anak.

5 – Zairil mengumumkan beliau mempunyai 9 adik beradik. Sembilan tolak 7, jadi 2. Mana datangnya selebihnya dua orang itu.

6 – Selepas peninggalan Che Tom, Pak Khir Johari berkhawin semula dengan Puan Sri Christine Lim pada February 1996. Jika Zairil dilahirkan pada 1996 atau 1997, maka Zairil sekarang berumur 15 atau 16 tahun.   Umur Zairil sekarang 28 tahun. Sudah! Kacau! Terlebih 12 tahun!

7 – Sah dan jelas bahawa Zairil bukan anak kandung Pak Khir. Beliau adalah anak Christine Lim bersama bapak kandung asalnya yang berbangsa China. Atau pun Christine Lim tidak pernah berkhawin dengan sesiapa pun sebelum beliau berkhawin dengan Pak Khir?  WooooW ini sudah menarik!

8 – Yang jelas dan secara ‘sah’, Zairil bukanlah anak kandung Pak Khir. Bermakna,

Zairil Berbangsa China.
Zairil Berbangsa Melayu
(selepas masuk Islam, tutur Bahasa Melayu, ikut adat Melayu)

Sekali lagi Lim Guan Eng Seorang Oportunis Yang Nampak Peluang dan Mengambil Kesempatan.

9 - Mungkin juga Pak Khir juga biological father kepada beliau. Atau hanya Bapa Tiri.

Zairil Bin Khir Johari
Zairil Khir Johari Bin Abdullah

10 – Ramai juga bapak-bapak zaman dahulu meng-bin-kan Anak Angkat dengan nama mereka sendiri.

11 – Rumusan dan jalan penyelesiannya?

Kita tengok Surat Beranak !
DNA !       DNA !

Kome baca lagi DISINI
-

Friday, 21 December 2012

DEDAH: Pemimpin Pakatan Rakyat adalah Warga Asing


Percaya atau tidak, terpulang kepada penilaian kome.  Teman percaya adalah agenda tertentu Pakatan Rakyat untuk menajdi Malaysia sebuah Negara Republik.  Banyak pendedahan telah dilakukan oleh beberapa blogger mengenai siapakah deme ni.  Bagaimana susurgalur kelahiran deme ni didedah satu persatu.

Kali ini, Blogger My Massa mendedahkan kesahihan Zairil Khir Johari sebagai Melayu tulin.  Hasil pendedahan mendapati Zairil Khir Johari tiada ber"BIN" seperti anak melayu yang lain dalam semakan pemilih.  Persoalan, samada Zairil Khir Johari anak Tan Sri Khir Johari.  Adakah Zairil ini Melayu?  Sepanjang pengetahuan teman, nama yang tanpa ber"BIN" di Malaysia adalah bukan Melayu dan Bumiputera. jadi, apakah bangsa Zairil Khir Johari. Ada khabar-khabar angin mengatakan Zairil ini adalah "anak tak masuk buku" tapi kesahihannya teman tidak dapat dipastikan.  Harap-harap kome faham le..

Timbul pulak tanda tanya mengenai kod kad pengenalan "71" yang menunjukkan Zairil bukan lahir di Malaysia.  Mungkin Singapura atau Indonesia.  Begitu juga dengan beberapa pemimpin PKR yang berkod "71" di nombor kad pengenalan masing-masing.  Mungkin deme ni "Alien"..heeee

Kome baca seterusnya DISINI
-

Monday, 17 December 2012

DEDAH: ZAIRIL KHIR JOHARI AKAN JADI MENTERI BESAR MELAYU CINA

Teman cuba nak mengulas sedikit tentang penolakan bangsa Cina untuk menerima Melayu menjadi sebahagian daripada CEC DAP baru-baru ini.  Kesemua Melayu yang bertanding merebut 20 kerusi jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, kalah teruk.  Secara rasionalnya, ahli-ahli DAP menolak penyertaan orang Melayu dalam kepimpinan DAP pusat, dan sekadar mahu Melayu menjadi Pak Turut untuk meraih undi Melayu semata-mata.  Ini melambangkan DAP adalah parti yang cauvanis dan rasis.  Tidak dapat dinafikan lagi.

Teman tak heran apabila dua orang Melayu telah dilantik ke dalam jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) semata-mata bagi mengaburi sikap cauvanis dan rasisnya Parti DAP dari kacamata pengundi Melayu. Apa ada hal!  Teman lebih bimbang apabila Guan Eng sendiri telah mengesahkan akan ada seorang calon Melayu yang akan menjadi calon DAP pada Pilihanraya akan datang.  Sudah pastinya, dua orang Melayu yang dilantik menganggotai CEC DAP, iaitu Zairil Khir Johari dan Senator Ariffin SM Omar.  Antara kedua-duanya, teman dapat mengagak, Zairil Khir Johari akan menjadi calon tersebut.  Kerusi yang dicadangkan sudah tentunya kerusi Dewan Udangan Negeri (DUN) Perak yang majoritinya Kaum Cina.  Walaupun sebelum ini, DAP mengura-ura meletakkan Zairil di kerusi DUN Selangor.  Tapi hati teman kuat mengatakan di DUN Perak kerana deme yakin sangat akan menang banyak kerusi DUN Perak.  Ye le tu! Mimpi ada le..

Teman rasa kome dah boleh mengagak alasan-alasan yang Guan Eng letakkan Zairil di kerusi DUN Perak dan mengapa Zairil sahaja yang dipilih.  Teman cuba bagi dua garis kasar kriteria tersebut,
  1. Kacukan Melayu dan Cina, Bapanya Tan Sri Khir Johari dan Ibunya Puan Sri Cristine Lim Abdullah
  2. Undang-Undang Tubuh Negeri Perak mengsyaratkan bahawa Jawatan Menteri Besar hendaklah dikalangan Orang Melayu yang beragama Islam

Teman gariskan antaranya sahaja.  Ada banyak lagi.  Tapi itu adalah antara kriteria utama yang ingin dicari DAP.  DAP menjangkakan deme akan dapat menguasai semula DUN Perak dan kegagalan untuk mendapatkan jawatan Menteri Besar Perak dikalangan ADUN DAP dan terlepas kepada PAS dijadikan pengajaran yang sangat berguna.  Zairil ini dipilih supaya lebih mudah untuk mengikut telunjuk DAP.  Teman tertanya-tanya, adakah Zairil Khir Johari dikategorikan sebagai Melayu Tulin? Zairil ni Islam ke?  Macam Kapir je teman nampak...
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...