Showing posts with label Perdana Menteri. Show all posts
Showing posts with label Perdana Menteri. Show all posts

Wednesday, 13 March 2013

BREAKING NEWS 1.00 PM 13 Mac: Perdana Menteri Mengadap Yang Dipertuan Agong Mohon Perkenan Bubar Parlimen Hari Ini?


Teman tak pasti bilakah pembubaran Parlimen tetapi gambar diatas adalah gambar terbaru yang teman dapat dari seorang rakan facebook. Kelihatan kenderaan rasmi Perdana Menteri keluar dari Istana Negara sekitar jam 12.50 tengahari tadi. Teman menjangkakan Perdana Menteri mengadap Yang Dipertuan Agong untuk mohon perkenan pembubaran Parlimen dalam masa terdekat ini. Ini bermakna Pilihanraya Umum yang ke 13 akan berlangsung dalam tempoh 60 hari dari tarikh pengumuman tersebut. Kemungkinan hari ini atau esok pengumuman pembubaran Parlimen akan dibuat oleh Perdana Menteri.

Sama-sama kita nantikan siren akan berbunyi. BERJUANG!!!!

-

Tuesday, 26 February 2013

Adakah Lim Kit Siang Jadi Perdana Menteri Cina Yang Pertama


Konvensyen Pakatan Rakyat yang membentangkan Manifesto Bukan Janji Pakatan Rakyat semalam tidak menyebutkan siapakah calon Perdana Menteri sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya. Pelik jugak kan..

Jika sebelum ini beriya-iya benar mengatakan Anwar China Doll bakal Perdana Menteri tapi mengapa sekarang perlu dirahsiakan?

Ura-ura dikalangan Pakatan Rakyat, satu rundingan sulit telah diadakan dikalangan pimpinan tertinggi PR, Hadi Awang akan menjadi calon utama sebagai Perdana Menteri sekiranya PAS memenangi lebih kerusi Parlimen berbanding rakan sekutu yang lain.  Ini adalah kerana ingin mengambil hati dan mengikut kehenda akar umbi dan ahli-ahli PAS seperti yang dituntut semasa Muktamar PAS yang lalu.. Difahamkan untuk memastikan tiada sabotaj dalam parti berlaku semasa PRU13 nanti. Tapi bagaimana pula dengan PKR dan DAP? 

Jika diikut matematik mudah, DAP lebih banyak kerusi yang ditandingi berbanding PAS dan PKR. Kemungkinan DAP akan mempunyai kerusi majoriti dalam Pakatan Rakyat adalah lebih mudah. Ini bermakna Lim Kit Siang adalah calon Perdana Menteri Malaysia. Tak gitu?
-

Thursday, 21 February 2013

Anwar Ibrahim Dah Tak Sabar Nak Jadi PM! Mimpi La Weh!

Teman gelak sakit perut bila tengok tweet ni. "bakal perdana menteri". Deeii!! Ada akai ka? Anwar China Doll dah tak sabar nak jadi Perdana Menteri. Mimpi tak habis-habis. Orang macam ni nak jadi Perdana Menteri. ptuii!! Isu moral dah selori. China Doll dan segala bagai. Penyokong yahudi dan LBGT. Rosak negara dibuatnya nanti. Kome fikir-fikirkan lah.
-

Thursday, 14 February 2013

GEMPAR: Karpal Singh Mahu Perdana Menteri Bukan Melayu



Karpal Singh pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan memperjuangkan kerusi Perdana Menteri supaya diisi seorang bukan Melayu selagi beliau masih hidup. Karpal turut berkongsi terjemahan sendiri bahawa tiada undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang orang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Mungkin benar jika PR berjaya menawan Putrajaya, jawatan PM akan diberikan kepada Anwar Ibrahim. Tapi kedudukan Anwar sebagai PM bangsa Melayu ketika itu tidak ubah seperti boneka. Adakah kita lupa apa yang terjadi di Perak ? Nizar Jamaluddin (PAS) ketika itu hanyalah boneka yang hanya menurut perintah DAP.

Tak dapat tidak, PRU-13 ini kita rakyat Malaysia perlu memastikan Barisan Nasional terus kekal sebagai kerajaan. 
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...