Showing posts with label Parlimen Tasek Gelugor. Show all posts
Showing posts with label Parlimen Tasek Gelugor. Show all posts

Sunday, 10 March 2013

Kumpulan Nasyid UNIC Menggegarkan Tasek Gelugor



Teluk Air Tawar- 8 Mac 2013- Program Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia bertempat di Pantai Robina Teluk Air Tawar anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor memulakan tirainya malam ini .

Program selama 3 hari bermula 8 Mac 2013 sehingga 10 Mac 2013 ini sarat dengan pelbagai program yang dibawakan khas untuk golongan muda dan belia dalam Parlimen Tasek Gelugor. Pelbagai acara yang sangat menarik seperti senamrobik, paintball, futsal, tomoi, battle of the band, gotong royong dan banyak lagi menanti pengunjung.

Turut menyerikan program Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia ini adalah barisan artis yang dibawakan khas oleh pihak Astro bagi membuat persembahan pada malam 9 Mac 2013 beserta dengan majlis perasmian yang akan di sempurnakan oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop selaku Ahli Parlimen Tasek Gelugor.

Program yang bermula malam ini dihadiri hampir 400 orang dengan pentas utama menampilkan Imam Muda Aran dan Kumpulan Nasyid UNIC.

YB Dato Jahara Hamid selaku ADUN Teluk Air Tawar turut hadir bersama-sama orang ramai menyaksikan acara yang berlangsung malam ini.

Kepada semua jangan lepaskan peluang untuk bersama dalam Program Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia kerana ianya turut menampilkan pameran dan agensi kerajaan.

Suara Generasi Baru
-

Friday, 8 March 2013

#EAM13 KECOH! Astro Fiesta di Pantai Robina Tasek Gelugor

Tu dia! Kecoh dah weh! Karnival Astro Fiesta Mesra Belia 1 Malaysia 2013 Parlimen Tasek Gelugor di Pantai Robina,  Telok Ayer Tawar Parlimen Tasek Gelugor pada 8 Mac hingga 10 Mac 2013. Penuh dengan aktiviti menarik sepanjang 3 hari karnival berjalan.

Pelbagai aturcara menarik djalankan antaranya,
8 Mac 2013 8.00 malam
Bersama Imam Muda Aran dan Kumpulan Nasyid UNIC

9 Mac 2013 8.00 pagi hingga 12 malam
Senamrobik, Gotong Royong, Paintball, aspek wanita, Persembahan Kebudayaan, Pertandingan Futsal Pantai, Gusti Lengan, Pertunjukkan Super Bike, Pertandingan Muay Thai, Pertandingan Panjat Tiang Minyak, Audio/Motor Show, Pertunjikkan BMX dan Skateboard, Khidmat Msyarakat Bersama Selebriti, Konsert Astro Fiesta.

9 Mac 2013 8.00 Pagi hingga 4.00 Petang
Pertandingan mewarna, Sukaneka, Sepakraga, Sukan Rakyat, Klinik Bolasepak, Pertunjukkan Seni Mempertahankan Diri,
Klinik Grafiti, Pertunjukkan BMX dan Skateboard, Gusti Lengan, Pertandingan Muay Thai.

Wah! banyak weh! Jom kome kita riuh-riuhkan karnival ini. Dijangka beberapa artis Astro akan turut menghiburkan pengunjung pada KonsertaAstro Fiesta pada 9 Mac w013 jam 8.00 malam. Antara artis yang yang hadir, Rahmat (Mega), Aishah AF, Ain AF, Zizi AF, A.Rahman Onn, A.Halim, Aidil Zafgar, dan Che Mat Raja Lawak.

Jom kome weh!
-

Friday, 8 February 2013

Berita Baik Bagi Orang Tasek Gelugor



Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) mengenal pasti sebidang tanah seluas 100 hektar di Ara Kuda, Tasek Gelugor dekat sini bagi membolehkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dibina di situ.
Pengerusi Perda Datuk Azhar Ibrahim berkata pihaknya sedang berunding dengan PR1MA bagi membolehkan projek perumahan rakyat itu dibina dalam tempoh terdekat demi kepentingan rakyat Pulau Pinang.
"Berapa unit dan bila akan mula dibina masih dalam perbincangan kerana ia bergantung kepada pihak PR1MA untuk memutuskannya. Perda terlibat dalam urusan jual beli tanah sahaja," katanya selepas melancarkan fasa kedua Taman Panchor Utama, di sini Jumaat.
Turut hadir Pengurus Besar Perda Saringat Hassan.
Sementara itu, Azhar berkata 140 unit rumah pelbagai jenis akan dibina menerusi projek bernilai RM17 juta itu dan ia dijangka siap sepenuhnya pada April tahun depan.
Katanya semua rumah yang dibina Perda termasuk lebih 11,000 unit sejak beberapa tahun lepas lebih murah berbanding harga pasaran.
"Setiap unit rumah berharga antara RM170,000 dan RM200,000 dan ia jauh lebih murah daripada harga pasaran dan harga yang ditawarkan kerajaan negeri Pulau Pinang," katanya.
Dalam perkembangan lain, Azhar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga berkata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak pernah membentangkan belanjawan bagi membina 18,000 unit rumah mampu milik pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lepas.
"Saya pelik macam mana beliau mahu bina 18,000 unit rumah mampu milik dengan kos RM500 juta sedangkan perkara itu tidak pernah dibentangkan pada Persidangan DUN, sepatutnya ia perlu mendapat kelulusan dewan terlebih dahulu sebelum melaksanakannya.
"Selama lima tahun memerintah Pulau Pinang tiada sebuah rumah pun kerajaan negeri bina, bila Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) datang negeri ini dan umum nak bina 20,000 PR1MA barulah dia (Lim) pun kalut," katanya.
Azhar berkata tindakan Lim mengumumkan pembinaan rumah mampu milik itu adalah gimik politik sahaja kerana pilihan raya umum sudah makin hampir.
"Janji nak mansuhkan tol 50 sen di Tol Sungai Nyior pun tak boleh buat lagi sampai sekarang, inikan pula nak bina rumah untuk rakyat di negeri ini, itu semua hanya gimik politik dan janji kosong mereka sahaja," katanya.BERNAMA
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...