Showing posts with label penipu rakyat. Show all posts
Showing posts with label penipu rakyat. Show all posts

Saturday, 30 March 2013

HOT! Pakatan Rakyat Yang Kaki Penipu!


Rakyat terutamanya masyarakat Cina di negara ini diminta agar tidak lagi terpedaya dengan janji manis parti pembangkang yang mudah menabur pelbagai janji semata-mata mahu memancing undi pada Pilihan Raya Umum ke-13, (PRU-13).

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pilihan raya umum 2008 membuktikan kerajaan pembangkang di beberapa negeri yang dikuasai pakatan pembangkang gagal melaksanakan segala janji ketika berkempen sebelum itu.

"Saya berharap rakyat jangan mudah terperangkap dengan segala janji manis baharu itu kerana pembangkang hanya berjanji kosong dan tidak seperti Barisan Nasional (BN), janji ditepati dan ditunaikan.

"Rakyat akan rugi jika menyokong pembangkang kerana pembangkang tidak akan dapat berbuat apa-apa pun untuk kebaikan rakyat melainkan BN yang mampu membela dan melaksanakan pembangunan untuk rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Jentera Pilihan raya BN Parlimen Bentong di sini hari ini. - BERNAMA
-

Thursday, 28 February 2013

PANAS! Manifesto Terbaru Pakatan Rakyat



Teman nak berkongsi dengan kome semua. Jika Pakatan Rakyat memerintah negara, apa yang akan jadi? Teman tak boleh nak bayangkan! Banyak sangat contoh-contoh di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat. Macam-macam perkara dah berlaku. Kerakusan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengejar harta dan jawatan tanpa memikirkan baik buruknya kepada anak bangsa..

-

Monday, 25 February 2013

Rakyat Berpendapatan Rendah Akan Terpinggir Jika Negara Amal Model Pembangunan Sosialis



Rakyat berpendapatan rendah sama ada di bandar atau luar bandar akan terpinggir dan ketinggalan daripada arus pembangunan negara sekiranya kerajaan melaksanakan model pembangunan sosialis yang menidakkan prinsip keadilan sosial dan meritokrasi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata justeru apa sahaja yang menjadi penghalang kepada prinsip ini mesti diubah dan diruntuhkan supaya keadilan sosial menjadi kenyataan dan realiti bersesuaian dengan satu daripada tonggak dalam gagasan 1Malaysia.

Katanya bersesuaian dengan prinsip itu, maka model pembangunan negara ini bukanlah model apabila kuasa pasaran menentukan segala-galanya.

"Bukan juga model sosialis di mana kita tidak ambil kira soal meritokrasi, soal daya saing. Apa yang perlu kita lakukan ialah supaya prinsip mengiktiraf kecemerlangan dan kebolehan disokong dengan program-program yang boleh menentukan keadilan sosial tanpa menjejaskan prinsip mengiktiraf kebolehan dan kecemerlangan," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian semasa berucap melancarkan program Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM) 2013, di Politeknik Port Dickson di sini, Ahad.

Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Najib berkata jika prinsip total meritokrasi dilaksanakan tanpa intervensi kerajaan, ia boleh memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah dan miskin, sekali gus melebarkan jurang antara mereka dan golongan berpendapatan sederhana dan tinggi selain mewujudkan keadaan ketidakadilan dalam masyarakat di negara ini.

"Oleh itu kita kena fikir apakah program yang sesuai dan kepada siapa yang harus kita laksanakan program ini supaya kumpulan yang terdiri daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah akan mendapat pembelaan lebih adil dan saksama," katanya.

Kerajaan, katanya, melaksanakan program MDAIM untuk anak masyarakat India bertujuan menawarkan peluang melanjutkan pelajaran khsususnya bagi mereka yang tidak mencapai gred kemasukan biasa ke institusi pengajian tinggi.

Katanya ini kerana kerajaan mengambil berat dan mengiktiraf peranan yang dimainkan kaum India yang banyak berjasa dalam membangunkan negara ini dan bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pendidikan dan arus pembangunan negara.

"Mereka (masyarakat India) telah bekerja bersungguh-sungguh di estet-estet sehingga menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara utama mengeluarkan getah di dunia, selain banyak lagi peranan mereka seperti dalam Keretapi Tanah Melayu Berhad, Jabatan Kerja Raya dan sebagainya," kata Perdana Menteri.

Beliau berkata program MDAIM yang memberi laluan khas terutama kepada anak India daripada keluarga berpendapatan rendah juga adalah usaha kerajaan untuk memastikan mereka tidak terlibat dalam gejala sosial yang menyebabkan mereka boleh menjadi beban kepada masyarakat.

Sambil menyifatkan MDAIM sebagai satu program yang tepat pada masanya, Najib berkata ia menyasarkan untuk menawarkan tempat sehingga 1,600 setahun kepada anak masyarakat India mengikuti pengajian peringkat pra-diploma selama enam bulan dalam pelbagai bidang pengajian di politeknik seluruh negara.

Katanya anak-anak India yang terpilih mengikuti program ini juga menikmati elaun bulanan RM250 sebulan sepanjang tempoh pengajian bagi membantu meringankan beban mereka.

"Dengan cara ini bilangan tiga peratus orang India Malaysia pada masa kini akan kita tingkatkan sehingga 10 peratus dalam masa beberapa tahun akan datang. Oleh itu anggaplah ini sebagai satu lagi produk 1Malaysia. Anggaplah ini sebagai cerminan hasrat pimpinan kerajaan Barisan Nasional yang tidak hanya janji kosong tapi kita boleh melakukan pembaharuan kepada semua komuniti dalam negara ini," katanya. - BERNAMA
-

Wednesday, 20 February 2013

PANAS: Bukti Anwar Ibrahim Akan Terkulai Di PRU 13


Ketua Pembangkang semakin berkecamuk fikirannya ekoran tekanan politik yang dihadapi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Kalan dalam istilah peperangan, Anwar Ibrahim terpaksa mengeluarkan semua senjata sulitnya bagi menghadapi populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang semakin meningkat.

Malah Anwar jelas nampak tertekan apabila rakyat mula memberi respons yang cukup memberangsangan terhadap segala usaha serta program untuk membantu dan meringankan kos kehidupan.

Boleh dikatakan tidak ada kelompok atau golongan rakyat yang tidak menerima mahupun menikmati limpahan rahmat hasil daripada keprihatin kerajaan Barisan Nasional.

Daripada BR1M 1.0 dan kini BR1M 2.0 dan seterusnya BRIM 3.0 pada masa depan hinggalah kepada program-program membantu ibu tunggal, pelajar sekolah, golongan belia dan remaja, siswa siswi, pemandu teksi, anggota tentera yang bersara, pemandu teksi, kumpulan OKU, golongan berpendapatan rendah dan peneroka Felda.

Semuanya mendapat bantuan kewangan dari kerajaan yang berjaya membangun ekonomi negara sehingga menjana pendapatan yang cukup untuk disalurkan secara terus kepada rakyat.

Pembangkang pula asyik berceramah siang dan malam menjual janji-janji manis setakat air liur di corong-corong udara.

Mereka gagal untuk membela rakyat tetapi mencaci, memfitnah dan mentohmah pihak kerajaan yang bertungkus lumus untuk membina negara yang lebih maju dan makmur.

Anwar sedar beliau gagal untuk membuktikan kepada rakyat bahawa janji yang dibuat mampu direalisasikan.

Maka apa saja isu yang boleh memberi ‘political mileage’ atau keuntungan politik akan digunakan walau pun kadangkala jelas remeh temeh.

Oleh itu untuk mengalih pandangan, beliau membuat kacau dengan menggunakan beberapa kuda tunggangan untuk menjaykan agenda politiknya.

Terkini Anwar cuba menggunakan senator bebas dari Australia, Nick Xenophon untuk campur tangan dalam proses pilihan raya negara ini.

Ketika gagal mengguna Bersih untuk menumbangkan kerajaan, Anwar terpaksa menebalkan muka untuk merayu kepada kerajaan negara itu memantau perjalanan pilihan raya di Malaysia tetapi malangnya usahaya ditolak mentah-mentah.

Senator Xenophon yang tidak mewakili parti pemerintah Australia menjadi benteng terakhir Anwar untuk terus menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya tetapi ini pun gagal apabila awan beliau itu ditahan oleh pihak Jabatan Imigresen dan kemudian dihantar pulang.

Sebelum ini Bersih 1.0. 2.0 dan 3.0 juga tidak mampu memberi kesan kepada kerajaan walaupun pembangkang berarak di jalanraya mendesak tuntutan mereka dipenuhi.

Anwar juga mendalangi tindakan pertubuhan haram Suaram yang cuba menjadi plaintif dalam penyiasatan kes Scorpene di Perancis.

Ini pun gagal apabila identiti sebenar pertubuhan itu didedahkan sebagai agen pihak asing yang menerima dana asing.

Pembangkang juga berusaha untuk mengagalkan projek nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang dan telah mendapat tentangan hebat dari pelbagai pihak.

Malah Pengerusi Himpunan Hijau yang didokong parti pembangkang telah menjadi elemen ekstrim dengan mengugut untuk membakar kilang Lynas dan kilang perlombongan emas di Bukit Koman, Raub.

Anwar juga menafikan tidak terlibat memperalatkan Deepak Jaikishan untuk memburuk-buru serta memfitnah pemimpin negara tetapi rakyat tahu beliaulah tok dalang yang mengawal penjual karpet itu.

Usaha ini nampaknya gagal kerana rakyat tidak berminat untuk mendengar penipuan demi penipuan yang keluar dari individu yang tidak bermoral dan tida mempunyai kredibiliti ini.

Anwar sudah hilang punca untuk terus menyerang kerajaan kerana semua pelurunya sudah digunakan.

Pepecahan di antara Pas dan Dap semakin hari semakin bertambah buruk.

Setiap hari ada saja ahli-ahli Pas yang berdemonstrasi dan memijak-mijak gambar pemimpin Dap kerana tida bersetuju pendirian parti mereka berhubung isu kalimah ALLAH.

Jika Pas dan Dap berpecah daripada Pakatan Rakyat maka punahlah harapan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Sekiranya Pas dan Dap masih kekal dalam Pakatan Rakyat, rakyat juga akan menolak mereka kerana pendirian pembangkang yang mempermainkan agama Islam demi kepentingan politik.

Anwar dalang sebenar atau tangan ghaib disebalik isu kalimah ALLAH dengan dibantu oleh Dap.

Taktik Anwar ialah untuk memecah belahkan kuasa politik melayu supaya senang Dap dan pengaruh gerakan Kristian bertapak di Malaysia

Itulah sebabnya itu beliau bermati-matian mempertahan serta menyokong Dap dalam isu kalimah ALLAH.

Suara Generasi Baru
-

VIDEO: Bukti Nurul Izzah Bayar RM50 Untuk dengar Ceramah Anwar Ibrahim





Nurul Izzah dah atur awal-awal untuk import orang dari luar sehinggakan orang Selangor pun diangkut beramai-ramai untuk memenuhkan majlis. Lebih 20 biji bas digunakan untuk mengangkut orang luar ke Bangsar!

Aku kebetulan ada kat situ, saja je lah cucuk-cucuk nak dapat info. Aku saja sembang-sembang dengan auntie India yang baru turun bas nak korek maklumat.

"Auntie, saya datang sini dia bagi RM20 saja, auntie dapat berapa?"

Auntie tu jawab, "Itu you sudah kena tipu. Mesti orang you ambik duit. Saya dapat RM50."

Ooooooh, dapat RM50 seorang rupanya nak datang ke ceramah Anwar.

"Auntie datang dari mana?"

Auntie tu jawab lagi, "Saya datang dari PJ."

Uissshhh, orang Selangor rupanya. Bukannya orang Lembah Pantai pun!

Patutpun ceramah Anwar nampak macam ramai orang, penuh dengan orang luar rupanya! 

Sumber
-

Wednesday, 13 February 2013

Pemimpin Pembangkang Umpama 'Air Dan Minyak'



KULAIJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan barisan pemimpin tertinggi Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti 'air dan minyak' yang tidak boleh bersatu untuk memimpin negara ini.

Menurut Perdana Menteri pemimpin pembangkang mempunyai pandangan, ideologiperjuangan dan agenda politik yang amat berlainan, sehingga menyukarkan merekauntuk bekerjasama antara satu sama lain.

"DAP dengan Karpal Singh, Lim Kit Siang manakala Pas dengan Datuk Seri AbdulHadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mereka ini seperti 'air dan minyak'yang mustahil untuk disatukan."

"Pada masa yang sama, di mana pulak mereka hendak selitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (di antara pemimpin pembangkang). Kesemua mereka amat berlainan daripada segala segi," katanya Selasa.

Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkatademikian di hadapan lebih 10,000 yang menghadiri majlis sambutan Tahun BaharuCina Peringkat Negeri Johor di sini. 

Sumber
-

Sunday, 6 January 2013

Jangan Terpedaya Tomahan Pembangkang



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan tohmahan pembangkang bahawa kerajaaan Barisan Nasional (BN) gagal membela nasib rakyat.

Katanya kemakmuran dan keamanan negara membuktikan kerajaan BN berada di landasan yang betul untuk terus menerajui negara.

"Semua telah elok, tersusun dan terancang, mempunyai ekonomi yang baik, tiada pergaduhan, kenapa nak sokong pembangkang?," katanya ketika berucap padaMajlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di padang Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) di sini, malam Sabtu.

Beliau berkata banyak yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi membantumenangani masalah kos hidup rakyat.

Katanya antara yang telah dilakukan ialah pemberian subsidi yang besar untuk barang-barang keperluan, kawalan harga barang, bantuan sara hidup dan bantuan persekolahan.

Muhyiddin berkata bagi menentukan pendapatan rakyat tidak terjejas dengankenaikan harga barang, kerajaan turut memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Bila saya turun ke Perak tahun lalu, ramai yang di belakang saya kata BR1Msatu ni bagus, kalau begitu teruskan untuk BR1M-BR1M seterusnya. Perdana Menteribuat keputusan bagi BR1M satu dan seterusnya BR1M dua.

"Kalau kita doa BN menang (pilihan raya) lagi, BR1M tiga, empat, lima dan enam selama-lamanya mungkin kalau kerajaan BN berkuasa lagi semula dengan pendapatan yang baik, hasil pungutan cukai kita sampai RM125 bilion melimpah ruah dalam tabung Perdana Menteri, kalau minta naik pun saya fikir boleh dipertimbangkan," katanya.

Beliau berkata lebih 55 tahun sejak merdeka, BN telah meletakkan asaspenubuhan negara bangsa yang kukuh dan kuat dan yang paling penting ketika iniadalah untuk mengekalkannya.

"Yang paling penting adalah untuk menentukan hala tuju negara dalam tempohtujuh tahun akan datang.

"Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menetapkan pada tahun 2020Malaysia akan menjadi negara maju mengikut acuan sendiri," katanya. BERNAMA
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...