Tuesday, 4 December 2012

THUMBS UP ANAK MUDA! GOLONGAN YANG DIHARGAI



Pengiktirafan kerajaan BN terhadap anak-anak muda dan generasi Y belum bernoktah.  Keseimbangan ekonomi Islam terus diberi peluang kepada 'Suara Anak Muda atau "Suara Generasi Baru" untuk bertapak dan mencari ruang secukupnya.  Kejarlah peluang yang ada dan timbalah ilmu yang berguna.  Gunakan platform yang terbaik dan bukannya demontrasi jalanan ajaran pembangkang yang sesat dengan agenda tersendiri. Pembangkang hanya pandai bermain dengan isu.  Tapi pelaksanaan langsung tiada.  Skema la pulak!heee..

JOHOR BAHRU 4 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa ekonomi Islam melakukan perubahan bagi memanfaatkan sumber terbesarnya, iaitu golongan belia.

Bercakap pada pembukaan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) kelapan di ini beliau berkata belia tidak wajar dilihat sebagai liabiliti, sebaliknya sebagai aset, sumber yang belum diteroka bagi membolehkan negara membangun dan moden.

"Kita mesti meletakkan keyakinan ke atas belia Islam sebagai peserta ekonomi penuh, sebagai pengguna, pekerja dan usahawan.

"Kita tidak perlu takut dalam menggalakkan perubahan dalam institusi dan tidak menyekat peluang golongan muda untuk melakukan perubahan dalam perkhidmatan awam, menyokong pelantikan berdasarkan merit dan sentiasa berjaga-jaga dalam usaha membanteras rasuah," katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata terpulanglah kepada para pemimpin untuk menunjukkan kepimpinan dan membangunkan ekonomi yang bersiap-siaga untuk masa depan.

Ekonomi Islam katanya mesti bersedia untuk menangani andaian lama dan menggunakan teknologi baharu, membuka ekonomi dan melakukan perubahan dalam politik yang tidak mudah, berikutan cabaran dan ketidaktentuan.

"Namun, perubahan perlu dan sejarah menunjukkan kita betul. Tempoh pengaruh terhebat Islam merupakan paling terbuka secara intelektual," kata Perdana Menteri.

Beliau berkata demografi dalam negara Islam pada masa ini melalui “gelembung belia" yang ketara, dengan 60 peratus pada 2010 berusia kurang dari 30.

Menjelang 2030 katanya, umat Islam akan menyumbang 26 peratus daripada penduduk dunia, dengan 30 peratus daripadanya terdiri daripada golongan belia.

"Belia Islam mahukan peluang ekonomi. Respons kita mestilah bersedia untuk membuka ekonomi yang terbuka dan mampan, dengan perubahan dalam bidang pendidikan dan ekonomi yang membolehkan golongan muda meneruskan cita-cita mereka," kata Najib. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...