Teman tak nak kata apa. Bila isu undi POS jadi cerita hantu pada Pakatan Rakyat. Teman nak tengok berapa orang cai-cai Pakatan Rakyat mendaftar sebagai undi POS yang kata deme hantu ni. Tapi kalau deme nak jadi hantu, deme daftar la kot! heeee...
Wartawan yang bekerja semasa pilihan raya umum (PRU) akhirnya boleh membuang undi mereka melalui pos.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Kamaruddin Baria berkata, mekanisme pengundian pos itu digunakan untuk semua petugas media yang bertugas semasa pilihan raya, termasuk wartawan, jurugambar, juruteknik dan pemandu.
Kemudahan itu, bagaimanapun, tidak akan diperluaskan kepada 'stringers' (pemberita sambilan) atau mana-mana penyumbang yang bukan pekerja sepenuh masa di organisasi media berdaftar.
Langkah itu untuk membenarkan wartawan mengundi melalui pos secara rasminya, sebagai salah satu daripada beberapa saranan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai reformasi pilihan raya, yang dicadangkan pada awal tahun ini.
Teman Kutip Dari mStar Online
No comments:
Post a Comment