Tuesday 4 December 2012

MAT SABU KANTOI DENGAN BEKAS-BEKAS POLIS



Kalau Mat Sabu, mesti bekas-bekas polis tak merasa la apa-apa pun.  Mat Sabu yang lebih memuja dan mengiktiraf komunis sebagai pejuang, pastinya menidakkan pengorbanan bekas-bekas polis pada zaman darurat.  Mat Sabu yang lebih fanatik kepada fahamanan Maxist dan Lenisme akan membunuh karektor-karektor pejuang menggunakan landasan Syiah dan mengaburi mata rakyat.  Teman ghase Mat Sabu ni dah dianggap merbahaya.  Cubaan mempengaruhi pemikiran anak-anak muda melalui fahaman-fahaman songsang seperti Maxist dan Lenin menjadi trend ceramah-ceramah termasuk fahaman Syiah yang dipegangnya.  Walaupun tidak secara terbuka, trend ungkapan dan ketaksuban kepada pemimpin-pemimpin tersebut menjadi biasa didengari.  Teman tak pasti, kome boleh perasan atau tidak.heeee...

GERIK: Pengorbanan lebih 100 bekas Konstabel Khas (SC), memerangi komunis ketika zaman darurat mendapat penghargaan kerajaan negeri apabila mereka diberikan hadiah tanah untuk perumahan dan pertanian seluas 94 hektar.

Pemberian itu sebagai menghargai jasa dan pengorbanan bekas SC yang bertugas dari 1948 hingga 1960, termasuk ahli keluarga mereka yang terkorban ketika zaman darurat.

Ketua Pasukan Bekas SC Hulu Perak, Abdul Rani Che Lah, 74, berkata, pihaknya melalui banyak rintangan bagi memperoleh sebidang tanah untuk diberikan kepada bekas anggota mereka yang banyak berkorban.

“Saya bersama ahli lain sebelum ini berusaha mengemukakan hasrat itu (mendapatkan tanah) kepada kerajaan negeri dan kementerian berkaitan semata-mata untuk mendapatkan sedikit penghargaan.

“Kami akhirnya bersyukur apabila hajat termakbul. Kami menghargai jasa kerajaan negeri terutama dua wakil rakyat yang prihatin dengan kami,” katanya ketika ditemui selepas majlis penerangan dan ramah mesra bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kenering, Datuk Mohd Tarmizi Idris dan Adun Temenggor, Datuk Hasbullah Osman.


Rani berkata, setiap bekas anggota SC menerima 0.8 hektar manakala kawasan selebihnya dijadikan sebuah perkampungan tersusun untuk didiami bekas pejuang SC serta ahli keluarga mereka.

“Kawasan tanah yang diperoleh akan dijadikan kebun sama ada untuk ditanam getah atau kelapa sawit.

“Mereka boleh mendapatkan bantuan agensi kerajaan berkaitan untuk memajukan kawasan tanah manakala bagi pembinaan perkampungan tersusun untuk bekas SC akan bermula awal tahun depan,” katanya.

Sementara itu, Tarmizi berkata, kerajaan negeri meluluskan pemberian tanah itu pada November lalu hasil perbincangan dengan persatuan berkenaan sejak dua tahun lalu.

“Kerajaan negeri bersetuju meluluskan cadangan pembinaan sebuah perkampungan tersusun bagi bekas SC di Kilometer 18, Jalan Gerik-Kupang dan setiap peserta sudah menjelaskan premium tanah yang berjumlah RM90,000.

“Kawasan ini sememangnya perlu dibangunkan untuk mengelak ia daripada diteroka secara haram dan saya berharap peserta tidak menjual tanah yang diberi ini bagi memastikan nasib bekas SC dan keluarga terus terbela,” katanya.

Teman Kutip Dari Harian Metro

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...