Tuesday 4 December 2012

BIAR BETUL! 53% LOMPAT PARTI, 31% LAGI SABOTAJ UMNO


Sakit perut teman nak gelak bila Haramkah Daily buat penilaian kajian daripada Sinar Harian tentang menjawab soalan cepu emas DS Najib di PAU 2012 tempohari.  Mana la deme belajo buat pengiraan bagus punya!heeee..Kome tengok ulasan kajian daripada Haramkah Daily ni dengan ulasan teman sebagai oghang kampung yang tak belajo tinggi ni..

Dalam bancian itu, Sinar bertanya kepada pelayarnya, "Menjawab soalan cepumas DS Najib di AGM Umno, jika anda ahli Umno, pilihan anda"



Lima pilihan jawapan diberikan sebagaimana diberikan oleh Najib Sabtu lepas.

Solan-soalan itu adalah:

1) Sokong penuh Umno meskipun tidak dipilih calon: 6 %     (473)

2) Masih sokong Umno meskipun tidak dipilih calon : 2 %     (194)

3) Tidak akan kerja masa PRU13 : 7 % (558)

4) Saya akan sabotaj Umno-BN: 31 % (2482)

5) Saya akan lompat parti: 53 % (4187)

Jumlah Undian: 7894 (sumber: Haramkah Daily)



Kalau budak kecik boleh le kome konar-konar.  Teman tak ulas panjang-panjang sebab kome pun dah beso panjang bak kata pepatah kubur kata mari..heee...Ada dua soklan kome kena jawab..

Pertama : Apa bukti yang respoden yang mengundi tu orang UMNO? Kedua : Apa signifikan nya dengan jumlah respoden iaitu 7894 dengan jumlah ahli UMNO melebihi 3 juta ahli.  Peratusan responden kajian cuma 0.002%.  Jika dibandingkan dengan jumlah rakyat Malaysia mencecah 28 juta orang, mana signifikan nya?  Teman nak tanya lagi, ate betui ke calon PRU13 UMNO yang mengundi tuh!  Bior bebetui yeop! Mana kome tau ni? Teman rasa kalau tanya pakar-pakar statistik, ghasenye deme gelak sakan sampai guling-guling.  Teman nak kabo kat kome, kalau nak konar pun bior le beralas sikit.  Ini tidak, suka bebenor buat dosa kering..heeeee.. Itu le Haramkah Daily yang diagung-agungkan PAS.  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...