Thursday 6 December 2012

PANAS : Guan Eng Terkedu Dengan JPJ



Teman nak tengok apa respon Guan Eng tentang pemasangan AES di Pulau Pinang.  Walupun deme dah kata nak tanggalkan perlatan kmera AES sebelum ni.  Teman baru tau AES tak pasang lagi kat Negeri Pulau Pinang.  JPJ dah nak bincang dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.  Tapi nak tanggal la pulak kamera tu.  JPJ dah nak bagi penjelasan, dengo le dulu.  Ni nak melompat katak je.  Asyik nak bangkang je..heee...

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempunyai mekanisme lain untuk melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Pulau Pinang jika kerajaan negeri terus menolak pemasangan kamera terbabit.

Pengarah JPJ Pulau Pinang Datuk Hassan Yaccob berkata bagaimanapun JPJ akan terlebih dahulu memberi penjelasan mengenai AES kepada kerajaan negeri.

"Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan dijangka memberi penerangan berkenaan dan kita sedang menunggu bila kerajaan negeri akan panggil.

"Jika selepas penerangan dan perbincangan kerajaan negeri tetap menolak pelaksanaan berkenaan, kita akan guna mekanisme lain dan perkara itu akan di umum Datuk Solah," katanya kepada pemberita selepas taklimat AES, di sini, Khamis.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak mahu kamera AES dipasang di negeri itu dan akan menanggalkannya jika peralatan berkenaan dipasang.

Sementara itu, Hassan berkata JPJ mengenal pasti 57 lokasi berisiko kemalangan di Pulau Pinang bagi tujuan pemasangan kamera AES dan kebanyakan lokasi membabitkan kemalangan maut.

Daripada jumlah itu, 39 kamera akan dipasang di jalan utama sekitar negeri bagi mengesan kesalahan membabitkan had laju, manakala 18 lagi akan dipasang di persimpangan lampu isyarat, katanya.

"Antara jalan-jalan yang terlibat ialah Tun Sardon, Jalan Baru Perai, Jambatan Pulau Pinang, Jalan Tanjung Bungah, Bagan Ajam, Permatang Pauh, Jalan Masjid Negeri dan Jalan Penang," katanya.

Setakat ini kamera AES belum dipasang di negeri ini, kata Hassan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...