Teman suka yang ini! PAS guna serba dan jubah jadikan alat supaya rakyat mudah percaya pada deme. Deme ni nampak je alim tapi lagi dasyat kuat penipu dan perompak harta rakyat. Paku dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih. Deme ni ngata oghang mencuri, merompak tapi sebenornye deme yang mencuri dan merompak...apa la..heee..suka lettew..
Pendedahan oleh Timbalan Ketua Bahagian UMNO Ketereh, YB Md Alwi Che Ahmad berhubung pemilikan lot-lot tanah atas nama Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isterinya di Selatan Kelantan yang terlibat dengan projek Ladang Rakyat sememangnya cukup mengemparkan ramai rakyat Kelantan.
Tambah mengejutkan mereka apabila persoalan yang dibangkitkan oleh YB Mat Alwi dalam sidang dewan Undangan Negeri Kelantan sebelum ini gagal mendapat kepastian dari MB Kelantan mahupun wakil-wakilnya.
Lebih menimbulkan tanda tanya ramai bila mana peserta Ladang Rakyat yang sekian lama menantikan hak pemilikan tanah hingga sekarang tidak kesampaian, sebaliknya pemimpin berserban dan berjubah yang berkereta mewah seperti Nik Aziz pula terlebih dahulu memiliki tanah-tanah tersebut.
Selain daripada Nik Aziz dan isterinya, adakah sudah menjadi polisi PAS untuk membahagi-bahagikan tanah milik anak syarikat Kerajaan Negeri kepada para wakil rakyatnya? Atau semua tanah-tanah itu semua dianggap seolah-olah bagaikan harta rampasan perang maka rakyat tiada hak untuk mempersoalkannya?
Dato’ Nik Aziz Nik Mat
- Lot 51 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM40,000 pada 20 Disember 2000
- Lot No.31 dari kawasan Lojing yang bernilai RM35,000 pada 15 Disember 1997
Datin Tuan Sabariah
- Lojing 1, Lot 29, Gua Musang pada 21 Disember 1997
Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman
- Lot 99 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM45,000 pada 18 Disember 2000
Datin Aminah Abdullah (isteri Abdul Halim)
- Lot 100 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM45,000
Adlina Abdul (anak Abdul Halim)
- Lot 102 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM45,000
YB Zulkifli Yaakob (ADUN Guchil)
- Lot 105 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM44,000
YB Abdullah Yaakub (ADUN Air Lanas)
- Lot B08 di kawasan Jeli bernilai RM25,000
YB Omar Muhammad (ADUN Perupok)
- Lot B35 di kawasan Jeli bernilai RM36,000
YB Nasharuddin Daud (ADUN Meranti)
- Lot A120 di kawasan Jeli bernilai RM20,000
Penceramah Pas, Razak Abas
- Lot 37 di kawasan Jeli bernilai RM35,000
Pendedahan ini sepatutnya dapat menarik perhatian para pegawai SPRM untuk menyiasat penyelewengan yang berlaku, lebih-lebih lagi sebahagian besar daripada lot-lot tanah itu diperolehi secara percuma.
Sebetulnya isu ini sudah lama dalam pengetahuan SPRM Kelantan, tapi dengarnya ada segelintir pegawai SPRM Kelantan dipercayai turut terlibat menyembunyikannya dari pengetahuan umum.
Jika tidak kerana usaha sekumpulan kecil rakyat Kelantan yang anti rasuah membawa isu ini ke pengetahuan UMNO tentunya sampai kiamatlah khalayak umum percaya tiada seinci tanah pun di Ladang Rakyat yang menjadi milik pemimpin PAS.
Jika pembaca masih ingat, semasa Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berceramah di Seksyen 24, Shah Alam lebih seminggu lalu antara jaminan yang ditekankannya ialah polisi Pakatan Pembangkang untuk menghalang mana-mana pemimpin dan wakil rakyat DAP, PKR atau PAS daripada memiliki walau seinci pun tanah.
Persoalan sekarang, apa pula komen anak perempuan Ketua Umum PKR itu bila mana terdedahnya penyelewengan tanah Ladang Rakyat serta penganugerahan tanah kepada pemimpin-pemimpin PAS? Ada tak jawapan untuk pengecualian?
Teman Kutip Dari SINI
No comments:
Post a Comment