Sunday, 27 January 2013

Rafizi Jambu Yang Suka Kena Saman

Ini cerita sekor kaki fitnah dan putar belit alam. Jenis yang melindungi penjenayah dan kaki melanggar undang-undang. Teman pun tak faham jenis politik apa yang dibawa oleh Rafizi Jambu ni. Jenis suka menentang dan menafikan undang-undang. Rasanya Rafizi Jambu ni tak sesuai jadi warganegara Malaysia.

Baru-baru ini Rafizi Jambu ni telah disaman oleh Menteri Pertahan, Zahid Hamidi berkenaan Rafizi Jambu telah menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom. Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam. 

Teman sebenarnya melihat "The Other Side of The Story". Kes saman fitnah sebelum ini yang  dibawa Ketua Wanita Umno dan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berikutan skandal NFC belum lagi selesai. Rafizi Jambu juga menghadapi tuduhan melanggar Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan selepas beliau mendedahkan butir-butir perbankan sulit fidlot National Feedlot Corporation (NFCorp), firma yang menjalankan projek NFC.

Banyak dah weh! Dengan nada menyindir, Rafizi Jambu akan menentang saman-saman ini. Hebat la mike nyer. Tapi teman nak ingatkan la, kes ini mungkin akan berlanjutan hingga tamat PRU 13. BN akan mengekalkan tampuk pemerintahan negara. Selepas kegagalan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, PKR akan berkubur buat selama-lamanya. Pakatan Rakyat akan terbubar. Adesss! Di masa itu, teman nak tengok Rafizi Jambu yang sombong dan bongkak ini melutut minta ampun sebab tiada siapa yang mahu mewakilinya dalam Mahkamah. Tiada dana, tiada kewangan sebab semuanya dah bungkus. Anwar China Doll pun dah tak pedulikan Rafizi Jambu ni lagi. Teman nak tunggu saat itu! Mesti mantop!!!!
-

Siaran Media PDRM Mengenai Isu Kematian Sugumaran

Siaran Media Polis Diraja Malaysia telah menyatakan bahawa kematian seorang penjenayah,  Sugumaran adalah kematian mengejut. Tiada unsur-unsur kekejaman Polis. Daripada 11 saksi yang dipanggil semuanya menyebut mangsa telah jatuh dan bukannya atas kekasaran Polis. Teman harap tiada lagi spekulasi yang dimainkan khususnya pihak Pakatan Rakyat untuk menagih undi simpati rakyat.


-

Teori William Mungkin Terjatuh Ke Dalam Longkang


Adakah kanak-kanak berusia enam tahun, William Yau terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan ke Sungai Klang?

Itu antara beberapa teori yang sedang dikaji pihak polis selepas mereka menemui longkang kira-kira 200 meter dari kawasan William dilaporkan hilang di Putra Heights.

Jalan bertar menuju ke longkang dari kawasan di mana William keluar dari kereta ketika ibu bapanya singgah di sebuah kedai barangan elektrik pada 16 Januari lalu.

Polis dengan kerjasama kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran menemui longkang tersebut sewaktu memeriksa kawasan itu selepas William hilang.

"Penemuan itu menunjukkan William mungkin terjatuh ke dalam longkang dan dibawa arus yang kuat.

"Namun, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan kerana kita sedang meneliti setiap sudut," kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Yahaya Ramli ketika dihubungi.

Polis akan mengambil keterangan daripada penduduk di Bukit Lancong semula dengan harapan dapat menemui lebih banyak petunjuk.

"Selepas operasi mencari dihentikan, kami akan fokus menyiasat bagaimana mayat William boleh dihanyutkan ke Kampung Sungai Sireh, Klang," katanya.

Yahaya turut merayu kepada sesiapa saja yang pernah melihat William selepas 16 Januari untuk tampil.

"Kami akan merekodkan lebih banyak keterangan dari ibu bapa dan ahli keluarga yang lain," katanya. (mStar Online)
-

Anding Jadi Jurulatih Peribadi Untuk kepuasan Diri


Pelakon dan pengacara, Anding Indrawani Zaini menjelaskan keputusannya untuk menjadi jurulatih peribadi bukan kerana telah bosan dengan dunia seni yang diceburinya hampir sembilan tahun lalu.

Anding, 30, berkata, dia melakukan kerja tersebut kerana memang meminati bidang tersebut selain dapat membantu orang lain menjaga kesihatan dengan lebih berkesan.

"Sebelum ini saya pernah bekerja dengan sebuah pusat kecergasan sebagai jurulatih namun selepas beberapa tahun saya berhenti dan melakukan latihan peribadi kepada pelanggan yang berminat.

"Selain dapat membantu orang menjaga kesihatan dan membina badan pada masa sama saya juga turut melakukan senaman yang telah menjadi rutin saya," jelasnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, bercakap mengenai perkembangan terbarunya, Anding berkata, dia kini lebih banyak menumpukan perhatian kepada bidang pengacaraan yang dilihat lebih memberikan kepuasan.

Anding berkata, dia semakin selesa bergelar pengacara dan tawaran yang datang kepadanya juga cukup banyak.

"Saya sekarang banyak merantau kerana program yang saya terlibat berbentuk travelog dan selain memberikan kepuasan pengalaman yang dikutip ketika merantau juga banyak mengubah presepsi saya mengenai kehidupan untuk menjadi insan lebih baik," jelasnya.

Tambah Anding, dia juga tidak pernah melupakan dunia lakonan dan nyanyian namun terpaksa menghadkan aktiviti itu kerana terlalu sibuk dengan bidang pengacaraan dan tugasnya sebagai jurulatih peribadi.

Sementara itu, Anding memberitahu dia terharu apabila dipilih oleh pengarah, Saw Teong Hin sebagai watak utama dalam teater muzikal Chow Kit Road! Chow Kit Road! yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 10 hingga 26 Mei depan.

Anding berkata, walaupun menyedari tanggungjawab itu besar namun yakin dapat melunaskan amanah itu dengan sebaik-baiknya.

"Chow Kit Road! Chow Kit Road! adalah teater kelima saya dan ia berbeza daripada yang lain kerana ia mengangkat 20 lagu popular Allahyarham Datuk Sudirman Arshad dan untuk memastikan semua karya Allahyarham dibawa dengan baik adalah satu cabaran," ujarnya.

Selain Anding, teater muzikal itu turut menampilkan Nadia Aqilah, Adibah Noor, Tony Eusoff, Shantini Venugopal dan Junji Delfino. (mStar Online)
-

Muka-Muka Yang Tak Ada Seri Yang Masuk Neraka


Kome tangok le muka-muka yang cuba lacurkan Islam. Muka pun dah tak ada seri. Muka pengkhianat Islam bertopengkan Serban dan Jubah bagi menutup kesilapan sendiri. Cuba fikir-fikirkan..



-

Bukti PAS Adalah Agen British



16 September 1951 adalah tarikh penubuhan secara rasminya PAS yang diasaskan oleh Tuan Haji Ahmad Fuad yang keluar daripada UMNO. Ketika negara di perintah oleh British lagi , PAS sudah mendapat sokongan awal daripada golongan YAHUDI dan Nasrani yang kita sendiir menyedarinya bahawa dua puak ini tidak pernah senang dengan pemerintahan Islam. 

Ini membawa maksud bahawa PAS adalah diantara parti pertama yang mendapat bantuan daripada pihak British , asalkan pihak Britsih melihat kehancuran satu lagi pemerintahan negara Islam gugur dan rebah menyembah bumi. Itulah tujuan utama mengapa PAS diberi kelulusan oleh British bagi menubuhkan parti politik tersebut. 

Sungguhpun PAS pada asalnya adalah sebuah parti yang berasas dan berlandaskan ISLAM serta berdiri dengan teguh dengan PENJUANGAN HUKUM HUDUD sejak dari zaman Ahmad Fuad lagi , tetapi adakah British memberikan kelulusan tersebut berdasarkan apa yang ingin diperjuangkan oleh PAS? Jawapanya adalah TIDAK SAMA SEKALI , kerana kita sedia maklum bahawa penjajah adalah terdiri daripada golongan YAHUDI dan Nasrani , British tidak akan berpuas hati selagi islam tidak mengikut cara hidup mereka. 

Secara tidak langsung satu lagi pembongkaran rahsia perjuangan PAS yang diberi restu pada zaman British lagi , menunjukan bahawa pejuangan PAS tidak akan pernah menunjukan bahawa mereka akanmemperjuangkan islam kerana yang memberi restu pada ketika itu adalah YAHUDI , dan PAS bekerja dengan yahudi bagi memastikan bangsa MELAYU HANCUR dan berpecah belah . Kini sudah berlaku , dan kita boleh lihat , PAS senang-senang bertukar pendirian mereka serta menukar perjuangan mereka kepada Negara Berkebajikan. 

Sumber
-

Keputusan DNA William Yau Zhen Zhing


Teman ingin menyampaikan rasa simpati kepada keluarga William Yau Zhen Zhing yang telah ditemui mati dalam keadaan yang menyayat hati. Teman rasa seluruh rakyat Malaysia mempunyai perasaan yang sama dengan teman. kecualilah dengan Pakatan Rakyat khususnya Lim Kit Siang yang menyalahkan Kerajaan UMNO/BN dengan kejadian menyayat hati ini. Pelik jugak. Sepatutnya deme-deme ni mempunyai perasaan hormat kepada keluarga mangsa. 

Teman jugak berharap pihak yang berwajib mempercepatkan proses pengecaman DNA supaya keluarga mangsa tidak tertunggu-tunggu. Walaupun pengecaman telah dibuat berasaskan petunjuk-petunjuk tertentu, namun kesahihan masih ditunggu. Arahan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai supaya keputusan itu diharap dapat diperoleh sekurang-kurangnya dalam tempoh 72 jam ujian tersebut dilakukan diambil perhatian yang wajar oleh pihak berkenaan bagi mengelak sebarang kesulitan kepada keluarganya. Jika benar dan sahih keputusan DNA menunjukkan simati, keluarga mangsa perlu menguruskan persemadian dengan sebera segera. Teman berharap semoga keluarga mangsa akan menghadapi dugaan dengan tabah..
-

Ini Sekor Lagi Meraban Tak Tentu Pasal Menang PRU 13


Teman nak gelak dah weh! Macam-macam gimik la deme ni buat. Meraban tak tentu pasal. Bagi bagi persepsi rakyat supaya menganggap Pakatan Rakyat ni kuat dan berpengaruh.Taktik ni orang tak guna dah weh! ketinggalan zaman. Zaman tok kaduk boleh la. Ini zaman teknologi, "Facts and figure"!

Yakin bebenor le Pakatan Rakyat ni boleh menang PRU 13. Dalam diam rakyat pun dah meluat. Terbaru, Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran berkata  "Kita rasa ada kemungkinan besar kita boleh dapat lebih daripada majoriti mudah. Lawak la weh! Tema rasa nak guling-guling dah ni! Tulun..tulun..Nak kumpulkan orang banjiri KL112 di Stadium Merdeka pun, sasaran pun dah "failed" Failed banyak. 1 juta jadi 50,000, tak sampai 10 peratus pun..Adeesss!!!!

Pakatan Rakyat hanya berasaskan hasil kajian menunjukkan Pakatan Rakyat berpeluang untuk menggugat kedudukan Barisan Nasional bagi membentuk Kerajaan Pusat. Teman nak tanya jugak, kajian yang mana satu. Meh tunjukkan kat teman. Bagi teman tengok apa pulak methodologi yang kajian ni pakai. Kalau nak pakai setakat seratus dua responden, baik tak payah. Kalau nak bandingkan jumlah pengundi melebihi 13 juta, teman boleh kata "absurd". Kajian tong sampah boleh la. Kalau kajian macam ni dijadikan kajian untuk Phd, confirm penyelia buang dalam tong sampah tak pun kena lempar kat muka balik..Kesian..
-

Mukhriz Sudah Bersedia, Ada Bran?


Timbalan Pengerusi Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berpuas hati dengan persiapan jentera pilihan raya Umno, terutama di kawasan Parlimen Jerlun yang diwakilinya.

Katanya terdapat perbezaan ketara dari segi persediaan menghadapi pilihan raya kali ini berbanding ketika pilihan raya umum 2008.

"Dulu jentera kita tunggu sampai saat-saat akhir nak bergerak. Ini antara punca kita kalah di DUN (Dewan Undangan Negeri) Ayer Itam," katanya kepada pemberita selepas melawat daerah pusat mengundi (PDM) Kampung Telaga Batu, dekat sini Sabtu.

Anggota Parlimen Jerlun itu berkata bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 ini, Umno dan Barisan Nasional Kedah menggerakkan jentera lebih awal serta meningkatkan persiapan dengan pelbagai kaedah.

"Antaranya saranan Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin)baru-baru ini, kita akan menjawab segala tohmahan dan pastikan tiada sesiapapun akan terkeliru dengan kenyataan dan tuduhan yang dibuat terhadap Barisan Nasional," katanya.

Mukhriz berkata Umno Jerlun juga akan terus membantu penduduk termasuk membaiki rumah, menurap jalan, membaiki surau tanpa mengira parti politik. - BERNAMA
-

Cinta Remy Ishak & Tiz Zaqyah Bertaut Dalam XoXo



Bekas pasangan kekasih iaitu pelakon Remy Ishak dan Tiz Zaqyah bakal muncul dalam sebuah telefilem berjudul XoXo arahan pengarah Kabir Bhatia yang akan menemui penonton di TV9 menerusi slot Skrin.

Remy dan Tiz yang masing-masing memegang watak sebagai Haziq dan Aleesha digandingkan dalam drama percintaan yang penuh konflik dengan jalan penceritaan menarik.

Selain mereka berdua, XoXo turut menampilkan pelakon seperti Nadiya Nissa, Josiah Hogan dan Afida Es sebagai pendukung utama.

Drama tersebut mengisahkan mengenai hubungan cinta jarak jauh antara Haziq yang berada di London dan masih menuntut manakala Aleesha yang telah dikenali selama dua tahun melalui laman sosial Facebook berada di Malaysia dan bekerja di sebuah syarikat pengiklanan.

Kerana tidak sabar menunggu kepulangan kekasih pujaan hatinya pulang ke Malaysia, Aleesha telah pergike London untuk membuat kejutan sekaligus bertemu Haziq buat pertama kali.


Sebaik tiba di London, Aleesha hampir pitam apabila diberitahu oleh rakan serumah Haziq bernama Johan (Josiah Hogan) bahawa Haziq telah pulang ke Malaysia!

Keadaan menjadi rumit apabila dompet serta passport Aleesha tertinggal di dalam teksi yang dinaikinya dan terpaksa menumpang di rumah Johan.

Johan berjanji akan membantu Aleesha walaupun sebenarnya dia mempunyai niat lain untuk mempergunakanAleesha.

Haziq pula menghadapi dilema apabila kepulangannya ke Malaysia hanyalah untuk dijodohkan oleh pilihan neneknya.

Dia bagaimanapun menolak dan menyatakan dia akan membawa Aleesha untuk bertemu dengan neneknya.

Haziq pergi ke rumah Aleesha tanpa mengetahui yang Aleesha sudahpun berada di London sebaliknya hanya menemui Dahnia (Nadiya Nisaa), rakan serumah Aleesha yang berpewatakan pelik.

Sejak itu pertemuan itu telah menimbulkan pelbagai konflik di antara mereka.

Untuk mengetahui apa yang terjadi di antara mereka jangan lupa untuk menyaksikan XoXo pada 30 Januari ini pada pukul 8.30 malam di TV9. (mStar Online)

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...