Friday, 25 January 2013

KBS Dan AISA Beri Ransangan Besar Sukan Skuasy


Kementerian Belia dan Sukan telah menandatangani satu memorandum tiga tahun persefahaman (MoU) dengan Azlan Iskandar Skuasy Academy (Aisa) untuk melahirkan lebih ramai pemain bertaraf dunia.

Dengan kerjasama, Menteri Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, mereka berharap Malaysia akan berupaya untuk menghasilkan lebih banyak pemain bertaraf dunia untuk menggantikan tujuh kali juara dunia Nicol David.

“Terdapat 500 orang pelajar kini latihan di akademi di seluruh negara dan ini merupakan petanda baik bagi masa depan sukan di Malaysia,” tambah Shabery selepas menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Mohid berkuatkuasa Sabtu Mohamed dan Azlan Iskandar di Putrajaya semalam.

Tiga akademi telah dibuka di Bau (Sarawak), Kemaman (Terengganu) dan Seremban II (Negri Sembilan) tahun lepas.

Lima lagi akademi akan ditubuhkan tahun ini di Johor, Kota Baru, Pahang, Melaka dan Kuala Terengganu.

Shabery berkata Azlan Iskandar juga akan memperkenalkan Litar Skuasy Jelajah Malaysia yang melibatkan 10 negeri.

“Setiap kaki akan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM30, 000 dan ia akan dibuka kepada peserta antara umur 17 hingga 25,” kata Shabery.

Kaki pertama akan diadakan di Kemaman dari 15-17 Februari.

Azlan mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan untuk membantu beliau untuk membiayai akademi.

“Saya akan terus mengenal pasti bakat-bakat baru dan memberi tumpuan kepada dandanan pemain kelas dunia,” kata Azlan, yang bersara dari bermain skuasy tahun lepas.

Azlan kelahiran Sarawak-pernah juara Asia dan pemenang pingat emas dalam Sukan Asia 2010 di Guangzhou.

Beliau juga memenangi 14 gelaran profesional dalam kerjayanya 13-tahun. Kedudukan kerjaya terbaik dunia beliau adalah 10.

Sumber
-

Emma Ma'embong Masih Berparti Liar?



Mungkin anda tertanya-tanya setelah melihat gambar di atas adakah Emma Ma’embong masih sama seperti yang dahulu selepas mengeluarkan kenyataan dia telah berubah lebih baik atau ada pihak sengaja sabotaj potensi beliau untuk menjadi pelakon wanita yang berjaya.

Tatkala ditanya soalan adakah Emma Ma’embong masih berparti liar, dengan penuh tenang gadis jelita ini menjawab bahawa apa yang dilihat itu adalah dirinya bersama peminat dan bukan bersama rakan-rakan.

“Kalau tengok ada orang pegang tin minuman keras itu saya sendiri tidak pasti, ketika berjalan-jalan di pantai ada peminat yang meminta untuk menangkap gambar bersama.

“Saya sebagai public figure takkan nak tolak benda-denda macam tu, saya sendiri tak sedar ketika itu ada orang yang pegang tin minuman keras.”

Menyambut tahun baru di Pantai Chenang, Langkawi, Emma Maembong menyifatkan apa yang terjadi itu hanyalah perkara kecil yang hendak diperbesarkan.

“Isu ini tidaklah besar mana, saya percaya apa yang saya buat dekat sana dan tidak kisah jika ada yang cuba provoke gambar tersebut.”

Selain daripada itu Emma turut memberitahu bahawa ketika di sana dia bukan seorang sahaja, ramai lagi artis yang ada di sana melakukan penggambaran.

Sumber
-

1.9 juta Baucar Saringan Kesihatan Percuma Diedar



Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah selesai menghantar baucar saringan kesihatan percuma kepada 1.9 juta pencarum sektor swasta yang layak dalam skim baharu itu yang diumumkan menerusi Bajet 2013.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) Perkeso, Datuk Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, pihaknya memperuntukkan RM200 juta di bawah skim yang baru dimulakan dan akan dilaksanakan sepenuhnya mulai 1 Februari ini.

Di bawah skim itu, pencarum Perkeso yang berumur 40 tahun ke atas layak menjalani ujian saringan kesihatan percuma bagi mengesan penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, diabetes, kanser dan masalah jantung.

Mohammed Azman memberitahu, ujian saringan itu meliputi pemeriksaan fizikal, profil darah, ujian air kencing dan bagi wanita ujian pap smear dan mamogram yang dilakukan oleh doktor panel.

Mereka yang belum menerima baucar percuma itu diminta menghubungi talian 03-4252 1258, 03-4252 5089 atau pejabat Perkeso terdekat untuk mendapatkan maklumat lanjut.

-

DAP Gangnam Style Bagi Ang Pow Maulidur Rasul


Ini kisah Ang Pow DAP Gangnam Rocket Style sempena Sambutan Maulidur Rasul. Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching punya gangnam rocket style bagi Ang Pow. Baik punya. Macam la puak-puak ni faham pasal Maulidur Rasul. Kome tengok la gambar-gambar ni, punya la suka puak-puak PAS terima Ang Pow ni.heeee..

Kong Hee Fat Choy! eh!
Pak Lebai pun ada..
-

Gambar Pra Perkahwinan Liyana Jasmay Tersebar


Adeehhh!!!. Belum kahwin dah main peluk-peluk. Macam-macam la artis ni. Pandangan masyarakat akan bertambah serong. Persepsi peminat kepada artis akan menjadi lebih negtatif. Isu terbaru apabila gambar pra perkahwinan pelakon Liyana Jasmay tersebar dan mendapat kritikan peminat.


Menerusi gambar pra perkahwinan yang dirakam di Hyatt Regency Kuantan Resort, Isnin lalu, ia mengundang kontroversi apabila ramai pihak mula mengkritik tindakan pelakon dan penyanyi ini. Gambar yang menampilkan babak romantik itu turut merakamkan aksi mesra mereka dan sekali gus mengundang rasa tidak puas hati ramai pihak kerana ianya dilihat bertentangan dengan nilai dan budaya masyarakat kita.

Liyana Jasmay memilih ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan, 28, sebagai pasangan hidup, pelantun lagu Cinta Bersatu, ini bakal disatukan pada 2 Februari depan. Teman rasa budaya gambar pra perkahwinan ni pun salah satu budaya yang tak baik acuan barat. Yang kita ikut-ikut tu buat apa. Teman pun nak bidas jugak sikap jurugambar yang sengaja mengedarkan gambar-gambar tersebut tanpa kebenaran. Tapi si maknya tak payah la melatah sebab dalam filem dan drama pun dah jenuh Liyana Jasmay ni kena peluk. Si maknya tak kecoh pun. ish.ish..
-

Asal Usul Zairil Khir Johari @ Christopher Ross Lim Didedah


Banyak desas-desus yang berlegar dari tahun 2011 berkaitan dengan seorang lelaki yang bernama Zairil Khir Johari.

Bermula dengan cita-citanya yang ingin menjadi Menteri Besar Perak sekiranya Pakatan atau lebih tepat lagi DAP, memenangi Perak dalam PRU-13 yang akan menjelang tiba bila-bila masa sahaja lagi.

Kemudian kisah Zairil ini dihangatkan lagi baru-baru ini semasa CEC DAP yang lalu, kononnya dialah satu-satunya ‘Melayu’ yang terpilih didalam CEC DAP.

Maklumat terbaru yang penulis dapat dari sahabat di Singapura telah membongkar siapa Zairil yang sebenarnya.

Kisah Zairil yang hanyalah sekadar anak tiri kepada Khir Johari seorang bekas pemimpin UMNO bukan lagi rahsia malah penduduk Kampung Kanchut, Alor Star sendiri yang mendedahkannya.


Nama sebenar Zairil adalah Christopher Ross Lim, inilah namanya sebelum ibunya Christine Lim berkahwin dengan Khir Johari pada Februari 1996.

Sebelum perkahwinan ibunya dengan Khir Johari, Zairil adalah penganut agama Kristian dan memeluk Islam selepas perkahwinan ibunya itu, namun jangan ditanyakan kepada penulis apa agamanya hari ini.

Ketika perkahwinan Christine Lim dan Khir Johari, Christopher Ross Lim @ Zairil hanya berusia 13 tahun, mustahil Zairil anak kandung Khir Johari atau anak luar nikah Khir Johari.

Oleh itu, maka sahihlah bahawa Zairil bukan anak kandung Khir Johari !

Dengan itu juga, maka sahlah Zairil tidak punya darah Melayu walaupun setitik.

Memandangkan Zairil telah sah bukan anak kandung Khir Johari, maka ada sembang-sembang kedai kopi pula mempersoalkan siapakah bapa kandung Zairil dan apa asal usulnya.

Kalau penulis mampu mendapatkan nama asal Zairil, pasti nama bapa kandungnya dan asal keturunannya boleh dibongkar.

Zairil bukanlah anak pungut Pak Khir sepertimana yang digembar-gemburkan dalam sembang kedai kopi.

Nama bapanya adalah Howard Lim yang berasal dan masih menetap di Singapura namun belum dapat dipastikan Howard Lim ini masih bernyawa atau pun tidak.

Apa yang amat menarik dari maklumat yang penulis perolehi adalah, bapa kandung Christopher Ross Lim @ Zairil adalah seorang penyokong tegar PAP dan ada juga gossip mengatakan Howard punya jawatan dalam parti.

Jadi, tidaklah menghairankan bilamana Zairil… oppss.. atau mungkin penulis patut panggil Christopher, amat galak memberikan sokongan kepada DAP.

Malah Zairil menjadi harapan dan anak emas DAP dalam menarik undi Melayu untuk DAP.

Bukankah DAP ditubuhkan bagi menyambung kesinambungan PAP yang telah diharamkan ?

Disinilah Zairil sesuai menjadi alat permainan DAP untuk mengelabui mata kaum Melayu supaya tertipu dengan permainan silap mata DAP ini.

Jadi, bolehlah kita faham kenapa Zairil, seorang anak 100% keturunan Cina ini bersama DAP pada hari ini.

Suara Generasi Baru

-

Samsung Galaxy Note 8.0 Tersebar Di Internet


Samsung sekali akan melancarkan satu gajet mudah alih. Kali ini Samsung Galaxy Note 8.0. Dijangka akan memasuki pasaran pada Februari 2013. Baru-baru ini kecoh bila gambar Samsung Galaxy Note 8.0 telah bocor di Internet. Kisah penyebaran gambar-gambar dan spefikasi gajet yang popular yang menjadi pesaing utama Apple, didedahkan oleh pengguna-pengguna twitter di Twitter Handle. Gambar yang didedahkan menunjukkan imej pandangan depan dan belakang bersama beberapa spesifikasi terbaru.

Galaxy Samsung Note 8.0 ini yang hampir-hampir menyerupai Ipad Mini  mempunyai dua memori storan 16 dan 32 GB. Dijangka model ini akan dapat menyaingi Ipad Mini yang menguasai pasaran sejak model tersebut dilancarkan. Pada peminat-peminat gajet dari Samsung ini sudah tentunya akan berlumba-lumba untuk memilikinya. Nasihat teman, jangan terlalu mengejarkan teknologi, jika tiada keperluan wajar untuk menggunakannya. Fikir-fikirkan lah..

Sumber Berita timesofindia.indiatimes.com
-

Gambar Tokong Di Sambutan Maulidur Rasul Pulau Pinang


Uiks! Ada gambar tokong sempena Sambutan Maulidur Rasul di Pulau Pinang. Biar betul weh!. Gambar Guan Eng mesti kat depan. Guan Eng bukan ke tokong kata si Mansor TKM Pulau Pinang. Tak gitu! Kenapa pulak gambar Guan Eng ni sibuk-sibuk bubuh gambar pada kain rentang Sambutan Maulidur Rasul Negeri Pulau Pinang. Sekali gambar P. Ramasamy, TKM Pulau Pinang pun ada. Adeehhh!! Pening weh!!

Pernah sekali dulu Majlis Sambutan Maulidur Rasul puak-puak DAP ni bagi Ang Pow. Lagi serabut weh! PAS ni setuju je apa yang DAP buat. Sebab PAS tak ada kuasa pun. Jadi tunggangan je. Tak gitu!


Credit picture to Helen Ang
-

Perhimpunan Bakar Bible Dakyah Palsu


Polis Pulau Pinang menggesa orang ramai jangan mempercayai khabar angin kononnya ada acara membakar Bible versi bahasa Melayu di Padang Bandaran Bagan Luar, Butterworth Ahad ini.

Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata berikutan isu itu polis menerima laporan seorang paderi menemui risalah bertulis 'jom bakar...pesta bakar bible melayu demi masa depan cucu kita' yang diletak di dalam peti surat di sebuah gereja 20 Jan lepas.

"Kita minta jangan ada pihak yang percaya dan mensensasikan isu ini kerana ia boleh mengugat ketenteraman awam dan mengundang perpecahan masyarakat," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadappenganjur dan peserta perhimpunan itu sekiranya benar-benar diadakan.

Katanya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebut perkataan berniat melukakan perasaan agama seseorangyang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda ataukedua-duanya sekali.

Mengenai isu pengedaran Bible kepada pelajar Islam di hadapan sebuah sekolahdi Jelutong Khamis lepas, Abdul Rahim berkata polis telahpun merekodkanketerangan 17 individu.

"Kertas siasatan telah lengkap dan diserahkan kepada pendakwa raya untuktindakan selanjutnya," katanya.

Beliau berkata siasatan polis mendapati kesemua Bible itu dicetak dalam bahasa Inggeris dan tidak mempunyai sebarang kalimah Allah.

"Setakat ini polis menerima tujuh laporan mengenai isu itu, iaitu empat daripada pelajar dan selebihnya daripada orang awam," katanya. BERNAMA
-

Anwar Lagi Pening Bila Baca Berita Ni!


 

Lawatan kemanusiaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, Selasa lepas akan membuka mata masyarakat dunia tentang keprihatinan Malaysia terhadap penderitaan rakyat Palestin dan betapa perlunya penindasan rejim Zionis Israel ke atas Palestin dihentikan segera.

Mengulas mengenai lawatan bersejarah itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya ia akan memperkukuhkan lagi peranan Malaysia dalam menerajui inisiatif di peringkat antarabangsa, khususnya dalam kalangan negara Islam untuk memperjuangkan kebebasan dan keamanan Palestin.

"Sesungguhnya lawatan bersejarah perdana menteri dan isteri (Datin Seri Rosmah Mansor) ke Gaza merupakan lambang sokongan rakyat Malaysia yang tidak berbelah bahagi kepada perjuangan rakyat Palestin untuk bebas daripada penindasan rejim Zionis Israel," kata Muhyiddin dalam kenyataan pada Khamis.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Najib dan Rosmah atas kejayaan misi lawatan kemanusiaan ke Gaza itu, beliau menegaskan rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan keberanian perdana menteri melawat Gaza untuk melihat sendiri penderitaan rakyat Palestin.

Muhyiddin berkata ia sekali gus mengulangi pendirian Malaysia untuk terus menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menghulur apa sahaja bantuan bagi meringankan beban penderitaan mereka.

"Kita juga berbangga kerana Datuk Seri Najib adalah ketua kerajaan pertama dalam kalangan pemimpin bukan Arab yang mengadakan lawatan ke Gaza," kata Muhyiddin.

Najib sekaligus mencatat sejarah sebagai perdana menteri Malaysia pertama menjejak kaki di bumi Palestin.

Muhyiddin berkata seperti yang ditegaskan perdana menteri, Malaysia menyokong penuh kewujudan kerajaan perpaduan antara Fatah dan Hamas yang menjadi prasyarat kepada kemenangan rakyat Palestin dalam perjuangan membebaskan tanah air mereka daripada penindasan dan kezaliman rejim Zionis Israel.

"Kita berharap dengan kewujudan kerajaan perpaduan yang menggabungkan dua organisasi utama yang menerajui perjuangan rakyat Palestin selama ini, cita-cita membebaskan bumi Palestin daripada cengkaman rejim Zionis Israel akan dapat dicapai dengan lebih cepat," tegas beliau.

Menurutnya, keberanian dan komitmen yang ditunjukkan Najib dalam menjayakan misi lawatan kemanusiaan ke Gaza menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk terus mendukung perjuangan suci rakyat Palestin bagi membebaskan tanah air mereka daripada penindasan rejim Zionis Israel.

"Saya berdoa semoga perdana menteri dan kita semua sebagai rakyat Malaysia akan sentiasa diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk terus menyokong perjuangan rakyat Palestin.

"...Mudah-mudahan dengan sokongan masyarakat dunia yang berterusan kepadaperjuangan rakyat Palestin, bumi Palestin akan kembali aman, bebas dan merdeka,"katanya. BERNAMA
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...