Showing posts with label Janji Ditepati. Show all posts
Showing posts with label Janji Ditepati. Show all posts

Friday, 29 March 2013

Malaysia Perlu Kerajaan Kuat Bagi Percepat Proses Transformasi


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia memerlukan sebuah kerajaan yang kuat untuk mempercepatkan proses transformasi di negara ini.

Beliau berkata Malaysia tidak mampu mempunyai sebuah kerajaan yang lemah kerana ia akan menyebabkan ketidakstabilan dan ketidaktentuan.

"Kerajaan yang kuat adalah wajar bagi mempercepatkan proses transformasi di Malaysia. Kerajaan lemah bermakna ketidakstabilan dan ketidaktentuan, Sesuatu yang kita tidak mampu," katanya dalam tweet terbarunya, Khamis.

Selepas proses transformasi pelbagai bidang termasuk ekonomi diperkenalkan tiga tahun lepas, kerajaan pimpinan Najib telah mula menampakkan tanda positif dalam membantu visi Malaysia ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Baru-baru ini, bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin memuji dan menyakini kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri yang telah melaksanakan tugasnya dengan begitu baik.

Sambil menyifatkan Najib telah melakukan kerja dengan baik, Daim berkata perdana menteri itu perlu diberi mandat untuk meneruskan dasar dan program transformasinya. - BERNAMA
-

Friday, 22 March 2013

Janji Ditepati NKRA Lepasi Sasaran


Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai laporan tahunan untuk GTP & ETP 2012 sudah pastinya akan membuatkan jauh di sudut hati para pencacai pakatan haram mengangkat tangan tabik hormat kepada kerajaan BN/Umno. Malah pembentangan laporan tersebut sepatutnya berjaya membuka mata dan hati mereka sekiranya mengambil pendekatan berlapang dada dan menilai semula antara fakta dan penipuan.

Ia susulan kejayaan kesemua NKRA kerajaan yang berjaya menunjukkan pencapaian yang baik dan menepati sasaran yang telah ditetapkan sebelum ini. Malah setiap baris ayat yang diucapkan oleh Perdana Menteri semalam, adalah merupakan bukti bahawa kerajaan BN telah mengotakan segala janji kepada rakyat.

Ia selari dengan tema kerajaan ‘Janji Ditepati’ sekaligus menepati slogan ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’. Berbeza dengan pembangkang melalui ‘Manifesto bukan Janji’ yang hanya mampu memberikan impian ‘bulan dan bintang’ namun apabila sampai masanya memungkiri janji tersebut ibarat melepaskan batu ditangga.

Laporan tahunan untuk GTP & ETP 2012 semalam membuktikan transformasi dilaksanakan kerajaan sebelum ini telah berjaya menunjukkan keberhasilan. Semua maklumat dikaji, dikumpul dan kemudiannya dibentangkan kepada seluruh rakyat bagi menunjukan ketelusan kerajaan dalam memberikan fakta yang benar dan sahih.

Lebih menarik lagi ialah, ketika pakatan pembangkang yang sebelum ini mengkritik tindakan kerajaan yang dikatakan terlalu boros berbelanja semata-mata untuk meraih undi pendapatan negara (GNI) masih berjaya menunjukkan peningkatan sebanyak 49% sepanjang 3 tahun lepas. Walaupun ekonomi dunia berada dalam kegawatan, namun pertumbuhan negara sepanjang 3 tahun lepas mengjangkaui purata global. 7.2% 2011 dan 5.2% 2012.

Tambah membanggakan, kadar kemiskinan negara juga menunjukan indeks penurunan dari 3.8 peratus pada 2009 kepada 1.7 peratus pada tahun 2012. Malam kadar inflasi negara juga turut kekal rendah pada kadar 1.3 peratus setakat Januari 2013.

Bukan setakat itu sahaja, sepanjang menerajui pentadbiran negara, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib juga telah berjaya mewujudkan sebanyak 438,000 peluang pekerjaan dari 2011-2012. Malah seramai 106,967 orang berjaya didaftarkan dan dilibatkan di bawah program-program 1Azam bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka dan sebanyak 89% atau lebih 100,000 mereka yang mendaftar dalam E-Kasih telah dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan dalam tempoh hanya 3 tahun.

Walaupun pakatan pembangkan sering mengatakan, kononnya kerajaan BN/Umno rasuah, tidak selamat dan sebagainya, namun mengikut indeks kadar jenayah yang dikeluarkan telah menunjukkan kadar penurunan sebanyak 27% sepanjang 3 tahun lepas. Malah Kedudukan Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International juga menunjukkan peningkatan: naik enam anak tangga kepada kedudukan ke-54 pada tahun 2012 dengan seramai 1,172 pesalah rasuah telah disiarkan dalam laman web MACC.

Secara keseluruhan pembangkang hanya mampu melemparkan pelbagai dakwaan untuk mewujudkan sentimen kebencian di kalangan rakyat, namun hakikat sebenarnya semuanya langsung tidak mempunyai asas.

Dengan data-data yang dibentangkan semalam turut membuktikan bahawa kerajaan benar-benar ikhlas ingin menawarkan perkhidmatan terbaik buat rakyat.

-

Friday, 1 March 2013

Tu Dia! Mulut Anwar Ibrahim Masuk Lalat



Kerajaan menyasarkan 90 lagi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) akan beroperasi tahun ini selepas ia mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Ketua Unit Pengurusan dan Pelaksanaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Mohd Fariszan Ahmad berkata penambahan itu melibatkan 25 buah di Sabah, Sarawak (30), Labuan (dua) manakala 33 premis lain di semenanjung.

"Sehingga kini kita ada 87 KR1M seluruh negara dan pada awal pelaksanaanya, hanya terdapat 250 produk, tetapi dengan sambutan yang amat baik, maka produk KR1M bertambah menjadi 405 ketika ini," katanya kepada Bernama Radio24, di sini Khamis.

Beliau berkata kerajaan bercadang untuk memberi tumpuan di kawasan bandar bagi pembinaan KR1M kerana fokus utamanya adalah untuk mengurangkan bebanan penduduk berpendapatan rendah dan sederhana di kawasan bandar.

"Berikutan permintaan yang tinggi oleh rakyat selepas kita melancarkan KR1M yang pertama di Stesen LRT Kelana Jaya pada 11 Jun 2011, ia perlu diperluaskan sebagai satu gerakan nasional," katanya.

Fariszan berkata kerajaan juga menyasarkan 1,000 premis makanan menyertai projek Menu Rakyat 1Malaysia MR1M tahun ini bagi menambah bilangan sedia ada iaitu 3,572 premis yang menawarkan harga makanan yang lebih murah kepada orang ramai.

"Selain daripada KR1M dan MR1M, kerajaan juga akan menambah bilangan Kedai Kain Rakyat 1Malaysia KKR1M sebanyak 30 lagi menjadikannya 34 buah menjelang akhir tahun ini," katanya.

Sehubungan itu beliau berkata KPDNKK di setiap negeri dan daerah akan memantau semua inisiatif itu bagi memastikannya berjalan seperti dirancang. - BERNAMA
-

Thursday, 28 February 2013

Miti Akan Umum Potongan Duti Untuk Kereta Jepun Dan Australia



Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) akan mengumumkan penurunan duti kereta dari Jepun dan Australia pada Khamis.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed pada Rabu berkata, pengurangan tersebut akan melibatkan lebih tiga tahun bagi model kereta dari kedua-dua negara itu.

Bercakap pada taklimat media investKL, beliau berkata, butiran lanjut akan diperjelaskan pada Khamis. (mStar Online)
-

Tuesday, 26 February 2013

Peruntukan RM28 Juta Bantu Peladang Dan Penternak



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan peruntukan berjumlah RM28 juta sebagai sumbangan one-off iaitu sekali sahaja bagi membantu golongan peladang dan penternak di negara ini.

Berita gembira itu diumumkan Perdana Menteri sempena perasmian Menara LPP dan sambutan 40 tahun Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di sini, Isnin.

Peruntukan itu merupakan respons segera Najib sebagai memenuhi permintaan warga peladang dan penternak yang sebelum ini disifatkan 'tertinggal' berbanding warga petani dan nelayan yang menerima imbuhan seperti yang diumumkan oleh kerajaan.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pemberian bantuan kepada golongan nelayan termasuk bantuan sara hidup RM200 sebulan yang memanfaatkan 55,000 nelayan berdaftar.

Bagi membantu para petani pula, kerajaan meneruskan pemberian subsidi dan insentif pertanian sedia ada berjumlah RM2.4 bilion, selain buat julung kalinya, memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Padi.

Perkara itu disuarakan Pengerusi LPP Datuk Zainal Dahalan dalam ucapannya yang meminta insentif turut diberikan kepada golongan peladang dan penternak yang berjumlah 800,000 orang di seluruh negara.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Peruntukan itu dijangka disalurkan sebagai insentif kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) antaranya untuk merangkumi pembiayaan baja kimia, tong sawit, tong racun dan alat penyembur racun yang dianggar berjumlah RM20 juta.

Bakinya adalah bagi membiayai kursus-kursus lanjutan dan program untuk Kumpulan Kor Tani.Kumpulan Kor Tani yang ditubuhkan pada April 2011 sebagai kumpulan pewaris peladang dan penternak di negara ini kini mempunyai 6,000 peserta.

Terdahulu, Najib berkata kerajaan tidak pernah mengabaikan sektor pertanian kerana ia merupakan satu daripada sektor penting yang tidak boleh dibiarkan tanpa sebarang suntikan.

Malah, katanya di dalam Belanjawan 2013, sejumlah RM5.8 bilion disalurkan sebagai insentif untuk peladang, penternak dan nelayan untuk meningkatkan lagi keupayaan sektor berkenaan.

"Sektor pertanian harus menjadi sektor yang hidup dan tidak dilihat sebagai layu, jauh lagi mundur.

"Tetapi harus ada usaha untuk menjadikan sektor itu sebagai sektor yang moden dan dinamik yang harus menyumbang kepada pencapaian matlamat kita untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi," katanya.

Najib berkata sektor pertanian tidak akan maju tanpa modal insan yang berkualiti, yang mempunyai minda terbuka untuk mencari ilmu baharu dan mampu menggunakan kaedah inovasi untuk mencapai daya pengeluaran dan produktiviti yang lebih tinggi.

"Apabila kita ada idea-idea baharu, akan mendekatkan petani dengan pasaran, kalau ada masalah logistik, orang tengah, atau pengangkutan, akan dapat diselesaikan dengan lebih baik dan menguntungkan golongan tersebut," katanya.

Mengambil contoh penubuhan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan projek penanaman rock melon secara autopot dilaksanakan di kawasan lapang di Seri Perdana sebagai transformasi idea baharu, Najib berkata, projek seumpama itu bukan sahaja terbukti membawa pulangan besar kepada warga petani, tetapi juga mampu menjadikan Dasar Agro Makanan Negara lebih berjaya.

"Projek tanaman rock melon di Seri Perdana seluas enam ekar, menggunakan sistem autopot telah mendapat pulangan RM500,000 setahun, yang mana keuntungannya kita dermakan kepada badan-badan kebajikan.

"Ini bukan satu cerita khayalan, kalau di Seri Perdana boleh dapat kenapa tempat lain tidak boleh," katanya.

Dalam pada itu Najib berkata, perasmian Menara LPP itu diharap dapat menyuntik semangat dan budaya kerja baharu bagi warganya selain mampu mencetuskan pengisian idea-idea baharu bagi melonjakkan agensi itu selaras perkembangan semasa.

Menara LPP setinggi sebelas tingkat mula dibina pada 2008 dan siap sepenuhnya pada 2011.

Ia menempatkan ibu pejabat LPP dan mempunyai kemudahan asas yang lengkap dan turut berfungsi sebagai pusat informasi dan pentadbiran.

Antara kemudahan yang disediakan termasuk Dewan Serbaguna, perpustakaan , bilik pameran, bilik latihan dan pusat jagaan kanak-kanak. - BERNAMA
-

Janji Ditepati VS Kebangkitan Rakyat – Pilihan Anda?



Di Malaysia terdapat dua pertandingan parti yang dilihat membawa agendanya tersendiri untuk memikat hati rakyat yang sentiasa menilai siapa baik dan siapa tidak baik. Rakyat menjadi pengadil kepada pertandingan yang diadakan bagi mencapai matlamat politik masing-masing.

Bagi pihak kerajaan, slogan “janji ditepati” merupakan ayat-ayat yang rakyat sedia maklum bahawa setiap janji atau manifesto kerajaan pasti akan ditepati. Sebaliknya bagi pihak pembangkang pula, sentimen meniup semangat kebangkitan rakyat agar menentang kerajaan dipertaruhkan bagi mencapai matlamat politik sempit.

Dapat kita lihat dua perbezaan dalam perjuangan politik Malaysia yang dilihat agak kotor kebelakangan ini berbanding pada PRU yang lepas. pelbagai agenda yang pembangkang  aturkan dengan tujuan untuk meniup semangat kebangkitan rakyat. Pelbagai cerita disebarkan tanpa mengambil berat kesahihan cerita tersebut.

Bagi kerajaan, prinsip perlaksanaan “janji ditepati” dilihat berjalan secara sederhana tanpa menghasut pengikutnya untuk membenci dan mengecam pihak pembangkang, malah hanya berkempen untuk memastikan rakyat sentiasa berpuas hati dengan kredibiliti kerajaan Malaysia.

Berbeza dengan prinsip “kebangkitan rakyat” yang jelas dapat dilihat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat kebanyakan melaungkan kebencian terhadap kerajaan dan membuatkan semangat pengikut-pengikutnya membuak-buak bencikan kerajaan. Ianya berlaku di pentas-pentas ceramah dan di alam maya blog atau facebook.

Cuba anda bezakan dua perjuangan parti politik untuk mencapai matlamat masing-masing ini. Pasti anda sebagai penilai dapat melihat bagaimana suasana politik di Malaysia sekarang. Perjuangan untk rakyat adalah untuk membela rakyat dan memastikan rakyat selesa hidup di Malaysia. Tetapi kenapa pembangkang perjuangkan rakyat dengan cara meniup rasa kebencian kepada kerajaan pemerintah?

Adakah sikap pembangkang merupakan sikap mulia dan boleh ditunjukkan sebagai perkara yang positif? Anda sebagai rakyat boleh tentukan. Dua misi parti politik di Malaysia jelas kelihatan sekarang. Tiada perkara yang tersirat dapat dilihat dan semuanya dilakukan secara terang-terangan semata-mata untuk meraih undi dan simpati rakyat.

Apa yang harus anda nilaikan, di manakah silapnya permainan politik yang tampak jauh perbezaan ini? Kerajaan yang sentiasa memperjuangkan rakyat dan pembangkang yang ingin menjatuhkan kerajaan yang selama ini bertungkus-lumus membela rakyat.

Kini pilihan di tangan anda. Adakah anda memilih kerajaan yang sedia ada dengan perjuangan bersih semata-mata untuk rakyat atau pembangkang yang hanya tahu menghasut rakyat untuk membenci kerajaan. Dua perjuangan yang pastinya banyak perbezaan dan anda perlu pertimbangkannya.

Suara Generasi Baru
-

Wednesday, 13 February 2013

Berita Baik: Lebih Banyak Bantuan Kepada Rakyat


Kerajaan menjanjikan lebih banyak bantuan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) jika ia mendapat mandat untuk meneruskan program transformasi ekonomi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata pelaksanaan pelbagai program transformasi ekonomiitu bukan sahaja telah berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi semasa tetapiturut menambah pendapatan negara.

"Dengan pendapatan yang bertambah, hasilnya kerajaan akan pulangkan semula kepada rakyat seperti yang kita lakukan menerusi BR1M 1, BR1M2.0 dan BR1M 3.0," katanya kepada lebih 10,000 yang menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina PeringkatNegeri Johor, di sini, Selasa

Beliau berkata jika mahukan agenda transformasi ekonomi negara yang memberipelbagai manafaat kepada rakyat itu diteruskan, maka kerajaan Barisan Nasional(BN) perlu diberikan mandat untuk terus memerintah negara ini.

"Jikalau mandat itu diberikan (kepada kerajaan BN) untuk membentuk sebuah kerajaan yang kuat, Malaysia akan mempunyai masa depan yang cukup hebat dan cemerlang," katanya yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN.

Turut hadir pada majlis sambutan itu termasuk isteri beliau Datin SeriRosmah Mansor, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, Presiden MCA Datuk SeriDr Chua Soi Lek, anggota Parlimen Kulai Tan Sri Ong Ka Ting, beberapa menterikabinet dan pemimpin parti komponen BN.

Perdana Menteri berkata kerajaan menerusi program transformasi ekonomi telah berjaya meningkatkan pendapatan per kapita rakyat Malaysia daripada US$6,700 (RM20,759) pada penghujung 2009 kepada US$9,750 (RM30,210) pada penghujung 2011.

Perkara itu adalah bertepatan ke arah usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Najib berkata kejayaan program transformasi ekonomi yang membawa pertumbuhan ekonomi dan peningkatan pendapatan negara turut diperakui sendiri oleh Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Christine Lagarde.

Pada pertemuan dengan Lagarde, katanya, beliau mengakui Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia di mana agensi itu terpaksa mengkaji semula unjuran pertumbuhan ekonominya ke tahap yang lebih tinggi.

Beliau berkata kejayaan pengurusan ekonomi negara itu turut menyakinkan agensi pelaburan Qatar untuk membuat pelaburan bagi membina Hotel Harrods yang pertama di dunia di Kuala Lumpur.

Selain Hotel Harrods itu, katanya, pelabur yang berkeyakinan terhadap program transformasi ekonomi Malaysia turut akan melabur berbilion ringgit bagi membina Hotel Four Seasons setinggi 65 tingkat di ibu negara.

Perdana Menteri berkata Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia yang dilancarkan pada 2006 sehingga akhir tahun lepas juga telah berjaya menarik pelaburan berjumlah RM106 bilion dari dalam dan luar negara.

Pada 19 Feb ini, Najib berkata, beliau dan rakan sejawatnya daripada Singapura Lee Hsien Loong akan melawat Iskandar Malaysia dan merasmikan projek ikonik 'Wellness Township'.

"Program transformasi ekonomi negara sedang berjalan dengan pantas dan rakyat telah pun menerima faedah serta manfaatnya. Bukti kejayaan program transformasi itu boleh dilihat di sekeliling kita," katanya.

Beliau memberi contoh Johor Premium Outlet (JPO) yang terletak di Kulaijaya yang akan memulakan projek pembesaran fasa keduanya, walaupun pembukaannya baru sahaja dirasmikan tidak lama dahulu.

Perdana Menteri berkata di bawah projek fasa kedua itu pihak pengurusan JPOakan menambah 70 lagi kedai.

Beliau berkata pasaran sedang menunggu mandat yang jelas daripada rakyat kepada kerajaan, yang akan menyaksikan ia melonjak ke suatu tahap yang lebih tinggi dan keyakinan pelabur melambung.

"Semua akan menerima faedahnya jika kita membuat keputusan yang tepat," katabeliau.

Menurutnya manfaat demi manfaat yang diterima oleh rakyat hasil kejayaan program transformasi ekonomi yang dilaksanakan itu membuktikan kerajaan menepati segala janji yang dibuatnya.

"Kita tidak menjual janji demi janji sebagaimana yang dilakukan oleh pembangkang. Kerajaan melaksanakan 'Janji Ditepati' terhadap segala yang dijanjikan kepada rakyat," katanya.

Perdana Menteri pada majlis yang sama turut menyampaikan bantuan BR1M 2.0 kepada 20 penerima daripada kawasan Parlimen Kulai.-- BERNAMA
-

Pemimpin BN Perlu Terus Berganding Bahu Ambil Alih Pulau Pinang



Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu terus berganding bahu untuk mengambil alih kerajaan Pulau Pinang walaupun sokongan rakyat khususnya masyarakat Cina di negeri itu terhadap BN meningkat.

Beliau berkata sokongan rakyat kepada BN dilihat menerusi Sambutan Tahun Baharu Cina di Pulau Pinang Ahad lepas yang diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

"Sambutan (Tahun Baharu Cina) baik dan ini menunjukkan sokongan rakyat meningkat tapi sama ada sudah sampai ke tahap ambil alih untuk teraju kerajaan Pulau Pinang terserah kepada para pengundi," katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Gerakan negeri Perak Rabu.

Mengenai senarai calon Gerakan pada PRU-13 beliau berkata ia akan diumumkan pada masa yang sesuai.-- BERNAMA
-

Friday, 25 January 2013

1.9 juta Baucar Saringan Kesihatan Percuma Diedar



Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah selesai menghantar baucar saringan kesihatan percuma kepada 1.9 juta pencarum sektor swasta yang layak dalam skim baharu itu yang diumumkan menerusi Bajet 2013.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) Perkeso, Datuk Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, pihaknya memperuntukkan RM200 juta di bawah skim yang baru dimulakan dan akan dilaksanakan sepenuhnya mulai 1 Februari ini.

Di bawah skim itu, pencarum Perkeso yang berumur 40 tahun ke atas layak menjalani ujian saringan kesihatan percuma bagi mengesan penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, diabetes, kanser dan masalah jantung.

Mohammed Azman memberitahu, ujian saringan itu meliputi pemeriksaan fizikal, profil darah, ujian air kencing dan bagi wanita ujian pap smear dan mamogram yang dilakukan oleh doktor panel.

Mereka yang belum menerima baucar percuma itu diminta menghubungi talian 03-4252 1258, 03-4252 5089 atau pejabat Perkeso terdekat untuk mendapatkan maklumat lanjut.

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...