Monday, 17 December 2012

GEMPAR: HADI AWANG SULTAN YANG DISEMBAH


Teman nak gelak sakan nih!  Ini satu contoh hebat seorang pemimpin!  Orang lain kena hujan, Hadi Awang seorang je tak!  Bagus la macam tu kan..Sian tengok Sivakumar, kena hujan pulak dia.  Tak  apa la, ada la habuan tu lepaih ni.  Sabo je le...Payung LGBT tuh!heeee..

-

AMBIGA GILA TIMBUL BALIK NAK JADI CALON PKR


Weh! Tiba-tiba muncul balik Ambiga gila ni! Pengamal dan pendokong LBGT kat Malaysia. Tak habis lagi ke bersihkan jamban-jamban Anwar China Doll tu!  Lupa pulak, mike pun suka kan..selalu pun tak ape.  Tiba-tiba nak pantau Pilihanraya Malaysia.  Weh!Mike ni siapa hah!  Ada kuasa apa?  Sunat pun tidak, sibuk-sibuk. Eh!Eh! sunat ke dia ni? 

Kata Ambiga dalam Meloyakini, tiada tindakan oleh kerajaan, dakwaan taktik melewat-lewatkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kurang kemajuan untuk menjemput pemerhati asing dan peningkatan keganasan politik, telah menyakinkan BERSIH 2.0 bahawa tidak akan ada pembaharuan pilihan raya dalam masa terdekat ini.

Apasal nak panggil pemantau asing sedang Majlis Peguam pun tak bagi orang lain pantau pemilihan AGM.  Itu apa cerita? Kome demo la tuntut buat pembaharuan dalam Majlis Peguam.  Siapa pulak yang ganas? Bukan ke mike yang buat demontrasi jalanan yang ganas tu? Cakap berbelit-belit betul!  Bak kata orang le, tapi bukan teman yang cakap ek, kalau jumpa ular dengan mike, lepuk mike dulu. heeee..
-

PAKATAN RAKYAT KELIRU TAK TAU JALAN PULANG



Hah! DS Najib kata Pakatan pembangkang disifatkan sebagai parti yang keliru, tapi teman nak kata deme ni parti sesat.  Sebab tak tau jalan nak pulang.  Orang sibuk-sibuk nak majukan negara, deme pulak sibuk-sibuk nak musnahkan negara.  Tak ke sesat tu!  Orang nak bawak negara maju ke depan, deme nak bawak negara terjun gaung sama-sama dengan deme.  Siapa yang nak! Tak sior teman..heeeee

SANDAKAN - Pakatan pembangkang disifatkan sebagai parti yang keliru dan tidak konsisten sekali gus tidak mempunyai keupayaan untuk menerajui negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia jelas terbukti berdasarkan simbol, manifesto dan dasar Parti Keadilan Rakyat, Pas dan DAP yang berbeza selain tidak mempunyai semangat berpasukan.

"Lihat sahaja pada parti pembangkang, ada (simbol) bulan, ada roket dan mata satu tetapi tiada asas kepada bendera parti utama mereka dan dasar mereka.

"Dalam Barisan Nasional (BN), kita mempunyai satu simbol, satu manifesto, satu dasar dan satu pasukan yang jelas menunjukkan matlamat dan destinasi utama untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat pada masa depan," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Ke-23 Parti Liberal Demokratik (LDP) di sini semalam.

Sumber
-

WEH!SIAPA KOREK PASIR DI KEDAH NI



Weh! Siapa yang korek pasir kat Kedah ni. Siapa punya kerja ni! Baik cakap,kalau tak tempak hempuk dengan belantan. Eh!Eh! Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak kena jawab ni. Dengar kata syarikat tu beroperasi secara sah.  Siapa la punya syarikat ni ye!  Menyusahkan orang je sampai menjejaskan hasil tangkapan nelayan.  Kesian nelayan kat situ kena naya!  Baik cepat mengaku, kalau tak teman korek-korek hidung kome..Ini ke slogan Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua.  Kome je dapat nikmat, rakyat dapat hampagas je..heee..

SUNGAI PETANI 17 Dis. _ Aktiviti mengorek pasir berhampiran kawasan perikanan boleh menjejaskan hasil tangkapan nelayan, kata Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kedah Mohamad Noor Had.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar Jabatan Alam Sekitar meneliti semula syarat meluluskan aktiviti mengorek pasir kepada sesebuah syarikat.

Kesan daripada aktiviti mengorek pasir itu bukan sahaja menyebabkan pencemaran di kawasan sekitar, tetapi juga merosakkan pukat nelayan, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian elaun sara hidup nelayan di Kota Kuala Muda, di sini.

Beliau merujuk kepada aktiviti mengorek pasir di perairan Kuala Muda berhampiran Tanjung Dawai di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata LKIM Kedah difahamkan syarikat itu beroperasi secara sah. - BERNAMA
-

HOT: K RAJAGOBAL DIGUGURKAN



BEKAS pemain kebangsaan dan pengkritik bola sepak, Serbegeth Singh berpendapat sudah tiba masanya tugas mengendalikan skuad Harimau Malaya diserahkan kepada Ong Kim Swee berikutan kegagalan ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal mempertahankan kejuaraan Piala AFF 2012.

Menurut Serbegeth atau turut dikenali dengan panggilan Shebbie, pandangan disuarakan itu bukan hanya berasaskan kepada kegagalan di Piala AFF baru-baru ini, sebaliknya ia mengambil kira prestasi skuad negara yang merosot selepas bergelar juara rantau Asia Tenggara dua tahun lalu.

Bagi Penasihat Global kelab Liga Kejuaraan, Blackburn Rovers itu, skuad kebangsaan sepatutnya meningkat ke satu tahap yang lebih tinggi namun ia sebaliknya berlaku di bawah pimpinan Rajagobal.

“Selepas kita menjuarai Piala AFF, kita masih lagi dalam era eksperimen pemain, sepatutnya kita sudah melangkah ke satu tahap lagi, tapi sebaliknya kita seperti masih ‘meraba-raba’.

“Kita melakukan eksperimen dengan mengharapkan kita boleh berada di kemuncak prestasi dua tahun kemudian. Untuk maju ke depan, kita harus memiliki jurulatih yang boleh meningkatkan prestasi pasukan yang kita miliki sekarang dan bukannya membentuk pasukan baru.

“Jangan fikir pandangan saya ini satu kritikan, sebaliknya ia satu persoalan yang harus kita bincangkan bersama, adakah Rajagobal mampu meneruskan tugas sebagai ketua jurulatih kebangsaan?” katanya yang dihubungi Arena Metro semalam.

Shebbie yang kini berada di London mengakui tidak boleh memberi ulasan terperinci mengenai permainan skuad kebangsaan dalam kejohanan AFF kali ini kerana hanya melihat sebahagian aksi menerusi YouTube.

Namun berdasarkan pemerhatiannya dalam tempoh dua tahun selepas Malaysia menjadi juara kali pertama Piala AFF, skuad kebangsaan berada dalam era kemerosotan selepas gagal melayakkan diri dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2014, kejatuhan ranking negara berikutan beberapa aksi buruk dalam aksi persahabatan antarabangsa yang dianggap tidak penting oleh Rajagobal.

Rajagobal, 56, dianggap jurulatih tempatan paling berjaya apabila membimbing skuad negara memenangi pingat emas Sukan Sea Laos 2009 serta Piala AFF 2010 di Jakarta dengan menewaskan Indonesia menerusi agregat 4-2.

Biarpun menyaksikan anak buahnya tersingkir di peringkat separuh akhir menerusi agregat 3-1 di tangan Thailand pada kejohanan Piala AFF Khamis lalu, Rajagobal masih mahu meneruskan misi utamanya iaitu kelayakan Piala Asia 2015 bermula Februari depan.


Manakala Kim Swee yang terkenal dengan kepakarannya menggilap pemain muda seperti Mohd Nazmi Faiz Mansor, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Gary Steven Robbart pula menggalas misi mempertahankan pingat emas Sukan Sea Myanmar tahun depan selepas kejayaan di Jakarta tahun lalu.


“Dua masalah timbul jika Rajagobal terus menjadi jurulatih iaitu adakah pemain percaya dengan kemampuannya serta tekanan daripada penyokong sendiri,” jelas Shebbie.

Ketika ditanya kenapa jurulatih Harimau Muda A, Kim Swee yang menjadi pilihannya, bekas pemain pertahanan kebangsaan itu berkata: “Sudah tiba masanya untuk Kim Swee diberikan tanggung jawab lebih besar. Kita kena tahu, kejayaan bola sepak negara berasaskan kepada sistem pembangunan bola sepak di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

“Kim Swee cukup arif dengan sistem ini kerana beliau membimbing Harimau Muda A yang memiliki ramai pemain yang bagus. Jika beliau diberi peluang, beliau boleh menggabungkan dua pemain dari dua generasi iaitu generasi pemain Rajagobal dan generasi pemain Harimau Muda A yang ada sekarang. Dengan dua generasi ini kita boleh memiliki satu pasukan yang mantap. Tapi masalahnya siapa yang boleh menggantikan tempat Kim Swee bersama Harimau Muda? Bagaimanapun, Shebbie mengingatkan agar sumbangan dan kepakaran yang dimiliki Rajagobal tidak boleh diketepikan begitu saja.

“Rajagobal banyak berjasa kerana sudah membawa kita ke satu tahap baru, mungkin beliau boleh dilantik menjadi penasihat teknikal untuk melihat keseluruhan sistem termasuk skuad belia. Kerana beliau juga pernah membimbing skuad belia sebelum ini,” jelasnya.

-

GEMPAR: LAGI KUIL DIROBOHKAN DI PERAK


Apa masalahnya lagi ni.  Ada lagi kuil kena roboh le pulak.  Tapi kali ni kat Perak.  Betul ke?Perangai puak-puak Pakatan Rakyat kalau bab memfitnah dah jadi No.1 dalam hidup deme.  Sebab deme suka dengan fitnah memfitnah ni.  Sian teman tengok menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir  nak menjawab tuduhan dan fitnah puak-puak Pakatan Rakyat ni.  Sengaja deme ni nak timbulkan isu, sebab deme dah kantoi robohkan kuil di Selangor.  Deme pusing cerita pulak. Tanya la dulu, jangan jaja cerita tak betul kat ceramah melulu kome tu!

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya kerajaan negeri mengarahkan supaya Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) merobohkan sebuah kuil berusia lebih 100 tahun di Tanjung Rambutan dekat sini.

Sambil menyifatkan tuduhan itu sebagai keterlaluan, Zambry memberikan amaran kepada semua pihak supaya menghentikan perbuatan memainkan sentimen perkauman dengan melemparkan pembohongan seumpama itu semata-mata demi kepentingan politik.

''Saya sudah mendapatkan penjelasan daripada Datuk Bandar (Datuk Roshidi Hashim) tentang perkara ini dan beliau menjelaskan bahawa tiada langsung rancangan atau arahan untuk merobohkan kuil di situ.

''Bagi saya, tuduhan ini keterlaluan, sangat keterlaluan. Ada pihak sengaja menyebarkan berita yang tidak betul. Jadi saya minta hentikanlah perbuatan ini kerana tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak di sini hari ini.

Beliau mengulas penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan kononnya Datuk Bandar Ipoh mengarahkan supaya sebuah kuil di Tanjung Rambutan dirobohkan.

Zambry berkata, berdasarkan daripada penjelasan MBI, ada cadangan daripada pihak pengurusan kuil di situ yang mahu membina bangunan setinggi empat tingkat yang turut menempatkan sebuah dewan.

''Memandangkan banyak kuil kecil lain juga terdapat di situ, maka MBI jelaskan bahawa jika mahu dibina sebuah bangunan baharu, memerlukan ruang yang luas dan mungkin ada (kuil) yang terjejas jika cadangan itu mahu diteruskan.

''Tidak timbul soal kita mahu merobohkan mana-mana kuil di situ. Tuduhan ini sangat berbahaya kerana melibatkan sentimen keagamaan," jelas beliau.

Ditanya sama ada tuduhan itu bermotif politik, Zambry berkata, berdasarkan perkembangan semasa, beliau tidak menolak kemungkinan itu.

''Maklum sahajalah, mungkin ada pihak yang geram apabila mereka (pembangkang) mengalami masalah (kuil) di negeri mereka di Selangor. Apa pun, saya minta hentikanlah perbuatan-perbuatan sebegini," ujarnya.

Dalam konteks Perak katanya, jika wujud isu berkaitan agama atau kedudukan rumah-rumah ibadat, pihak terbabit akan datang bertemu sendiri dengan beliau bagi menyelesaikan sebarang masalah.

''Saya selalu terbuka dan mereka datang berjumpa dengan saya. Selama ini pun, tiada masalah yang dibangkitkan tidak dapat penyelesaian, kita bincang dan selesaikan masalah secara baik," katanya. (UTUSAN)






-

Perasan Diri Bagus Sangat, Boleh Blah!



Teman penah cerita pasal artis yang perasan bagus sangat-sangat mengalah artis-artis Hollywood. Baru berlakon sikit, ada single sebijik, dah angkat diri sendiri macam bagus sangat, perasan tak tentu tempat.  Kadang-kadang harap muka je, tapi perangai macam hampeh!  Sebab nak popular, cerita seluar dalam koyak pun nak cerita. Ruangan Soseh Soseh sependapat dengan teman jugak.  Mungkin kita tidak bercakap pada orang yang sama, tapi nadanya tetap sama.

SS kadang-kadang tidak faham artis-artis yang cetek pemikiran atau perasan diri mereka macam bagus sangat. Contoh ini dapat dilihat dalam satu rakaman temu bual yang dibuat bagi meraikan kejayaan seorang tokoh yang cukup terkenal, baru-baru ini.

Berbanding dengan semua orang yang diwawancara dalam rakaman video itu yang nyata begitu mengagumi sumbangan tokoh itu kepada bangsa dan negara, artis yang seorang ini nampaknya bercakap dalam nada biasa-biasa saja dan berkata, tokoh itu ‘agak’ dia pandang tinggi. 

Ini membuatkan ramai tetamu yang menonton rakaman video itu tertanya-tanya apakah motif dia mengulas sebegitu macam seolah-olah sumbangan tokoh itu ‘atas sedikit’ saja daripada sumbangannya terhadap negara. 

Bagi SS, perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana nampak macam dia rasa bagus sangat sedangkan SS tengok filem lakonannya pun banyak yang sendu dan syok sendiri. Itupun belum dia sedar lagi.

SS faham, memang itu komen peribadinya terhadap seseorang dan kita tidak boleh memaksa orang bercakap atau memuji. Namun kalau hendak komen itu biar komen yang cerdik kerana ia mencerminkan diri kita sendiri.

SS tidak tahulah. Mungkin satu hari nanti kalau dia sudah menang anugerah dunia macam Golden Globe atau Oscar, tentulah prinsip dirinya akan lebih dahsyat lagi. Ketika itu mungkin semua orang yang hebat-hebat dalam dunia ini ‘agak’ lebih baik berbanding dirinya. ‘Please’ lah! 

SS: Ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi, bukan badan berisi penuh penyakit!

-

AHLI PAS TAK DAPAT BANTUAN BR1M?



Kerajaan tidak pernah pilih kasih atau mempersoalkan ideologi politik seseorang dalam memberikan pelbagai bantuan kepada rakyat. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata semua bentuk bantuan kepada rakyat selama ini adalah tanggungjawab kerajaan terhadap mereka yang memerlukan. 

“Bantuan yang diterima rakyat di negara ini tiada di negara lain, kerajaan BN memberikan pelbagai bantuan kepada rakyat yang layak termasuk bantuan persekolahan, bantuan hari raya dan sebagainya,” katanya. 

Atasi bebanan hidup rakyat 

Bercakap selepas merasmikan Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 2012 dan Penyampaian bantuan Persekolahan kepada 2,000 pelajar kawasan Parlimen Bera di sini, semalam, beliau berkata segala bantuan itu menunjukkan kerajaan BN berjaya mentadbir urus negara dengan baik. 

“Bantuan yang diberikan itu adalah bagi mengatasi bebanan hidup rakyat,” kata Ahli Parlimen Bera itu. 

Bagi Parlimen Bera saja, Ismail Sabri berkata, 13,000 penduduk di kawasan itu menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). 

“Kerajaan juga akan mengagihkan bantuan kepada pelajar sekolah sebanyak RM100 dan Baucer buku kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi sebanyak RM250 mulai bulan depan,” katanya. 

Beliau berkata kerajaan BN akan menepati segala janji yang dibuat semasa pilihan raya lalu. - BERNAMA

-

HOT: ABBY ABADI DAH BINGUNG SAMPAI TAHAP GABAN BADAK

Ini satu lagi bingung.  Dah sampai tahap kebingungan Ustazah Segera PAS Abby Abadi sampai tahap gaban badak.  Kalau nak katakan bodoh nanti marah pulak.  Kalau nak kata tweet bodoh, boleh la jugak.  Teman pun heran la, kalau orang tak pergi ikuti cerammah Ustaz pelawok Azhar Idrus ni, maka maksudnya orang telah menjauhi dari agama.  Weh! Mana mike belajor ni yong!  Azhar Idrus aje ke yang boleh bagi ceramah agama ni weh!  Orang lain yang dapat tauliah mengajar punya nye ramai.  Bukan Azhar Idrus je boleh.  Maksud mike siapa yang tak pergi ceramah Azhar Idrus ni berdosa ke?  Biar betul beb!


Tapi teman nak tanya, mana Azhar Idrus ni dapat tauliah untuk mengajar agama?  Siapa yang bagi tauliah ni! Silap-silap ajaran sesat yang dia bawak.  Siapa tau kan..Elok la kome dua-dua orang tu!  Elok la mike jadi bini No. 2 Azhar Idrus ni.  kan bagus!heeee..
-

Irwansyah Mahu Timang Anak Pada 2013



MENJELANG akhir tahun 2012 pasangan Irwansyah dan Zaskia Sungkar mengakui sudah bersedia untuk bergelar ibu bapa pada tahun 2013.

Irwansyah mengakui dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa dan berharap akan dikurniakan anak pada tahun hadapan.

"Fokus tahun 2013 adalah untuk memiliki anak dan kami sudah tidak sabar untuk bergelar ibu dan bapa," ujarnya.

Dalam pada itu, Irwansyah berkata keinginan tersebut tercetus apabila ibu dan bapanya telah mendesak agar memberikan mereka cucu menjelang tahun hadapan.

"Orang tua kami yang paling bersungguh-sungguh untuk kami mendapatkan anak dan tidak sabar untuk menimang cucu," jelasnya.

Malah kata Irwansyah, mereka kini masih sedang berusaha namun meletakkan soal rezeki kepada Tuhan.

"Siapa yang tidak mahukan anak tetapi soal ini selain berusaha kita juga kena berserah kepada Tuhan yang menentukan rezeki," katanya.

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...