Showing posts with label Politik BN Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M. Show all posts
Showing posts with label Politik BN Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M. Show all posts

Saturday, 5 January 2013

Pendaftaran BR1M Dilanjutkan Nak Bagi Peluang Ahli PAS Yang Muka Tak Malu


Tarikh akhir pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM 2.0) yang sepatutnya berakhir 31 Disember lepas dilanjutkan sehingga 15 Januari ini dan tempoh bayaran ditetapkan bermula 2 Februari depan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata tempoh lanjutan itu adalah bagi memberi peluang kepada golongan bujang berusia 21 tahun yang layak memohon mengemukakan permohonan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada majlis Tenaga Nasional Berhad (TNB) Cakna Keselamatan Elektrik Bersama Penduduk Setempat di pejabat TNB Bachok di sini, Sabtu.

Pada pembentangan Belanjawan 2013, September lepas, kerajaan mengumumkan BR1M 2.0 diperluaskan kepada mereka yang belum berkahwin berumur 21 tahun yang berpendapatan RM2,000 ke bawah, layak menerima RM250.

Awang Adek, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata seramai 30 penduduk miskin di Jajahan Bachok layak menerima bantuan pemasangan pendawaian elektrik di rumah mereka.

Katanya ia adalah projek rintis sebelum diperluaskan ke jajahan lain di negeri itu. - BERNAMA
-

Thursday, 3 January 2013

KHUSUS UNTUK PENCACAI PAKATAN RAKYAT



Hah! Yang ini khas untuk pencacai-pencacai Pakatan yang mana belum daftar lagi. Kalau rasa muka tak malu tu, daftar la!heeee..

Tarikh akhir pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 sepatutnya tamat pada 31 Disember lalu, dilanjutkan kepada satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan di sini hari ini memaklumkan, Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh pendaftaran berkenaan.

“Pemohon yang layak boleh terus mendaftar sama ada menggunakan borang kertas BR1M 2.0 atau pun melalui sistem dalam talian menerusi portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my. - UTUSAN

-

Tuesday, 1 January 2013

BRIM 2.0 Akan Dibayar Februari Depan Dengan Kos RM3 Bilion



KUALA LUMPUR: Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) akan dilaksanakan bermula Februari depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata bantuan BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, beliau berkata ketua isi rumah yang tercicir dari senarai penerima BR1M yang lepas atau belum pernah memohon masih berpeluang berbuat demikian.

Beliau berkata sebanyak 2,684,916 permohonan baharu untuk BR1M 2.0 (BR1M) telah diterima sehingga hari ini di mana ia melibatkan 1,823,039 individu bujang manakala baki 861,877 diterima daripada isi rumah (keluarga).

"Kerajaan menggalakkan lebih ramai individu bujang memohon untuk mendapatkan BR1M 2.0. Pendaftaran akan terus dibuka sehingga satu tarikh yang diumumkan kelak," katanya.

Tahun lepas, seramai 4.2 juta penerima mendapat manfaat daripada BR1M, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion.-- BERNAMA
-

Monday, 17 December 2012

AHLI PAS TAK DAPAT BANTUAN BR1M?



Kerajaan tidak pernah pilih kasih atau mempersoalkan ideologi politik seseorang dalam memberikan pelbagai bantuan kepada rakyat. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata semua bentuk bantuan kepada rakyat selama ini adalah tanggungjawab kerajaan terhadap mereka yang memerlukan. 

“Bantuan yang diterima rakyat di negara ini tiada di negara lain, kerajaan BN memberikan pelbagai bantuan kepada rakyat yang layak termasuk bantuan persekolahan, bantuan hari raya dan sebagainya,” katanya. 

Atasi bebanan hidup rakyat 

Bercakap selepas merasmikan Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 2012 dan Penyampaian bantuan Persekolahan kepada 2,000 pelajar kawasan Parlimen Bera di sini, semalam, beliau berkata segala bantuan itu menunjukkan kerajaan BN berjaya mentadbir urus negara dengan baik. 

“Bantuan yang diberikan itu adalah bagi mengatasi bebanan hidup rakyat,” kata Ahli Parlimen Bera itu. 

Bagi Parlimen Bera saja, Ismail Sabri berkata, 13,000 penduduk di kawasan itu menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). 

“Kerajaan juga akan mengagihkan bantuan kepada pelajar sekolah sebanyak RM100 dan Baucer buku kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi sebanyak RM250 mulai bulan depan,” katanya. 

Beliau berkata kerajaan BN akan menepati segala janji yang dibuat semasa pilihan raya lalu. - BERNAMA

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...