Wednesday 20 February 2013

Pensyarah Universiti Malaya Tunjuk Belang Lawan BN! Tak Sedar Diri



Gua difahamkan, Nurul Izzah telah berceramah di dalam Universiti Malaya sewaktu seminar Politik dan PRU 13 siang tadi.

Nurul menyampaikan ceramahnya dalam satu program yang bertajuk, "SEMINAR POLITIK DAN PILIHAN RAYA MENJELANG PRU KE-13" dianjurkan oleh Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman ,Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya itu sendiri.

Walaupun ceramah tersebut tak dapat kelulusan dari pihak JPM dan Kementerian Pengajian Tinggi, Prof terbabit dikatakan berkeras untuk tetap menganjurkan program berkenaan.

Beliau dilaporkan dengan bangganya membuat kenyataan sebelum ucapan Nurul Izzah.., "Saya diminta untuk membatalkan seminar ini oleh Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pengajian Tinggi ,tapi saya tetap bertegas untuk melaksanakannya. Saya kata siapa anda untuk mengarah saya?"

"Bagi saya mahasiswa sudah matang dan kalau saya seorang 'bapa' dan sering menghalang anak-anak untuk melakukan itu dan ini maka mereka akan jadi bodoh ! Saya hanya memantau dan takkan menghalang. Satu lagi takkan saya nak buat pertandingan Boria pula? Kita sudah hampir nak PRU. Pendidikan dan kefahaman politik itu penting.."katanya.


Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...