Thursday 21 February 2013

Rupanya Yassin Masuk PKR Kerana Gila Isim


Entah apa tugas beliau sebagai duta pun MI tak pasti, yang jelasnya menurut sumber, Yassin bakal muncul di pentas ceramah politik pakatan haram dengan dijadikan alat 'pemanas' sebelum penceramah pakatan haram sampai. Yassin ditugaskan menyanyi hingga penceramah tiba dan ambil alih tugas di pentas.Yassin juga dikhabarkan tidak dibenarkan berucap selepas menyanyikan lagu-lagu ciptaan beliau. Malah menurut sumber, Yassin juga bakal dikawal rapi oleh sektariat Amk ketika beliau mendendangkan lagu. Yang paling MI terkejut, Yassin tidak dibenarkan bergambar bersama dengan peminat atau membuat kenyataan akhbar walaupun di akhbar mereka sendiri sepanjang siri ceramah kelak.


Mulanya MI ingat hanyalah amalan biasa bagi seorang selebriti yang muncul di pentas awam dikawal rapi, rupanya bukan sebarang petugas, ianya bahagian perubatan. Rupanya bimbang sebab diberitakan Yassin sememangnya sakit 'gila isim'.

Sumber rapat juga mengatakan, amat mudah nak 'kontrol' penyanyi yang dah macam robot ni, suruh buat apa pun dia buat. Inilah antara faktor kenapa Yassin diambil sebagai Duta Pakatan Haram. Silap-silap haribulan Sam Ketot boleh tipu soal bayaran kerana Yassin bukannya ingat sangat dan isteri beliau bukan mampu ikut kemana Yassin pergi untuk ceramah bila PRU13.

Yassin pernah mengaku menghidapi krisis identiti ketika mula-mula bergerak secara solo dalam nyanyian (2001 hingga 2005). Sebelum itu Yassin pernah menyertai kumpulan nasyid Brothers.

Entah apa ada dalam pemikiran Ketua Pemuda parti Anwar yang berani ambil risiko untuk menunjukkan kepada rakan pakatan haram mereka bahawa parti milik Anwar juga mampu mengambil artis sebagai ikon anak muda walaupun artis yang mereka ambil semuanya yang sudah tak laku dipasaran malah sudah tiada dalam 'ranking' tersohor pun.

Isteri Yassin sendiri mengaku bahawa Yassin pernah mendapat rawatan khas di hospital kerana Yassin mendapat penyakit kemurungan yang amat teruk. Ada yang kata kerana putus cinta dengan artis wanita semasa itu. Siapakah artis yang hancurkan hati Yassin ?

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...