Wednesday 20 February 2013

Anwar Memang Kaki Penipu! Tak Payah Cerita Dah!



Dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Malaysia hampir muflis adalah satu pembohongan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata negara sebaliknya mempunyai sumber yang banyak serta pendapatan yang lebih besar.

"Anwar kata kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah hampir muflis, saya hendak tanya pegawai kerajaan yang ada di sini, siapa yang tidak dibayar gaji? Ketua kampung, siapa yang tidak dapat elaun?

"Dia pergi ke seluruh pelusuk dunia bercerita tentang kezaliman, penindasan, tidak ada pembelaan, rakyat terabai dan semua kaum hidup menderita. Itu satu pembohongan besar," kata timbalan pengerusi BN itu ketika berucap pada Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Pusat Kegiatan Kemas Sungai Siput di sini, Selasa.

Beliau berkata rizab negara yang dikumpul jauh lebih banyak berbanding negara lain.

"Tahun lepas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) maklumkan kepada kami dalam Kabinet bahawa buat pertama kali dalam sejarah, cukai pendapatan tidak naik tetapi pungutan cukai mencapai RM125 bilion," katanya.

Beliau berkata pungutan hasil itu diagih-agihkan dalam bentuk bantuan yang diberikan kepada rakyat.

Muhyiddin berkata dalam usaha membantu meringankan beban rakyat, kerajaan menyediakan lebih 200 produk 1Malaysia antaranya Kedai Rakyat 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia dan Klinik Rakyat 1Malaysia.

"Kesemua bantuan yang diberikan kerajaan bertujuan menurunkan kos hidup supaya rakyat tidak terbeban dengan masalah itu. Kalau begitu halnya, adakah betul yang disebutkan oleh Anwar bahawa kerajaan kita bankrap, kerajaan kita sudah tidak mampu?" katanya.

Beliau berkata bantuan yang diberikan oleh kerajaan menunjukkan kerajaan B Nmampu membela nasib rakyat.

"Kita minta rakyat beri mandat untuk (BN) terus terajui negara lepas pilihan raya umum akan datang supaya negara boleh kekal menjadi negara yang aman dan tenteram dan rakyat boleh hidup dengan selesa," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...