Friday, 16 November 2012

Ustaz Popular Naik Angin

Teman terbaca di Harian Metro hari ini, terkejut juga teman bila seorang Ustaz yang pernah popular satu rancangan realiti TV berkonsepkan agama buat perangai yang tak sepatutnya.

Boleh main ugut-ugut ibu mertua dengan SMS yang tidak sepatutnya yang dibuat oleh seorang bergelar Ustaz.  Menurut berita, beliau dikatakan mempunyai hubungan dengan 3 wanita.Wehhhh! Apa ke hal!..Kemudian minta pula gantirugi RM140, 000 pada keluarga ibu mentua.ada akal ke tak dia ni! Bawak mengucap weh!!!!

Published with Blogger-droid v2.0.9
-

Mansor Lari Dari DUN Penanti

Teman pn naik heran..Tiba-tiba je Mansor TKM Pulau Pinang jadi calon Parlimen Nibong Tebal.  Kawasan kecik pun tak boleh nak jaga, apatah lagi saru kawasan Parlimen yang besar.

Mansor ni dengo khabarnya tak buat kerja pun di Penanti.  Asyik nak mengampu Anwar dan Tokong Lim Guan Eng.  Nampak gayanya Anwar cari jalan selamat untuk menjaga hati Guan Eng.  Cara jalan mudah letakkan Mansor bertanding Parlimen.  Ada hati nak lawan Dato Non Panjang..haha..boleh menang ke?..

Published with Blogger-droid v2.0.9
-

Thursday, 15 November 2012

Apabila Ular Cuba Membelit Monyet, Derek Fernadez Mati Tercekik



Derek Fernandez nafikan beliau buat kenyataan mengibaratkan penjawat awam sebagai monyet.  Teman ghase si Derek ni macam ular.  Suka membelit.  Dia dah tersilap belit, jadi macam Nurul Izzah.  Teman boleh jadi terbelit gak..

SHAH ALAM – Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Derek Fernandez menafikan beliau ada membuat kenyataan mengibaratkan penjawat awam sebagai "monyet" dan sedia memberi penjelasan kepada Cuepacs berhubung perkara tersebut.

Fernandez berkata, beliau juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang memfitnah dan memutar belit kenyataannya.

“Saya sedia berjumpa dengan Cuepacs  untuk menjelaskan pekara ini.

“Jika kenyataan saya atau maksudnya disalahertikan, dipusing  dan akibatnya menyinggung sesiapa sahaja, saya minta maaf  tetapi saya langsung tidak  bermaksud demikian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, media melaporkan Fernandes didakwa membuat kenyataan yang mengibaratkan penjawat awam sebagai "monyet" sebagai mengulas isu pemindahan Datuk Bandar Petaling Jaya baru-baru ini.

Berikutan itu, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, Cuepacs kesal dan memandang serius kenyataan itu dan mahu ahli MBPJ itu membetulkan kenyataan itu dalam masa terdekat kerana telah menghina dan menjejaskan imej perkhidmatan awam keseluruhannya.

"Kalau betul apa yang disebut oleh saudara (Derek Fernandez)... kita mahu beliau memohon maaf secara terbuka kepada seluruh penjawat awam dan dia juga kena buat pembetulan ayat itu.

"Kalau dia tidak minta maaf maka Cuepacs akan memanggil satu mesyuarat tergempar dan kita akan buat piket di hadapan bangunan di mana beliau bertugas... kita kesal kerana belum pernah berlaku seorang ahli majlis menyebut penjawat awam sebagai monyet," katanya.

Fernandez berkata, beliau langsung tidak pernah menyatakan perkara itu seperti yang didakwa oleh Cuepacs.

“Ini kenyataan salah. Sebaliknya, saya mempertahankan  hak seorang pegawai kerajaan, Datuk  Mohamad Roslan Sakiman yang diberi notis pindah 24 jam tanpa  alasan munasabah dan tanpa kenaikan jawatan. 

“Ini memberi gambaran tidak baik terhadap beliau (Roslan) seolah-olah beliau telah melakukan kesalahan. Saya harap Cuepacs juga akan mengambil kes Datuk Bandar sebagai satu iktibar  dan terus mempertahankan hak dan maruah pegawai dan kakitangan kerajaan,” katanya.

Tambah Fernandes, sekiranya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ingin memindahkan Datuk Bandar, jabatan itu harus mendapat persetujuaan daripada kerajaan negeri.

Katanya, orang  yang dipilih  sebagai Datuk Bandar mestilah jujur, ikhlas  dan berkebolehan menjalankan tugas memandangkan Petaling Jaya merupakan sebuah bandar raya yang dinamik, progesif dan mencabar.

“Kita tidak mahu seorang  yang tidak  jujur, tidak amanah dan yang tidak boleh memimpin.

“Saya telah berkali-kali mempertahkan hak pegawai kerajaan daripada salah pecat jawatan dan salah tuduh. Contohnya ialah kes rumah kos rendah di mana pegawai kerajaan MBPJ di salah tuduh membeli rumah kos rendah,” jelasnya lagi.

Teman Kutip di Sinar Harian
-

Wednesday, 7 November 2012

PAS Bersetuju Kenyataan Nurul Izzah?



SHAH ALAM - Tindakan mengaitkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung “tiada paksaan dalam agama” seolah-olah menggalakkan gejala murtad adalah satu rumusan tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kenyataan  “tiada paksaan dalam agama” adalah prinsip kemuliaan Islam tetapi ini bukan bermakna ia menggalakkan kemurtadan.

"Mengaitkan prinsip ini dengan rela murtad menunjukkan kecelaruan pemikiran golongan sempit agama termasuklah sesiapa yang mengulangnya tanpa fahaman. Saya ada dalam majlis itu sebagai pembicara.

"Kenyataan ahli Parlimen Lembah Pantai itu dianggap seolah-olah menggalakkan kemurtadan adalah satu rumusan yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dr Mujahid merupakan antara panel yang hadir bersama-sama Nurul Izzah dalam forum Islamic State: Which version? Whose responsibility? di Subang Jaya Sabtu lalu.

Ahli Parlimen Parit Buntar ini berkata, Nurul Izzah dalam forum tersebut juga menyebut tentang perlunya pendidikan dan dakwah supaya agama Islam dipelihara.

"Tiada paksaan bukan bermakna orang Melayu sewenangnya memilih agama lain kerana Islam itu penghayatan. Itulah semangat ucapan Izzah apabila menjawab soalan dari peserta tentang 'no compulsion'," katanya.

Menurutnya, tindakan sesetengah pihak yang mengaitkan prinsip mulia 'tiada paksaan' sebagai promurtad telah mencemarkan nama baik Islam.

"Itu bukan apa yang diperkatakan oleh ahli Parlimen Lembah Pantai," katanya.

Teman Kutip di Sinar Harian

-

Tuesday, 6 November 2012

PAS Halalkan Beli Nombor Ekor


Teman tengok je gambo ni, nak gelak pun ada.  Time oghang ambik gambo ni, dia tak perasan la kot.  Siap pakai baju PAS For ALL lagi.  Teman ghase dia nak beli nombo bocor kot.  Mana la tau, Tuan Guru Nik Aziz bagi nombo tip.   Agak-gaknye duit nombo tu boleh buat jihad PAS For ALL.  Fatwa PAS la agaknye..haha

Credit Gambo di Saikopen Saiko
-

Nurul Izzah Kaki Saman



Deme ni dah tak ade keje lain.  Silap sikit, saman, silap sikit saman.  Semua main loyar sampai jadi loyar buruk.  Kalau dah silap, mengaku je la.  Tak payah susah-susah nak pusing balik.

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mahu mengambil tindakan perundangan ekoran laporan media beliau mengeluarkan kenyataan rakyat tidak harus dipaksa mengamalkan ajaran tertentu termasuk kepada orang Melayu.

"Peguam akan mengambil langkah seterusnya," ujar Nurul Izzah menerusi laman mikro Twitter milik beliau.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) semalam memaklumkan mungkin akan memanggil Ahli Parlimen Lembah pantai itu untuk membantu siasatan.

Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin berkata, tindakan itu hanya boleh diambil sekiranya pihaknya menerima maklumat berhubung perkara tersebut.

“(Kenyataan itu) serupa juga dengan kenyataan semua agama adalah sama. Ia salah, mana boleh semua agama sama. Islam lain, Tuhan sudah kata Islam adalah sebaik-baik agama.

“Kalau ada rakaman itu minta dipanjangkan kepada kita. Tak semestinya ada laporan, maklumat (sudah) cukup, kita boleh bertindak. (Setakat ini), kita tak dengar maklumat itu lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Nurul Izzah yang didakwa membuat kenyataan itu sebagai menjawab soalan peserta sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama sama seperti orang bukan Melayu dalam satu forum di Subang Jaya, Sabtu lalu.

Terdahulu media melaporkan, Nurul Izzah dipetik sebagai berkata: “Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama… mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan agama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Bagaimanapun, beliau dilaporkan tidak menyatakan orang Melayu sepatutnya diberikan hak dari segi undang-undang berkaitan kebebasan beragama.

Nurul Izzah menerusi blog beliau, www.nurulizzah.com berkata, beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas pertanyaan lanjut yang diterima beliau ekoran kenyataannya di dalam forum “Islamic State: Which version? Whose responsibility?” sebagai seorang panelis.

"Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu.

"Jawapan saya menegaskan ungkapan – “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.

"Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan,"katanya.

Menurut pemimpin PKR itu lagi, beliau kesal terhadap percubaan memutarbelitkan kenyataannya yang kelihatan seolag-olah meremehkan soal aqidah "atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad."

"Saya cenderung mendukung program pendidikan dan dakwah untuk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam.

"Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama," tulis beliau lagi.

Ekoran kenyataannya Nurul Izzah turut dikecam oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pahang yang menganggap beliau sebagai menggadai agama.

Ketua Penerangannya, Muhammad Faiz Hashim berkata, kenyataan itu tidak wajar dikeluarkan seorang Islam seperti Nurul Izzah, sebaliknya beliau perlu mempertahankannya.

Teman Kutip di Sinar Harian
-

Gempar !!! Abby Abadi Buat Aishah Merajuk Dengan PAS



Kesian Pisau Kedah melihat Aishah bagaikan "melukut di tepi gantang" setelah PAS mendapat Bunga Taik Ayam second hand yang masih bergetah dan mantop serta pandai memutar belitkan fatwa, bunga yang lama di tinggalkan begitu saja, ibarat orang tua-tua kata "habis madu sepah di buang".

Aishah harus sedar bahawa dia tidak dapat memberi impak sokongan yang di harapkan PAS, sebab tu la kini Aishah bagaikan di pinggirkan dari di tonjolkan PAS dalam pentas politik mereka. Selain itu Aishah tidak mampu memutar belit pemikiran golongan muda seperti mana yang di lakukan Ostazah Abby.

-

Fathul Bari: 'Soi Lek persoal hudud versi Pas'



SHAH ALAM – Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebelum ini yang mengecam pelaksanaan hudud adalah berdasarkan kajian dan analisis ke atas enakmen hudud yang mahu dilaksanakan Pas di Kelantan dan Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sebagai bukan Islam, rujukan Soi Lek adalah berbeza kerana beliau merujuk kepada ekonomi, keamanan dan pendapatan negara jika hudud dilaksanakan.

Menurutnya, oleh sebab maklumat yang tidak tepat itu, Soi Lek sering mengeluarkan kenyataan yang keras mengenai hudud.

Menurutnya, atas inisiatif sendiri, Ilmu mengadakan pertemuan dengan Soi Lek dan beberapa pemimpin MCA lain bagi menerangkan isu ini.

“Beliau (Soi Lek) faham dan menghormati bahawa hudud adalah undang-undang Islam dan seluruh umat Islam patut menerima hudud. Beliau juga faham Islam adalah agama Persekutuan.

“Apa yang beliau tentang adalah hudud versi Pas yang dilihat berat sebelah, beliau risau berlaku diskriminasi contohnya jika berlaku kecurian. Pencurinya seorang Islam dan bukan Islam. Jika cukup bukti, seorang dipotong tangan dan seorang lagi tidak, ini memberi implikasi besar kepada rakyat dan negara,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ditanya sama ada Soi Lek menerima hudud dilaksanakan ke atas semua rakyat, Fathul menjelaskan Soi Lek mendukung prinsip demokrasi.

“Jika majoriti rakyat mahukan hudud untuk semua, maka beliau terima, jika majoriti mahu hudud versi Pas juga beliau terima, negara kita negara demokrasi,” katanya.

Selain itu, Fathul turut menegaskan bahawa tidak adil untuk menyatakan keseluruhan enakmen hudud di Kelantan dan Terengganu tidak tepat kerana banyak perkara yang menepati syarat dan al-Quran.

“Undang-undang yang dibuat manusia terdedah kepada kelemahan dan tidak maksum, apa yang maksum adalah undang-undang ALLAH sahaja. Maka pembetulan perlu dilakukan,” katanya.

Fathul turut mengucapkan terima kasih kepada MCA yang menyambut baik kedatangan rombongannya dan sudi berbincang mengenai hudud.

“Perbincangan ini berjalan dengan amat baik sekali, semua pihak menerima pandangan masing-masing. Walaupun isu hudud ini sensitif, tetapi mereka mendengar dengan baik,” katanya.

Kelmarin, Soi Lek menegaskan beliau tidak pernah menghina undang-undang Islam, hanya mempersoalkan hudud versi Pas.

Teman Kutip di Sinar Harian
-

Gambar Aksi Seks Pimpinan PAS Selangor Tersebar di Internet



Antara yang bakal menjadi mangsa sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa di Putrajaya ialah bidang pendidikan khususnya bagi anak-anak Melayu.

Secara ringkas kewujudan  Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah hasil sumbangan besar melalui Laporan Abdul Rahman Talib pada tahun 1960 yang menyusuli Penyata Razak sebelum merdeka pada 1956.

Penyata Razak kemudiannya telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 yang antara lain menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sekaligus berperanan sebagai bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah.

Ia juga bertujuan mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu di samping mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan.

Semua ini adalah dengan objektif untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, bertoleransi, terlatih, liberal dan progresif.

Kemudian bidang pendidikan melalui satu lagi fasa baru apabila Laporan Jemaah Menteri 1979 dibentangkan dengan tujuan utama untuk mengkaji semula matlama-matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan bagi memastikan keperluan tenaga manusia negara dipenuhi dalam jangka pendek dan jangka panjang di samping untuk memastikan sistem pendidikan memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyrakat yang bersatu berdisiplin dan terlatih.

Pada tahun 1996 Akta Pendidikan digubal yang merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 serta berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dilancarkan pada 1983 menjadi mencetus kepada penggubalan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) dan terakhir Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September 2012.

Ia menggariskan 11 anjakan strategik dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan negara berdasarkan keberhasilan pada lima aspek iaitu akses, kualiti, kesaksamaan, perpaduan dan kecekapan.

Dalam semua dasar, program serta perancangan yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 55 tahun sejak merdeka, matlamat memperkasakan pendidikan anak-anak Melayu sentiasa menjadi asas yang kukuh di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

Atas dasar pendidikan pro-Melayu inilah berpuluh ribu anak-anak Melayu mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran di luas negara di atas biasiswa kerajaa.

Ini tidak termasuk ratusan ribu lagi graduan Melayu yang berjaya dihasilkan melalui institusi-institusi awam tempatan.

Institut Teknolgi MARA telah dinaiktaraf kepada universiti dan kampusnya dibina di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang telah membantu puluhan ribu anak-anak Melayu dari kampung, desa dan luar bandar.

Diperingkat sekolah menengah kerajaan telah membina beratus-ratus sekolah sains dan Maktab Rendah Sains MARA berasrama penuh yang juga menyediakan pendidikan  kepada jumlah anak-anak Melayu yang mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Dasar pendidikan pro-Melayu ini bakal terancam dan terhakis angkara seorang yang bernama Anwar Ibrahim yang cita-cita hidupnya hanya untuk menjadi Perdana Menteri.

Perbuatan beliau menyambut dengan penuh kemesraan kira-kira 500 ahli pertubuhan pendidikan Cina yang ekstrim yang bernama Dong Zhong di Parlimen pada 28 September lalu dianggap satu pengkhianatan amat besar kepada umat Islam.

Apatah lagi tindakan itu seakan dirancang kira-kira dua minggu setelah pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2035).

Mengapa Anwar sanggup berpeluk dengan pemimpin Dong Zhong yang bersikap ekstrimis dan hanya mementingkan agenda pendidikan Cina tidak susuh untuk dianalisa.

Anwar perlukan sokongan DAP untuk merealisasikan impiannya menjadi Perdana Menteri sementara Dong Zhong
adalah dahan daripada pokok parti rasis Cina itu.

Ketua Pembangkang itu rela Dong Zhong mempertikaikan Akta Pendidikan 1996 yang mana Anwar ketika menjadi Menteri Pendidikan pernah mempertahankan bermati-matian.

Kini Anwar sudah bertukar angin kerana sanggup melayan tuntutan-tuntutan Dong Zhong yang melampaui batas.

Teman kutip di http://medan-info-kita.blogspot.com/2012/11/gambar-aksi-seks-pimpinan-pas-selangor.html
-

Monday, 5 November 2012

BERAPA BANYAK LA AH-BENG PUNYA SKANDAL?


Skandal Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng didedah dengan rakaman auido dalam bahasa cina telah dimuatnaik ke dalam Youtube dengan judul provokatif "Mendedahkan rakaman audio rahsia Lim Guan Eng & Cheong Yin Fan (Revealing Lim Guan Eng & Cheong Yin Fan's secret audio recording)".  Teman ghase, deme ada hubungan sulit menyulit la kot.  Kome peghati betui-betui, itu pun kalau kome paham cakap cina le.haha..

Kecoh satu Malaya dibuatnya, Siap ada penafian lagi...Seperti biasalah penjilat setianya di Meloyakini dah spin cerita mengatakan itu perbincangan terbuka..

Padahal Ah Beng mengamuk sakan dan serta merta mengarahkan konco-konconya menjalankan satu siasatan selepas satu laman web pro-MCA, Souminews menerbitkan satu rakaman audio.Rakaman video dalam bahasa cina tersebut telah dimuatnaik kedalam laman Youtube dengan judul provokatif "Mendedahkan rakaman audio rahsia Lim Guan Eng & Cheong Yin Fan (Revealing Lim Guan Eng & Cheong Yin Fan's secret audio recording)".

Rakaman berkenaan dikenalpasti sebagai rakaman satu sidang media yang diadakan ketua menteri Pulau Pinang itu pada 18 Julai lalu.

Rakaman berkenaan juga dikatakan mengenai putarbelit Ketua Menteri mengenai penempatan sekolah cina yang mahu dibangunkan oleh BN dan juga dikatakan menunjukkan 'kemesraan luarbiasa' antara Ah Beng dan setiausahanya tersebut..

MKP Ayat Sempoi : Yin Fan nie lagi lawa dari Betty Chew tapi muka lebih kurang...Tertarik menarik Yin Fan memang da----Booom 


-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...