Showing posts with label Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Sarawak. Show all posts

Monday, 25 March 2013

PANAS! Lakonan Dendam Konsesi Balak


Satu perkara yang harus dicernakan bagi memahami pembangkang Malaysia ialah apa saja yang dilihat salah bagi Barisan Nasional akan menjadi tidak apa sekiranya dilakukan oleh pemimpin mereka. Antaranya, tidak apa bagi Nik Aziz untuk berkuasa sehingga mati, tetapi adalah menjadi satu kesalahan besar untuk Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri lebih lama, atau untuk Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk terus menerajui Sarawak iaitu melangkaui 30 tahun.

Kini, Tun Mahathir telah pun bersara dengan meninggalkan Malaysia di puncak, dihormati dan dikagumi di seluruh dunia. Taib Mahmud pula belum bersara tetapi telah membuktikan komitmen yang berterusan, cekap dan berkebolehan membangunkan Sarawak di samping memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyatnya.

Tetapi, Nik Aziz pula langsung tidak ingin bersara walaupun langsung tidak menjalankan tugas, melainkan berpolitik, berceramah, bertazkirah mengutuk dan menghukum orang sahaja kerjanya selama lebih 20 tahun sudah.

Pun begitu, pembangkang tidak pula mempersoalkan Nik Aziz, tentang kenapa lebih 10,000 ekar tanah diberi kepada DAP, tentang kenapa Kelantan terus mundur, apa jadi dengan hasil pembalakan, atau kenapa masalah air tidak dapat diselesaikan atau kenapa masalah moral semakin parah? Sebaliknya, mereka mencari-cari jalan untuk memburukkan Tan Sri Taib Mahmud walaupun rakyat Sarawak hidup dalam keadaan makmur dan sejahtera.

Jelas, masalah pembangkang bukanlah berkenaan nasib atau kehidupan rakyat, tetapi berkenaan kuasa yang ada pada Taib Mahmud yang ingin direbut mereka. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Taib Mahmud merupakan benteng Barisan Nasional yang cukup ampuh menahan berbagai bentuk serangan selama bertahun-tahun.

Memandangkan Pilihanraya semakin hampir, maka tidak hairanlah apabila tembakan untuk merobohkan benteng tersebut kembali kedengaran. Kali ini, bukan dari luar, tetapi dari dalam, iaitu dari sepupu Taib Mahmud sendiri, Norlia Rahman, dengan menyebarkan video yang memaparkan perbincangan mengenai projek yang melibatkan pelaburan langsung asing di mana kononnya terdapat unsur-unsur korupsi yang jelas di pihak Taib. Kononnya juga video tersebut adalah diambil secara sulit, tanpa disedari oleh watak-watak di dalamnya.

Apa yang pembikin video ini tidak tahu ialah, video ini mudah ditangkis hanya dengan melihat kepada latarbelakang Norlia dan memahami motifnya. Norlia adalah anak kepada Rahman Yakub, iaitu bapa saudara kepada Taib Mahmud yang juga merupakan bekas Ketua Menteri dan Gabenor Sarawak.

Dendam keluarga Norlia terhadap Taib Mahmud bermula sejurus selepas Taib Mahmud menggantikan bapanya sebagai Ketua Menteri pada 1981. Pada ketika itu, Rahman Yakub dicatatkan sebagai memiliki 70% dari lesen pembalakan Lembahan Mewah melalui anak-anak perempuannya, manakala 30% lagi dimiliki oleh Datuk Tajang Laing, ADUN Belaga. Taib Mahmud kemudiannya telah membatalkan 30 dari lesen pembalakan yang berkaitan dengan Abdul Rahman dan menuduh bapa saudaranya itu menganugerahkan 1.25 juta hektar konsesi balak bernilai RM22.5 billion kepada diri sendiri, keluarga dan sanak-saudaranya.

Bermula dari situ, perbalahan keluarga ini menjadi semakin besar di mana pada tahun 1985, Taib sekali lagi menyinggung Rahman dengan menyingkirkan beliau dari jawatan Yang diPertua Negeri.

Rahman berpeluang melancarkan serang balas pada 1987 yang dikenali sebagai ‘Ming Court Affairs 1987’ dengan mengumpulkan tandatangan ADUN dan mengetuai sekumpulan ahli politik Sarawak yang kecewa dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan PBDS untuk berkumpul di Hotel Ming Court, Kuala Lumpur bagi mendesak usul hilang keyakinan terhadap kepimpinan Taib. Bagaimanapun, Taib dapat menghidu konspirasi ini lebih awal dan mengadakan pilihanraya tergempar lalu menang tipis iaitu 28 daripada 48 kerusi dan kemudiannya bertambah 8 kerusi lagi dari ADUN yang berpaling tadah.

Jika Taib Mahmud tidak yakin bahawa tindakannya yang telah menyinggung bapa saudara sendiri sebagai tepat, tidak mungkin beliau berani menyelesaikan perkara ini melalui pilihanraya.

Nampaknya, sepupu Taib Mahmud, Norlia tidak mempunyai keberanian yang sama untuk bersemuka dan ‘beradu tenaga’ dengan sepupunya mengikut jalan yang benar. Tetapi, beliau telah memilih untuk berlakon memburukkan Taib kepada orang ramai.

Sedangkan jika benar beliau bercakap benar, apa perlunya lakonan itu?

Seolah-olah melengkapi dendam Norlia terhadap Taib, Norliz juga merupakan isteri kepada Datuk Justin Jinggut, bekas Timbalan Presiden SNAP yang sedang giat mempromosi diri untuk mendaki tangga tertinggi dalam PKR Sarawak. Datuk Justin juga diketahui mempunyai hubungan yang akrab dengan Anwar Ibrahim.

Nah, bukankah telah dikatakan bahawa video tersebut mudah ditangkis?

Walaubagaimanapun, sekiranya kita seorang yang rasional, kita tidak perlu pun pergi sejauh itu untuk menilai ketulenan video tersebut. Ini kerana lakonan dan situasi di dalam rakaman video tersebut kelihatan amat tidak masuk akal. Mana mungkin perbincangan berkenaan urusniaga yang begitu besar dan kontroversi dilakukan di antara orang asing dalam keadaan mesra dan santai di bilik hotel kecil. Perhatikan juga bagaimana skrip para pelakon yang tampak begitu sengaja menyebut secara terperinci hubungan orang itu dengan orang ini termasuk masalah dalaman keluarga Taib.

Pendek kata, gerak badan, skrip, tempat, watak dan segala-galanya mengenai video tersebut adalah terlalu amat jelas merupakan satu penipuan terancang dan bukannya dirakam tanpa sedar.

Oleh itu, pesan kita kepada pembangkang, apa kata untuk sekali sahaja, carilah isu yang benar-benar asli untuk berhadapan dengan BN. Cukup-cukuplah lakonan yang tidak masuk akal kerana ia sudah mula membuat kita merasa mual.

Untuk kesekian kalinya, berhadapanlah dengan BN secara anak jantan, bukan secara homoseksual, biseksual atau pondan!

Suara Generasi Baru
-

HOT NEWS : KerajaanSarawak Timbang Saman ‘The Global Witness’


KUCHING (24 Mac 2013 - Utusan Borneo): Kerajaan Sarawak sedang menjalankan siasatan terperinci sama ada mengambil tindakan undang-undang terhadap ‘The Global Witness’ atas tuduhan liar menerusi penyebaran rakaman video berkaitan penjualan tanah perladangan yang kononnya melibatkan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Taib yang juga Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar berkata, kerajaan sedang dalam proses mengumpul maklumat terperinci dan masih mempertimbangkan sama ada menyaman badan bukan kerajaan yang berpangkalan di London itu.

“Saya masih menjalankan siasatan apa sebenarnya yang berlaku. Saya tidak tahu tahap mana penyiasatan dan tindakan terhadap perkara ini, namun ia jelas menunjukkan mereka tidak berjuang untuk tujuan sebenar.

“Mereka ini hanya menyokong pembangkang, maklumlah pilihan raya sudah dekat… tiada siapa boleh menafikannya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Dewan Serba Guna Kampung Lintang, Petra Jaya di sini, semalam.

Rakaman video menerusi kamera yang disembunyikan menunjukkan dua wanita yang mendakwa diri mereka sepupu Taib membincangkan tentang penjualan 5,000 hektar tanah perladangan milik syarikat mereka.

Ketika diminta mengulas apa tindakan balas kerajaan terhadap tuduhan itu, Taib berkata ia adalah satu dakwaan yang cuba menjatuhkan reputasi beliau.

“Saya telah menjawab dakwaan ini (Selasa lalu), sesiapa sahaja boleh mengatakan bahawa saya mempunyai ejen untuk melakukan sesuatu, tetapi itu tidak bermakna tuduhan ini boleh digunakan terhadap saya, sesiapa sahaja boleh membuat pengakuan itu,” tegasnya.

Pada masa sama, Taib menegaskan bahawa beliau tidak pernah membenarkan sesiapa untuk menjadi perantara dalam penjualan tanah negeri dan lesen pembalakan.

Tambahnya, beliau telah membuat deklarasi umum mengenai perkara itu sejak 1980-an semasa beliau memegang portfolio perhutanan.

“Kita mempunyai sistem di negeri ini dan kita berpegang kepada prosedur dan peraturan (kerajaan),” ujarnya.

Hadir sama Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Morshidi Ghani, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk Daud Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, ADUN Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi, ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni dan tetamu kehormat lain.
-

Friday, 22 February 2013

BN Terus Kerja Kuat Laksana Agenda Bantu Rakyat Sarawak


Kerajaan Barisan Nasional (BN) berjanji akan terus bekerja kuat membangunkan Sarawak kerana banyak lagi agenda pembangunan untuk rakyat perlu dilaksanakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengambil bait-bait lirik lagu tempatan "Wawasan Berkikis Bulu Betis" sebagai simbolik janji tersebut, beliau berkata itu adalah gambaran kesungguhan BN untuk bekerja meneruskan agenda membantu rakyat negeri ini.

Lagu "Wawasan Berkikis Bulu Betis" adalah karya Andrewson Ngalai menggambarkan kesungguhan rakyat Sarawak untuk bangkit maju walau apapun cabaran yang perlu ditempuh.

"Saya minta rakyat (Sarawak) terus beri mandat kepada kita melalui majoriti pada PRU-13 (pilihan raya umum ke-13) untuk kerajaan BN selesaikan banyak lagi agenda rakyat negeri ini, banyak kita boleh lakukan dengan kerjasama yang padu bersama kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

"Percayalah banyak perubahan akan kita lakukan di Sarawak. Saya juga berjanji akan terus bekerja ibarat lagu 'Wawasan Berkikis Bulu Betis'...kita pastikan bumi Sarawak milik BN sekali lagi," katanya di hadapan kira-kira 5,000 penduduk Sri Aman pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Padang KPS Lama di sini, Khamis.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Abdul Taib dan isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib, serta barisan Menteri-menteri Persekutuan dan Menteri Kabinet negeri.

Terdahulu, ketibaan Najib dan isteri disambut dengan tarian singa, dendangan hadrah serta paluan gong oleh penduduk dari Sri Aman, sebelum beliau dipakaikan baju tradisi kaum Iban 'baju burung' bermotif pua kumbu.

Mengulas lanjut, Najib menasihatkan rakyat Sarawak untuk hanya memilih parti yang telah membentuk sebuah kerajaan serta terbukti telah dapat membawa perubahan yang besar kepada negara.

"Pilih kerajaan yang bila janji..janji itu 'Janji Ditepati', kerana sekarang bila kita ungkapkan ayat 'Janji Ditepati' label ini sudah pun terlekat pada kerajaan BN sehingga parti pembangkang cukup gelisah kerana slogan itu telah kita amalkan dan laksanakan," katanya.

Mengambil contoh empat negeri dikuasai pembangkang, Najib berkata janji-janji yang telah dibuat pada pilihan raya umum 2008 sehingga kini masih ada yang belum ditunaikan.

"Pembangkang di semenanjung menguasai empat negeri, tanya rakyat Selangor berapa banyak janji ditunaikan...kalau janji elaun bulanan ibu tunggal, bayaran tadika, air percuma, janji tidak naik cukai tanah dan cukai pintu tidak ditunaikan, tidak mustahil janji kalau di Sarawak janji-janji mereka kepada rakyat tidak akan ditunaikan," katanya.

Sementara itu, Najib berkata beliau percaya rakyat dalam kawasan Parlimen Sri Aman akan terus memberi mandat kepada BN pada PRU-13 nanti.

"Saya sudah lihat dan buat perkiraan mudah tadi...saya buat perkiraaan berdasarkan majoriti telah dicapai oleh ketiga-tiga calon BN pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 2011 lalu. Kita campur congak majoriti ketiga-tiga calon tadi, kalau semua undi BN sama seperti pilihan raya DUN...kita mampu dapat lebih 8,000 undi pada PRU13 nanti," katanya. BERNAMA
-

Wednesday, 20 February 2013

Najib Bakal Umum Bubar Parlimen di Sarawak?



Besar kemungkinan selepas lawatan kerja ke Sarawak, Perdana Menteri akan membubarkan parlimen.  Ini untuk memastikan bahawa kubu kuat BN masih utuh di Sarawak.  

Orang ramai turut sedar pihak pembangkang semakin tertekan sehingga sanggup menggodam laman web kerajaan.  Anwar Ibrahim juga sudah mati akal akibat permainan politik kotor dan isu lapuk oleh pihak pembangkang.  Nampaknya impian Anwar Ibrahim bakal musnah menjelang PRU13 dan beliau digalakkan bersara lebih awal sebelum ditampar oleh kekalahan PRU13 kelak!!

MIRI (19 Feb 2013): Lebih 5,000 orang dijangka menghadiri majlis bersama pemimpin tertinggi negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Eastwood Valley Golf & Country Club di sini pada 20 Februari ini (esok). 

Majlis makan malam itu yang dihoskan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin yang juga Ahli Parlimen Miri diadakan sempena sambutan Tahun Baharu Cina bermula jam 8 malam. 

Selain pemimpin kabinet pusat dan negeri, majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. 

Pengurus Eksekutif Eastwood Valley Golf & Country Club David Kong yang ditemui di sini semalam memberitahu bahawa pihaknya menyediakan 530 meja bagi menampung jumlah orang ramai yang hadir pada majlis tersebut. 

“Setakat ini persiapan berjalan lancar dan kami mahu memastikan yang terbaik bagi menyambut ketibaan pemimpin kesayangan rakyat ini nanti. 

“Persiapan di dewan terbuka ini dijangka siap hari ini (semalam), manakala esok kami hanya perlu membantu menggantung poster-poster yang akan dibawa oleh pihak penganjur termasuk poster utama,” katanya. 

Bagi mengelak kesesakan, David menasihati orang ramai datang lebih awal untuk memudahkan mereka memarkirkan kenderaan selain memastikan laluan menjadi lancar, semasa ketibaan rombongan Perdana Menteri. 

David seperti juga penduduk Miri yang lain, amat teruja dengan kehadiran dan kunjungan Perdana Menteri ke sini dan berharap beliau (Najib) akan membawa khabar yang pastinya menggembirakan mereka. 

Sementara itu, poster-poster Najib yang berpakaian Cina dengan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina, sudah mulai digantung di sepanjang Jalan Miri Bypass iaitu laluan ke Eastwood Valley Golf & Country Club dan Jalan Permyjaya-Kuala Baram yang menuju ke Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Tudan. 

Sempena lawatan kerja selama sehari ke Miri pada 20 Februari ini, Najib turut merasmikan SJK Chung Hua Tudan pada sebelah petangnya pada jam 4.30 petang. 

Manakala pada sebelah malam, beliau akan bersama ribuan rakyat Miri di Eastwood Valley Golf & Country Club. 

Najib dijangka tiba di Miri pada jam 4 petang dengan disambut oleh lebih 1,000 penyokong parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) Negeri. 

Najib akan meneruskan lawatannya ke Pusa dan Sri Aman pada 21 Februari untuk menghadiri Majlis Pemimpin Bersama rakyat di sana. 

Manakala pada sebelah malam hari yang sama beliau menghadiri Majlis Chap Goh Meh di Bandar Baharu Batu Kawa di Kuching. 

Pada pagi 22 Februari, Perdana Menteri akan menghadiri mesyuarat tertutup bersama anggota-anggota BN Sarawak di Hotel Pullman Kuching sebelum mengakhiri lawatan tiga harinya di Sarawak. 

Beliau dijangka berlepas balik ke Kuala Lumpur pada jam 11.30 pagi. (Utusan Borneo)

Sumber

-

Tuesday, 19 February 2013

XCLUSIVE! Husam Musa Runding Sertai Barisan Nasional Melalui Serawak?


Ini sudah baik! Biar betul weh! Ada cerita sebalik cerita la kot!.Sumber terbaru yang teman terima Naib Presiden PAS, Husam Musa menemui pemimpin No.1 Barisan Nasional Sarawak, Pehin Sri Taib Mahmud di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia di Petrajaya Kuching. Adeeh! Bincang apa ek? Nak join Barisan Nasional ke? Maklum la, Pakatan Rakyat pun sekarang ni dah kucar kacir. Ada kalangan pemimpin PAS pulak tidak setuju dan panas hati dengan pucuk pemimpin PAS dengan isu Kalimah Allah dan calon Perdana Menteri. Boleh jadi jugak kan..kan..

Berani jugak Husam ni masuk kandang Pehin Sri ni yee! Bak kata Blogger apanama " The Lion's Den ". Menurut sumber Pehin Sri bersetuju meluangkan masa untuk mendengar hujah Husam yang mewakili "Royalti" menuntut kenaikan royalti minyak dibeberapa buah negeri yang terlibat termasuk Sarawak. Ye la! Dengar je la. 

Tapi teman rasa mungkin ada agenda Husam yang tersirat, Siapa tau kan. Dalam hati susah nak ramal. Tup.tup meletup PAS sertai BN atau paling kurang Husam Musa masuk UMNO..Melopong le PKR, Kesian..Itu semua tak mustahil kan.kan..kahkahkah..


-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...