Cerita lama tapi sama aje. Masih belum terjawab der! Siapa yang rembat duit anak yatim Tabung Memali. Apa cerita? Senyap je. Berapa ringgit semuanya? Rasanya berjuta-juta dah le. Tak ada siapa pun yang buat audit. Malah pencacai-pencacai yang pertahankan isu Tabung Memali ni pun tak tau hujung pangkal.
Cikgu Non dah bagi tahu siapa yang sokong PAS bermakna dia sokong pemimpin PAS rembat duit Anak Yatim Memali, Pencacai PAS nak tanggung ke dosa-dosa pemimpin-pemimpin PAS yang rembat duit nih! Sama jugak lah pemimpin-pemimpin PAS yang rembat bini orang. Pencacai-pencacai PAS ni nak tanggung sama dosa sama ke? Cuba la jawab der!
Adun Pas Ladang, YB Dato’ Tengku Hassan didapati datang berseorangan sahaja di Rumah Terbuka Adun Bandar, Dato’ Toh Chin Yaw pagi tadi di Dewan Tunku Abdul Rahman Kuala Terengganu.
Mungkin dia segan untuk membawa Aida bersama kerana tidak mampu berdepan dengan orang ramai bila sehari dua ini rahsia terbongkar melalui pelbagai blog bahawa Aida Tengah itu adalah isteri yang dirampas dari Mohd. Affandi, seorang pengusaha prabet sapu di sekitar bandar Kuala Terengganu. Malah kelihatan orang yang hadir ke majlis raya Tahun Baru Cina tadi tidak pun layan dan dia seperti ‘kera sumbang’ lalu cepat cepat lari balik.
Sebelum ini dia cukup bangga ke sana ke mari bersama Aida, malah gambar dia dan Aida terpampang di banner Selamat Hari Hari Aidil Fitri di merata tempat khususnya di kawasan Dun Ladang.
Hari ini dia kelihat keseorangan datang ke rumah terbuka Tahun Baru Cina itu dengan kereta mewahnya yang besar dan baru itu.
Apatah lagi, skandal urut mengurut Aida sebelum ini ke atas dirinya sudah dibongkarkan oleh Affendi.
Meskipun Aida dalam komen balasnya melalui blog Terengganu Today menghina bekas suami sendiri dengan menuduh kononnya Affandi kini hidup susah, bawa kereta prabet sapu…tetapi sekurang-kurangnya bekas suaminya itu telah melakukan kerja halal.
Tuduhan Aida bahawa Affandi diupah untuk membongkarkan rahsia kecurangannya dengan YB Dato’ Tg Hassan adalah suatu andaian dan tuduhan melulu yang sama sekali tidak boleh diterima oleh Affandi yang juga bapa kepada beberapa orang anak Aida sendiri.
Tuduhan Aida bahawa Affandi adalah manusia jenis panas baran, sering memukulnya adalah sangat memalukan kerana suami mana tidak marah dan teramat marah kalau isteri curang dengan lelaki lain.
Aida diminta tampil memohon maaf kepada Mohd,Affendi, bekas suami dan bapa kepada anak anaknya,,,bukannya menghina dan memburukkan orang yang pernah disayangi itu.
Apakah kerana hidup mewah bersama Dato’ Tengku Hassan, Adun Pas Ladang yang skandal dengannya sebelum ini, maka Aida sudah lupa segala-galanya…..pengorbanan dan jasa Affandi???
Adess! Nak saman la pulak! Itu la aje modalnya! Sebab dah terbongkar cerita, mula lah nak menutup malu dengan saman. Memang jenis manusia yang tak malu. Dah buat onar dengan isteri orang, tak nak mengaku pulak. Perangai macam haram. Berselindung dengan kopiah dan berlagak alim, tapi hampas..
Kesian. Suami sendiri yang bongkar cerita kecurangan isteri dengan YB PAS ADUN Ladang ni. (Tengok SINI dan SINI) Bukannya orang lain. Yang mike nak saman blogger tu buat apa? Saman je suami mike tu. Elok jugak la, biar terbongkar semua cerita yang masih tersimpan. Biar semua orang tau perangai YB PAS yang berselindung disebalik nama ustaz dan serban ni...heee..
Seperti yang dijanjikan, TT akan mendedahkan bagaimana ADUN PAS Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar menjalin hubungan ‘istimewa’ dengan isteri orang, Aida Tengah.
Sejak terjalin hubungan itu, isteri Mohd Apandi Abdullah pun bercakap macam orang politik, berbelit-belit dan selalu mencipta alasan pelik. Bila ditanya alasan untuk keluar, “keluar jumpa kawan” – itulah jawapan Aida kepada suaminya.
Alasan keluar jumpa kawan itu pernah kantoi apabila Apandi melihat kereta isterinya (Honda Stream) berada di kawasan rumah Tengku Hassan di Padang Negara, Kuala Terengganu.
Ketika ditemui krew TT, Apandi menceritakan, “Suatu hari, kalau tak silap hari Selasa, aku lalu dihadapan rumah YB, aku terkejut melihat kereta Aida berada di situ, masa tu pukul 11.00 pagi”
Ditanya TT adakah ketika itu rumah YB berkenaan ada orang lain, dia menggeleng kepala dan kemudian memberitahu pagar dan pintu rumah tersebut tertutup rapat dan tidak ada kenderaan lain di perkarangan rumah pemimpin PAS berkenaan, selain kereta milik YB tersebut.
Bagi mendapatkan kepastian, Apandi bertanya kepada isterinya, kenapa keretanya berada di rumah wakil rakyat PAS itu.
Aida menjawab, dia meminta YB berkenaan menandatangani satu borang pinjaman. Aida menjelaskan kepada suaminya bahawa YB suruh dia datang ke rumah YB sebab cop YB tertinggal di rumah.
Kata Apandi “belum bercerai pun mereka dah berkasih (bercinta) dah….”
Aida juga memberitahu suaminya, ADUN PAS Ladang menawarkan wang tunai RM200 ribu dan jawatan sebagai Setiausaha kepada Aida sekiranya Tengku Hassan menjadi Menteri Besar Terengganu kerana pemimpin PAS itu sedang ‘gila’ dengan jawatan itu.
Apandi bertanya, untuk apa RM200 ribu. Isterinya menjawab sebagai modal perniagaan. Gembira atau curiga? Apandi bertanyakan perkara berkenaan kepada Tengku Hassan sendiri tentang RM200 ribu.
ADUN Ladang itu memberitahu, beliau tiada duit sebanyak itu dan kelihatan cuba melarikan diri dengan alasan terpaksa pergi solat jenazah.
Adakah tawaran RM200 ribu itu modal perniagaan atau duit untuk memikat hati Aida, atau ada ‘upah’ lain?
Kisah Adun Ladang ( PAS ), Kuala Terangganu Dato' Tengku Hassan Tengku Omar yang disyaki berzina dengan isteri penyokong sendiri, kini panas kembali apabila Suami kepada Aida Tengah, Mohd Apandi Abdullah tampil menceritakan keburukan yang di lakukan Adun berkenaan.
ADUN Pas Ladang, Kuala Terengganu, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar menjadi punca perceraian antara Mohd Apandi Abdullah dengan isterinya, Aida Tengah.
Apandi mula curiga dengan kelakuan isterinya apabila dia kerap kali berkunjung ke rumah wakil rakyat Pas itu di Padang Negara, Kuala Terengganu walaupun selepas kematian isteri wakil rakyat Pas itu.
Tujuannya untuk mengurut! Rakaman suara bersama Apandi menceritakan, pernah satu ketika dia tertidur kerana menunggu isterinya yang mengurut Dato’ Tengku Hassan.
Mengurut apa lama sangat? Sampai si suami yang tunggu si isteri tertidur… Itulah titik-titik hitam yang menjadi punca perceraian antara Apandi dan Aida. ikuti pendedahan seterusnya bermula esok di Terangganu Today
Teman tak nak menuduh. Dosa beb! Tapi banyak sangat cerita yang tak sedap didengar pasal pak-pak lebai PAS. Main isteri orang dan macam-macam lagi. Dalam keretapi pun ada, bawak balik rumah pun ada. Kaunseling 3 pagi la. oppsss..Itu kan pas tapi PKR. Tapi pakai lebai jugak..sama la. Tak salah kalau benar-benar ingin beristeri lebih dari satu. Tapi jangan lah sampai isteri orang pun disapu. Macam dah tak anak dara atau janda-janda seperti Ustazah Segera PAs Abby Abadi. Pinang je elok-elok. Kan baik..(Nak Tau Lagi SINI)
Kalau begini lah pak-pak lebai PAS yang berwajah baik berselindung dengan serban dan jubah tapi hakikatnya lebih busuk dari bangkai, apakah yang boleh diharapkan lagi. Kalimah Allah sendiri pun tak mampu nak pertahankan bagaimana nak mengaku memperjuangkan Islam. Hanya bermain retorik politik semata-mata untuk mendapat undi. Tidak ikhlas untuk perjuangkan Islam dan hanya merebut kekayaan hingga tak sedar ketamakkan boleh mengkantoi diri sendiri. Porsche Cayman dan Vellfire menjadi idaman pak-pak lebai PAS. Cuba kira berapa biji ada kat rumah deme ni..heee..