Showing posts with label Ketua Polis Selangor. Show all posts
Showing posts with label Ketua Polis Selangor. Show all posts

Wednesday, 9 January 2013

Tarian Bogel: Polis Shah Alam Beri Kenyataan



Teman rasa lega bila Ketua Polis Daerah Shah Alam telah buat kenyataan tentang isu tarian bogel di Majlis Malam Mesra sekalung Budi, Segunung Intan baru-baru ini (Click Here). Rupanya penari bogel tersebut adalah lelaki yang berpakaian wanita. Adoiii! macam-macam. Koem bacalah kenyataan Ketua Polis Daerah Shah Alam dibawah.

Shah Alam: Persembahan tiga lelaki berpakaian seksi seperti wanita dalam majlis anjuran Polis Shah Alam pada 4 Januari lalu, berlaku tanpa dirancang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob, berkata tarian dipersembahkan bukan yang ditempah penganjur Majlis Malam Mesra Sekalung Budi, Segunung Intan. Majlis anjuran Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam itu bertujuan meraikan bakal pesara dan pegawai serta anggota berpangkat rendah yang akan bertukar. 
Ia adalah majlis tertutup dan yang hadir hanya pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Shah Alam. 

Apa yang berlaku adalah secara spontan tanpa izin penganjur, katanya pada sidang media di sini, semalam. 

Gambar majlis berkenaan yang dimuat naik ke laman sosial Facebook sebelum ini, mendapat reaksi negatif umum hingga ada yang melemparkan tuduhan kononnya majlis ditaja oleh bapa ayam. 

Zahedi berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah menganjurkan majlis yang bertentangan dengan teras dan budaya PDRM serta Islam.

Susulan kejadian itu, beliau merisik dengan pengurusan hotel terbabit bagi mengetahui gambaran sebenar kerana penari berkenaan tidak menghadiri raptai majlis. 

Ditanya sama ada pihak bertanggungjawab sudah dikenal pasti, beliau berkata: Saya dimaklumkan penganjur membuat aduan kepada pengurusan hotel pada malam yang sama. 

Bagaimanapun, Zahedi enggan mengulas sama ada kejadian itu mempunyai unsur sabotaj manakala penari berkenaan adalah penari lelaki berpakaian wanita. 

Dalam kes berasingan, Polis Shah Alam menahan seorang wanita berusia 29 tahun yang menyamar sebagai pegawai polis berpangkat inspektor di kawasan perumahan di Setia Alam pada jam 7.45 petang kelmarin. 

Zahedi berkata, penahanan dibuat hasil maklumat orang awam ketika wanita itu berlegar di kawasan berkenaan menaiki kereta Myvi. (Berita Harian)
-

Tuesday, 8 January 2013

Tarian Separuh Bogel: Ketua Polis Selangor Beri Penjelasan


Teman pun sebenarnya tak terkejut jugak bila terbaca cerita ni (SINI).Tarian separuh bogel di Majlis Malam Mesra Sekalung Budi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPPD Shah Alam menjadi cerita hangat. Teman yakin rasa semua orang yang hadir pada majlis tu terkejut badak bila benda ni terjadi. Teman rasa tiada siapa pun menyokong benda buruk sebegini. Teman puji tindakan pantas Ketua Polis Selangor menjawab di laman facebooknya yang berbunyi,

"Aslmkum, Saya harap jgnlah ramai buat dosa. Saya tgh selidik. Pihak polis yg hadir (JSJ Shah Alam) juga terperanjat dgn pihak kebudayaan (mlm di Intekma) itu tlh membuat "show" sedemikian, namun tindakan disiplin terhadap mereka yg bertanggungjawab & cuai dlm menganjur. Polis Selangor tidak sekali kali menyokong kemungkaran sebegitu. Harap maklum."

Ketua Polis Selangor telah bagi komitmen untuk menyiasat perkara tersebut. Pihak yang bertanggungjawab harus diambil tindakan kerana cubaan memalukan kontijen Polis Selangor sekaligus menjatuhkan maruah Ketua Polis Selangor.  Pencacai-pencacai PR tu tak payah la nak sindir-sindir. Cerita Tarian K-POP di Bertam Nite tu pun tak boleh nak jawab lagi. Apa cer?

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...