Showing posts with label Majlis Belia Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Majlis Belia Malaysia. Show all posts

Sunday, 17 March 2013

PANAS! Hang Tuah Moden Beraksi, Patut Tengok!


Siapa yang tak kenal Hang Tuah. Sebut saja namanya, semua orang tahu dia adalah pahlawan melayu yang terbilang di Melaka. Kini nama pahlawan melayu itu bukan saja digunakan sebagai nama malah semangatnya juga seolah olah terserap secara langsung kedalam seorang peniaga melayu yang bernama Hang Tuah ini. Ceritanya boleh diikuti dalam Metro Ahad bertarikh 17 Mac hari ini.

Siapakah Hang Tuah moden ini?

Beliau adalah seorang ahli perniagaan yang berasal dari Ipoh Perak di DUN Sg Rapat, Gopeng. perniagaan yang dijalankan adalah di bidang elektikal dan mempunyai sebuah kilang bernama Zenn HRB Sdn Bhd di Pengkalan Pegoh, Ipoh.

Disamping sebagai ahli perniagaan beliau juga bergiat aktif dalam membantu masyarakat dengan menyertai beberapa NGO dan Persatuan.

Antara pembabitannya ialah:

-Presiden Persatuan Alumni Pelajar Islam St Michael Instituition
-Ketua Penerangan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Perak
-Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia
-Setiausaha Agung Alumni Majlis Belia Malaysia
-Presiden Alumni Yayasan Pusat Belia Antarabangsa

Sumber

Apple says : 

Teman kenal sangat sejak Saudara Hang Tuah ini sejak beliau berkecimpung dalam politik dan aktivitis belia. Mantan Presiden Majlis Belia Negeri Perak dan EXCO Majlis Belia Malaysia begitu ramah dan mudah mesra denga sesiapa juga dan seorang pemimpin belia yang berkaliber dan pejuang seperti namanya Hang Tuah..
-

Saturday, 9 March 2013

Perpaduan Daulat Negara

Mengambil peluang dan ruang kesesakan orang awam pulang dari tempat kerja, Majlis Belia Malaysia (MBM) mengajak rakyat Malaysia bersama-sama mereka dalam Kempen “Perpaduan Daulat Negara” yang membawa mesej yang cukup jelas kepada rakyat dinegara ini bahawa betapa pentingnya keamanan dan keharmonian dinegara ini perlu dikekalkan demi kebaikan bersama. Kempen ini dijalankan diatas keperihatinan MBM dalam isu pencerobohan Pengganas Sulu di Lahad Datu.


Berbekalkan Buah Epal dan Reben Biru yang diagihkan kepada orang ramai di KL Sentral, Presiden MBM Mohamed Maliki Mohamed Rapiee mengharapkan rakyat memahami mesej yang disampaikan kepada mereka tentang betapa pentingnya rakyat di Negara ini perlu bersama-sama menjaga keamanan dan berdiri teguh dibelakang kerajaan khususnya Pasukan Keselamatan dalam memastikan Kedaulatan Negara kita dapat dipertahankan. Mohamed Maliki terut memperjelaskan tentang buah epal dan riben biru yang diagihkan kepada orang ramai petang tadi dimana membawa maksud Keberanian dan tanda sokongan kepada perwira yang mempertahankan tanah air (Buah Epal) manakala Reben Biru yang tertulis perkataan “Perpaduan Daulat Negara” membawa maksud perpaduan seluruh rakyat Malaysia menyokong kedaulatan negara

Mohamed Rapiee juga menyeru kerajaan melalui pihak berkuasa dapat menyiasat dalang pencerobohan di Lahad Datu tidak kira sama ada mereka yang terlibat dari dalam atau luar negara dan bagi pihak MBM, Mohamed Maliki mengucapkan takziah dan melahirkan rasa simpati terhadap waris dan keluarga anggota-anggota keselamatan yang telah terkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara. Sesungguhnya pengorbanan pejuang-pejuang ini patut dihargai dan rakyat perlu bersatu hati menyokong pasukan keselamatan mempertahankan kedaulatan Negara secara tidak langsung menyuntik semangat mereka yang berjuang untuk keselamatan negara dan bangsa.

Kempen Perpaduan Daulat Negara ini tidak berakhir beitu sahaja, difahamkan MBM akan menjelajah seluruh negara dalam tempoh seminggu mulai malam ini di Negeri Sembilan untuk membawa mesej yang sama, dan berharap rakyat khususnya Belia di Negara ini faham akan perlunya bersama-sama mempertahankan Kedaulatan Negara dalam apa jua cara sekalipun.

Di antara pengisian kempen ini ialah mengadakan solat hajat dan bacaan doa mengikut anutan agama masing-masing, kempen kutipan derma Tabung Wira Lahat Datu, pengedaran reben warna biru Jalur Gemilang yang melambangkan perpaduan dan Himpunan Belia Daulat Negara.

Sehubungan itu sebagai pelancaran kepada kempen ini, MBM menjemput badan-badan gabungan MBM, orang ramai, ahli dan pemimpin masyarakat dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk turut serta dalam program tersebut tanpa mengira fahaman politik, ideologi, kaum dan keturunan dalam menyatakan pendirian kita berhubung isu pencerobohan penganas di Sabah.

Inilah masanya kita menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pemimpin dan pasukan keselamatan Negara. MBM yakin dan percaya segala bentuk tindakan yang telah diambil oleh pihak keselamatan adalah mengikut lunas undang-undang dan keperluan semasa demi mendahulukan kepentingan negara.

Layari laman sesawang http://belia.org.my/v5/

-

Sunday, 20 January 2013

Gandingan Maliki dan Ghadafi Terajui Kepimpinan Majlis Belia Malaysia


Belia Bangkit : Berakhir sudah majlis MPAT MBM kali ke 61 yang menyaksikan pemilihan Jawatankuasa kerja serta kepimpinan Majlis Belia Malaysia bagi sesi 2012-2014. Pelbagai ragam anak muda khususnya pemimpin-pemimpin dan perwakilan persatuan belia dari seluruh negara telah berkumpul di Hotel Summit, USJ, Subang semenjak 18 Januari yang lalu.

Seperti tahun-tahun sebelum ini yang melibatkan pemilihan kepimpinan tertinggi pertubuhan belia ini, pelbagai ragam, cerita dan gelagat perwakilan mewarnai sepanjang 3 hari mesyuarat ini berlangsung.

Dipendekkan cerita, sekitar jam 2. 45 petang tadi Pengerusi Pilihanraya MBM yang dilantik Ketua Eksekutif Persekutuan Pengakap Malaysia, Encik Mohd Zaki Nuru-udin telah mengumumkan keputusan pemilihan itu buat menghilangkan debaran calon-calon yang bertanding.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) sedia ada, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee mengekalkan jawatan itu buat penggal 2012-2014 apabila menang tanpa bertanding pada pemilihan hari ini.


Gandingan beliau iatu saudara  MUA’AMAR GHADAFI JAMAL daripada Gerakan Belia 4B (M) memenangi kerusi Timbalan Presiden, juga tanpa bertanding.

Berikut adalah senarai pemenang bagi jawatan-jawatan yang dipertandingkan kali ini.

Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Kerja MBM sesi 2012-2014

1. Pengerusi Tetap
    Khairul Anuar El-Shazali Musa
    MBN Perak

2. Timb. Pengerusi Tetap
    K. Murali 
    KBBT

3. Presiden
    Mohd Maliki Mohd Rapiee (Mng Tanpa Btanding - MTB)
    MBN P. Pinang

4. Timb Presiden
    Mua'amar Ghadafi (MTB)
    Gerakan 4B (M)

5. Setiausaha Agung
    Zaidi Aziz (MTB)

 6. Naib Presiden
    - Low Eng Teck
      GBBM

    - Mandzri bin Nasib
      Felda (MBFM)
    
    - Nasrul Ahmad
      (MGB Melaka)

    - 2 Lantikan Presiden
         (Wanita - akan diumumkan kemudian)
         (Borneo - akan diumumkan kemudian)
7. JK Kerja (Exco)
    - 12 kerusi

8. 3 Lantikan Presiden

    - Ketua Penerangan (akan diumumkan kemudian)
    - Pen. SU (akan diumumkan kemudian)
    - Pen. Bendahari (akan diumumkan kemudian)

Tahniah kepada pemenang. Jaga dan hargailah kepercayaan serta amanah yang diberikan oleh para perwakilan kepada anda semua. Kepada yang tewas, teruskanlah perjuangan saudara-saudara semua dalam mengangkat martabat pembangunan belia di negara kita.


BELIA PENGGERAK TRANSFORMASI!!!

-

TAHNIAH : Saudara Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM


TAHNIAH!!! TAHNIAH!TAHNIAH! Kepada Saudara Maliki Mohamed Rapiee kerana dapat mempertahankan jawatan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan menang tanpa bertanding dalam Pemilihan Kepimpinan Majlis Belia Malaysia bagi sesi 2012 - 2014. Pencabar utama beliau Jais Abdul Karim telah menarik diri di saat akhir malam tadi.  Bagi kerusi Timbalan Presiden, Saudara Mua'amar Ghadafi Jamal bin Datuk Wira Haji Jamaluddin juga telah  menang tanpa bertanding manakala jawatan Setiausaha Agung kekal kepada Saudara Mohd Zaidi Aziz yang juga menang tanpa bertanding.

Bagi jawatan-jawatan lain dijadualkan akan dibuat pengudian pada hari ini. Teman ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Saudara Maliki, Saudara Mua'amar Ghadafi dan juga Saudara Mohd Zaidi yang memegaang tampuk tetinggi barisan kepimpinan yang baru. Teman harap agenda pembangunan belia akan dirancangkan serta mencorakkan pembangunan belia yang lebih mapan seiring dengan agenda transformasi negara.
-

Saturday, 19 January 2013

Bahang Pemilihan Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) Sesi 2012-2014



Belia Bangkit Nampaknya masa makin mencemburui calon-calon yang ingin bertanding menerajui kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi Sesi 2012-2014.

Sebanyak 21 Jawatan bagi Jawatankuasa Kerja (Exco) akan menjadi rebutan dari Jawatan Pengerusi Tetap hinggalah ke Ahli Jawatankuasa Kerja.

Perang kempen semakin ketara di aras 5, Summit Hotel, USJ walaupun proses berkempen ini sebenarnya telah bermula awal lagi.

Seperti lazimnya, Jawatan yang sentiasa mendapat perhatian di kalangan NGO belia sudah semestinya kerusi Tertinggi dalam MBM iaitu kerusi Presiden. Adakah Saudara Maliki Mohamed Rapiee dapat mempertahankan jawatan yang disandang beliau dari sesi sebelumnya (2010-2012) atau akan lahirnya pemimpin baru dari NGO Belia?

Apa pun, melihat kepada senario pemilihan pucuk pimpinan badan tertinggi persatuan belia ini, BB merasakan "DEMOKRASI" masih subur di dalam MBM. 

Kepada semua perwakilan belia yang mempunyai "KUASA UNDI", gunalah kuasa anda dengan sebaik-baiknya. Buatlah pilihan yang tepat bagi mencorakkan pembangunan belia yang lebih mapan seiring dengan agenda transformasi negara.

Majulah Belia Untuk Negara
-

Friday, 18 January 2013

Selamat Bersidang Majlis Belia Malaysia


Kepimpinan Majlis Belia Malaysia akan mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Majlis Belia Malaysia kali ke 61 yang bermula pada 18 hingga 20 Januari 2013 bertempat di Summit Hotel USJ Subang. Mesyuarat ini akan dirasmikan oleh YB. Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 19 Januari 2013 jam 8.30 pagi. Seramai 390 orang perwakilan dari 39 buah badan gabungan MBM akan bersidang dan pemilihan ahli jawatankuasa bagi sessi 2012 - 2013.

Teman ingin mengambil kesempatan menyingkapkan kembali kejayaan-kejayaan besar Majlis Belia Malaysia (MBM) di bawah kepimpinan sedia ada diketuai oleh Presidennya Mohammed Maliki Rapiee dan Setiausaha Agung sekarang, Mohd Zaidi Aziz. Teman susun mengikut point-point tertentu,

1. Banyak hutang-hutang lapuk MBM dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Wisma Zhulian, Hotel dan pembekal telah distruktur semula. Beberapa saman pihak pembekal ke atas MBM sebelum ini juga telah ditarik balik dan diselesaikan secara bijaksana oleh kepimpinan sedia ada.

2. “Highlight” terbesar kepimpinan sedia ada tentulah kejayaan penganjuran Hari Belia Negara bersama Kementerian Belia dan Sukan yang telah diberi nafas baru dan mewujudkan gelombang keghairahan luar biasa sejak dua tahun kebelakangan ini.

3. Wisma MBM dapat dipertahankan dan tidak dijual seperti cadangan sebelum serta dihidupkan kembali dan digunakan sepenuhnya sebagai cybercafe dan hostel yang menjana pendapatan MBM.

4. Kerajaan telah mengiktiraf MBM dengan menaikkan peruntukkan pentadbiran RM500,000 kepada RM1 Juta. Banyak tu! Ini termasuk kenaikkan peruntukkan pentadbiran Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah yang telah diperjuangkan kepimpinan sedia ada.

Teman lihat banyak agensi-agensi kerajaan dan swasta mula melihat MBM sebagai satu wadah penting kepada golongan belia. MBM juga mendapat pengiktirafan daripada NGO luar negara melalui kerjasama beberapa program yang dijalankan.

Jadi teman berharap perwakilan akan memilih pemimpin yang tepat dan benar-benar  terbukti berkebolehan memimpin MBM demi memacu kejayaan belia Malaysia keseluruhannya. Selamat Bersidang.
-

Thursday, 17 January 2013

Projek Rumah 1 Billion GPMS, Apa Sudah Jadi?


Teman tertanya-tanya jugak. Pernah satu ketika dulu cadangan satu NGO untuk bangunkan 8,000 rumah belia. Bagus la jugak ada perumahan untuk belia. Sebab ramai belia-belia tak punyai rumah sendiri. Tapi apa sudah jadi? Jadi ke tak? Atau tinggal janji je!

Menurut kenyataan akhbar Kosmo 12 januari 2010, Presiden GPMS, Jais Abdul karim berkata, sebanyak 8,000 unit akan dibangunkan dengan kerjasama Syraikat Tri-Tas Timber Sdn Bhd bernilai RM1 Billion. Cerita ni tahun 2010 lagi nih! Ini dah tahun 2013. Apa dah jadi? senyap je. Mengikut Keris Putera mungkin ada cerita yang perlu dijawab. 

Jais Abdul Karim nak bertanding Presiden Majlis Belia Malaysia pada 20hb Januari 2012 menentang penyandang Presiden yang ada sekarang, Saudara Mohammed Maliki Rapiee. Teman rasa Jais perlu selesaikan dulu janji yang tak tertunai tu. Ramai belia-belia sedang menunggu apa keputusan projek yang dah 3 tahun senyap tanpa berita. Tugas yang ada belum selesai, inikan pula mahu menanggung bebanan besar memimpin Majlis Belia Malaysia..Pandangan peribadi aje.peace...heeee..
-

Pejabat PM Diseret Sama Dalam Pemilihan Majlis Belia Malaysia 2012?


mykmu.net Pertubuhan belia terbesar di negara ini, Majlis Belia Malaysia, akan mengadakan Mesyuarat Agung mereka pada hujung minggu ini. Sejak beberapa minggu lalu beberapa telah berlaku kempen dan pembentukan pasukan (chai) untuk menentang kepimpinan sedia ada. Sebagai pemerhati biasa pergerakan belia di negara ini saya melihat persaingan merebut jawatan dalam pertubuhan besar ini adalah satu proses biasa dalam kematangan demokrasi.

Dikhabarkan akan berlaku satu pertandingan secara besar-besaran antara dua kumpulan. Kumpulan pertama merupakan sebahagian besarnya penyandang jawatan yang diketuai oleh Presiden sekarang, Saudara Mohammed Maliki Rapiee dan Setiausaha Agung sekarang, Mohd Zaidi Aziz. Bagi kumpulan dijangka akan turut disertai saudara Muaamar Ghadafi Jamal Jamaludin yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden MBM. Jawatan Timbalan Presiden kosong berikutan penyandangnya, Tuan Haji Shukor Yussof telah melebihi usia 40 tahun.

Penulis melihat bahawa sepanjang dua tahun terakhir ini telah banyak perubahan dan pembaharuan dibuat oleh Maliki biarpun beliau bukanlah tokoh pemimpin yang dikenali ramai ketika mengambil alih MBM. Sepanjang dua tahun ini kepimpinan MBM sedia ada telah berjaya menyelamatkan Wisma MBM yang dirancang untuk dijual sebelum ini kerana masalah kewangan. Sebaliknya anak-anak muda ini telah menghidupkan kembali Wisma MBM dengan pembukaan kafe siber dan hostel. Ini seklaigus mewujudkan pendapatan sendiri bagi Wisma terbabit.

Selain itu, khabarnya banyak hutang-hutang lapuk MBM dengan Dewah Bandaraya Kuala Lumpur, Wisma Zhulian, Hotel dan pembekal telah distruktur semula. Beberapa saman pihak pembekal ke atas MBM sebelum ini juga telah ditarik balik dan diselesaikan secara bijaksana oleh kepimpinan sedia ada.

Namun “highlight” terbesar kepimpinan sedia ada tentulah kejayaan penganjuran Hari Belia Negara bersama Kementerian Belia dan Sukan yang telah diberi nafas baru dan mewujudkan gelombang keghairahan luar biasa sejak dua tahun kebelakangan ini.

Namun seperti kata pepatah, jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Justeru sungguhpun kepimpinan sedia ada telah menjalankan tugas dengan cemerlang, tidak ada salahnya jika mereka juga dicabar dalam pemilihan kali ini. Ini kerana mungkin terdapat pemimpin baru yang lebih hebat visi dan kemampuannya untuk membawa gerakan belia ke satu tahap yang lebih tinggi.


Atas sebab itu jugalah maka ada yang mengalu-alukan kemunculan pemimpin-pemimpin belia yang baru untuk menawarkan diri dalam MBM. Satu kumpulan lagi yang sedang berkempen hebat ialah melalui gabungan Jais Abdul Karim, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dengan Presiden Majlis Belia Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim. Sungguhpun Jais akan bertanding Presiden, namun di kalangan perwakilan belia menggelar kumpulan ini sebagai “Team Datuk Irmo”.

Saya percaya ruang demokrasi harus terus subur dengan pertandingan jawatan-jawatan utama. Jika tidak diperingkat Presiden pun sekurang-kurangnya di peringkat Naib Presiden yang menjadi nadi penting kepada kepimpinan pelapis MBM pada masa akan datang.

Namun cabaran yang dibuat secara berkumpulan ini sangat merbahaya kepada perpaduan gerakan belia. Tambah merbahaya jika apa yang didakwa oleh beberapa blog ini benar-benar berlaku. Blog tipugila.blogspot.com dan parpukari.blogspot.com melaporkan terdapat usaha-usaha menggunakan Pejabat Perdana Menteri dalam pemilihan MBM kali ini. Menurut laporan blog-blog tersebut, dan juga sumber-sumber rapat dengan penulis, terdapat cubaan dari penyokong Datuk Irmohizam mendakwa kumpulan mereka direstui oleh Perdana Menteri.

Penulis tidak pasti apakah jawatan Irmohizam di Pejabat PM. Ada yang mendakwa beliau tidak pernah bekerja dengan pejabat Perdana Menteri, dan ada pula yang mendakwa beliau merupakan Pegawai Khas kepada Y.A.B. Perdana Menteri. Sama ada benar atau tidak, adalah tidak penting.

Yang penting Pejabat Perdana Menteri harus menjarakkan diri dari pemilihan ini kerana ia menimbulkan rasa kurang senang ramai perwakilan belia.

Jangan nanti kerana jawatan yang tidak seberapa tumpuan kita menarik sokongan belia kepada Barisan Nasional akan terencat. Jangan kerana jawatan majlis belia, imej Perdana Menteri di kalangan belia akan terjejas.

Jika benar Irmohizam merupakan Pegawai Khas Perdana Menteri wajarlah beliau memikirkan cara terbaik membantu Perdana Menteri bukannya menambah masalah kepada Perdana Menteri. Jika beliau tidak mempunyai kaitan dengan pejabat Perdana Menteri, maka eloklah beliau membuat kenyataan umum menafikan dakwaan ini.

Ambillah iktibar pada pemilihan penggal lalu apabila ada mereka yang berkepentingan dikatakan cuba mencaturkan pucuk kepimpinan MBM menggunakan nama Perdana Menteri. Akibatnya, banyak masa terpaksa digunakan untuk memulihkan keadaan antara kepimpinan MBM dengan kerajaan.

Oleh kerana pencalonan jawatan hanya akan dibuka esok, mereka yang terbabit berfikirlah dengan waras sebelum memporak-perandakan Majlis Belia Malaysia.

-

Wednesday, 16 January 2013

Blogger Hentam KBS dan @shaberyc


Apasal Blog ni meroyan tak tentu pasal. Dia hentam kromo suka hati. Tak ada usul periksa main hentam aje. Rasanya teman dan rakan-rakan blogger yang lain dah ulas isu ni. Lama dah! (Click Here ) Tiba-tiba datang pulak blogger baru ni buat cerita baru. Semua dia hentam sebab nak popular cepat. Kepimpinan Majlis Belia Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan pun dia hentam. Sekali dengan Menteri Belia dan Sukan pun dia hentam. Hentam tak ada fakta. Suka-suka mak bapak dia je..

Ini kisah satu blog yang mendakwa mewakili suara generasi baru dan golongan anak muda. Tapi cakap pun tak mewakili suara anak muda. Admin blog ni sendiri dah ketinggalan zaman tentang kemahuan anak muda. Citarasa anak-anak muda sudah berubah. Bukan kewangan menjadi keutamaan. Citarasa dan kehendak anak-anak muda itu sendiri. Bukan khemah atau pentas jadi keutamaan yang menjadi isu admin blog ini.
Kenyataan KBS
Buat cerita dongeng yang sudah dijawab berkali-kali. Biar teman perjelaskan sekali lagi.  Apa yang kome harus faham, pelaksanaan Himpunan Jutaan Belia (HJB) Putrajaya 2013 yang lalu adalah dari hasil tajaan sektor swasta dan korporat. Keyakinan puluhan syarikat dan perniagaan untuk turut sama menjayakan perhimpunan ini melalui pendekatan Strategi Lautan Biru (BOS) sama ada sebagai penaja, pemberi khidmat dan juga mengambil peluang mempromosikan berbagai-bagai produk mereka di HJB. Kejayaan HJB belia telah berjaya menarik penajaan yang besar (kalau ikut kenyataan media KBS) dalam bentuk tajaan tunai, barangan dan operator program sekali gus melebihi sasaran yang ditetapkan sebanyak RM28juta.

Teman nak petik tulisan admin blog ni yang teman dah jawab seperti di atas,
Lagi satu KBS dan MBM kalau boleh tahun ni 40 acara utama bagilah kat badan gabungan belia kendalikan sambil buat duit sikit. Jangan asik bagi kat konsultan memanjang. Konsultan pun muka yang sama jek dengan KBS.

Admin ni nak buat duit ke atau nak memenuhi citarasa dan kehendak anak-anak muda? eh!eh! Jika benar-benar ikhlas nak membantu, bantu la dengan seikhlas hati. Jangan jadikan kewangan sebagai satu halangan. Bantuan kewangan KBS beratus ribu telah disalurkan kepada setiap badan-badan gabungan MBM setiap tahun tanpa henti. Tahun ini telah ditingkatkan  dan ditambah lagi atas permintaan MBM sendiri. Teman malas la nak ulas lagi kalau macam bercakap dengan orang menghentam tak ada fakta ni... 
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...