Showing posts with label Ivory Properties Group Berhad. Show all posts
Showing posts with label Ivory Properties Group Berhad. Show all posts

Sunday, 10 February 2013

Rahsia Hubungan Guan Eng dengan Low Eng Hock, MD Ivory Properties


Adeeh! Ini sambungan entry teman petang tadi DISINI. Jadi teman tak payah ulas lagi panjang-panjang dan berjela-jela. Secara rumusan, ada yang tak kena mengenai penjualan tanah Bayan Mutiara Pulau Pinang kepada Ivory Properties Group Berhad. Perjualan tanah secara runding terus tanpa melalui tender terbuka. Jual pada harga RM240 kai persegi berbanding dengan harga pasaran RM420 kaki persegi. Murahnya weh! Kerajaan DAP Pulau Pinang tak jawab lagi weh!

Mengikut sumber, Dato' Low Eng Hock , Pengarah Urusan Ivory Properties Group Berhad dikatakan sangat rapat dengan Guan Eng sejak 5 tahun kebelakangan ini. Beliau didakwa sering menjalankan urusan perniagaan di kelab-kelab malam dan karaoke. Adeeh! Menyanyi la pulak sambil dikelilingi dengan GRO-GRO. Boleh bagi "full service for the right price"! eh! Apa tuh, teman tak faham la.heee


Menurut DAPinsider, beliau dikatakan sering berkunjung di The Myth, Gurney Karaoke, Platinum, De Shang yang didakwa menggajikan lebih 10 GRO yang boleh dihubungi untuk menyediakan perkhidmatan khusus kepada "VVIP" termasuk dengan "nookie" session". (Kome cari la makna sendiri.heee..). Apabila VVIP ini dah terjerat dengan GRO ini, maka mudah la beliau menggunakan untuk mendapatkan sesuatu daripada VVIP ini. Senang je..kan..kan. SEX-MONEY & POWER will done anything, everything and thing..thing..thing..heee..

Kome buatlah penilaian sendiri. teman takut nak lebih-lebih ni. Nanti kena saman der!!!

Nota: Ulasan ini diolah dari artikel berbahasa Inggeris. Kali ini teman secara sengaja tidak mengubah beberapa ayat berbahasa Inggeris bagi memberi pemahaman yang lebih terus kepada pembaca.
-

BONGKAR: DAP Jual Bayan Mutiara dengan Karoake dan GRO


Isu penjualan tanah di Bayan Mutiara pernah menjadi topik hangat seketika dulu. Teman cuba membuka satu persatu cerita dari sumber-sumber yang teman ada. Penjualan tanah tersebut kepada Ivory Properties Group Berhad jelas menunjukkan bukti Kerajaan DAP Pulau Pinang yang dilihat mengamalkan korupsi dan kronisma. Hairan kan..

Tanah Bayan Mutiara di jual dengan harga RM240 kaki persegi jauh beza dengan harga pasaran RM420 kaki persegi. Ramai yang mempertikaikan harga jualan tersebut kepada Ivory Properties. Ketelusan yang diwar-warkan oleh Guan Eng hanya omong-omong kosong belaka. Alasan bodoh dan tak munasabah dari Kerajaan DAP Pulau Pinang belum lagi boleh menutup skandal ini. Apa yang pelik, penjualan tanah tersebut adalah hasil "direct deal" atau rundingan terus antara Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan Ivory. Rasa teman jika kerajaan BN yang lakukan, confirm kena hentam teruk dengan alasan-alasan rasuah dan kronisme. Kalau Kerajaan DAP Pulau Pinang yang buat, apa cerita? Tak Ada rasuah ke?

Apa salahnya kalau Kerajaan DAP Pulau Pinang serahkan tanah tersebut kepada PDC anak syarikat dibawah Kerajaan Negeri. Lebih mudah dan dilihat sebagai badan yang mempunyai rekod yang cemerlang dalam melaksanakan projek-projek kerajaan negeri.

Semua persoalan tersebut ada jawapannya. Ikuti pendedahan seterusnya jam 8.30 malam ini. Tunggu!!!
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...