Showing posts with label Hiburan Fasha Sandha. Show all posts
Showing posts with label Hiburan Fasha Sandha. Show all posts

Wednesday, 5 December 2012

Fasha Sandha Sedih Jejai Larang Pegang Kucing



Pelakon jelita, Fasha Sandha meluahkan rasa sedih apabila suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai melarangnya untuk membelai dan bermain dengan kucing belaannya.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 28, berkata, sejak dia mula mengandung lagi, Jejai, 36, tidak membenarkan Fasha menyentuh malah melihat kucing-kucingnya sebanyal 13 ekor itu.

"Rasa sedih sangat apabila hubungan saya dengan kucing-kucing terjejas sedangkan sebelum ini saya sering bercakap dengan mereka.

"Malah Jejai telah meletakkan kesemua kucing kami itu di sebuah bilik tingkat atas rumah kami dan dia tidak membenarkan saya naik melihat mereka langsung.


"Kadang-kala pernah terfikir juga nak melihat kucing-kucing itu, ketika ketiadaan Jejai, tetapi dah dikira deharka pada suamilah pula," katanya.

Tambah Fasha, suaminya itu risau sekiranya kuman yang terdapat pada kucing boleh berjangkit dan pelakon itu mungkin boleh terkena penyakit sekiranya tidak berjaga-jaga.

"Saya percaya mereka (kucing) pasti merindukan saya. Mana tidaknya, sayalah orang yang menjaga makan, minum serta kebersihan mereka.

"Malah saya turut memandikan mereka sendiri setiap seekor tanpa menghantar ke kedai langsung," ujarnya.

Bagaimanapun, Fasha tidak tahu adakah Jejai membenarkannya dia bermain dengan kucing lagi selepas bersalin kelak.

"Entahlah, kata orang, bila dah bersalin nanti, memang kena elakkan kucing datang dekat dengan bayi kita kerana takut terkena jangkitan kuman, tengoklah macam mana situasinya nanti," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Fasha yang kini mengandung lima bulan itu bakal menjadi duta kepada dua produk ternama kecantikan dan barangan bayi.

Teman Kutip Dari mStar Online

-

Friday, 23 November 2012

Anak Di Kandungan Beri Tuah Buat Fasha Sandha



Pelakon Fasha Sandha menyifatkan kehadiran bayi sulung yang dikandungkannya sepanjang empat bulan setengah itu memberikan tuah dan rezeki buatnya dan keluarga.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 28, berkata, walaupun dia sudah berehat daripada sebarang aktiviti lakonan, namun dia mendapat tawaran untuk menjadi duta kepada dua produk iaitu kecantikan dan barangan bayi.

"Alhamdulillah, anak ini memberikan tuah kepada kami sekeluarga. Ada sahaja rezeki yang datang. Contohnya, saya sudah ditawarkan untuk menjadi duta kepada dua produk selepas bersalin nanti.

"Malah, setiap perkara yang dilakukan mesti menjadi lebih mudah dan orang selalu mendahulukan saya daripada pelbagai segi apabila berada di luar," katanya.

Tambah Fasha, tuah berkenaan turut dikongsi oleh suaminya Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 36, yang mendapat tempat kedua dalam kejohanan Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia yang berlangsung pada 15 dan 16 November lalu.

"Ini merupakan kemenangan yang bermakna sejak mendapat tempat ketiga pada tahun 2004 dan saya percaya kejayaannya itu dek kerana rezeki anak yang dikandungkan ini.

"Selain itu, anak ini juga telah merapatkan hubungan silaturahim antara kedua-dua belah keluarga. Alhamdulillah," tuturnya yang enggan mendedahkan jantina anak itu.

Sementara itu, Fasha berkata, selepas bersalin nanti, dia akan menjalani tempoh berpantang selama 100 hari.

Dia juga percaya penjagaan yang rapi selepas bersalin amatlah penting untuk mendapatkan tubuh badan asal.

"Saya lebih senang mengikut cara tradisional dalam berpantang, risau juga kalau berat badan naik," ujarnya.

Teman Kutip Dari mStar Online
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...