Showing posts with label Anzalna Nasir. Show all posts
Showing posts with label Anzalna Nasir. Show all posts

Monday, 21 January 2013

Anzalna Mahu Bergelar Penyanyi


Pelakon jelita, Anzalna Nasir berhasrat untuk bergelar seorang penyanyi bagi melebarkan sayapnya dalam bidang seni hiburan tempatan.

Anzalna, 24, berkata, dia ada menerima tawaran untuk bergelar penyanyi daripada beberapa syarikat rakaman namun merasakan masanya belum sesuai untuk berbuat demikian.

"Saya memang boleh menyanyi namun rasanya belum sampai masanya untuk pergi ke arah itu kerana ingin memberikan tumpuan kepada bidang lakonan.

"Bagaimanapun saya mahu bergelar penyanyi suatu hari nanti apabila masanya sesuai," katanya kepada mStar Online.

Tambah Anzalna, selain menyanyi, dia juga mencuba bidang pengacaraan yang disifatkan sebagai mencabar dan dapat membina keyakinan diri.

Dalam pada itu, Anzalna berkata, dia sedang dalam perancangan untuk mengambil lesen memandu bagi memudahkan dia menguruskan sendiri karier seninya tanpa perlu meminta bantuan sesiapa jika perlu ke lokasi penggambaran.

Anzalna berkata, selama ini dia terlalu banyak bergantung kepada kekasihnya iaitu Hanif Zaki, 24, jika mempunyai urusan kerja.

"Walaupun dia tidak pernah merungut kerana perlu menghantar saya ke lokasi penggambaran atau sesi fotografi tetapi saya sedar yang saya tidak boleh terlalu bergantung harap kepadanya.

"Sebab itu saya merancang untuk mengambil lesen memandu secepat mungkin," katanya.

Sementara itu, Anzalna berkata dia kini sedang sibuk dengan beberapa projek lakonan dan gembira apabila filem pertamanya iaitu Sepah The Movie mendapat sambutan dan pujian daripada penonton.
-

Monday, 7 January 2013

Anzalna Janganlah Kecoh-Kecoh, Malu La!


Aktres Anzalna Nasir mengakui terlalu terbuka mendedahkan identiti kekasihnya iaitu Hanif Zaki kepada umum sehingga menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.  Pelakon yang hangat dengan drama bersiri Adam dan Hawa, merasakan sudah tiba masa untuk meletakkan had mengenai perkara itu.  Ermm..Teman rasa lah, tak salah jika betul caranya. Pada pandangan teman, kehadiran "kekasih" Anzalna mungkin sedikit menganggu pengambaran atau sesi fotografi. 

Anzalna sendiri mengaku beliau tidak mempunya lesen memandu dan mengakibat khidmat "kekasihnya" untuk menghantarnya ke mana sahaja termasuk ke lokasi atau sesi fotografi. Teman dapat bayangkan mungkin ada pihak yang kurang senang kerana berlaku sedikit kelewatan dari jadual dan menganggu sesi pengambaran atau sesi fotografi. Itu sahaja. Tiada pun yang mahu irihati jika tidak menggangu jadual orang lain. tak gitu!

Alzalna pun dah kerap mendapat rezeki yang murah dan sering dipanggil untuk berlakon dalam telefilem dan drama bersiri. Kira dah cukup bagus. Jangan dek kegagalan Anzalna menepati masa akan menjejaskan periuk nasi utama mike tu. Kalau nak berkahwin tak payah la nak kecoh-kecoh kalau tempohnya panjang lagi. Takut tak jadi pulak. Orang kampung semua dah tau, tapi sangkut ditengah jalan. Malu keluarga nanti.kan..kan..
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...