Monday, 21 January 2013

Banjir: 24 Penuntut Malaysia Pulang, 38 Masih Di Dewan Malaysia Jakarta


Seramai 24 daripada 62 penuntut Malaysia yang ditempatkan sementara di Dewan Malaysia di Jakarta Pusat berikutan kejadian banjir di Jakarta, dibenar pulang ke rumah masing-masing di kawasan Tomang dan Roxy di Jakarta Barat apabila keadaan di kawasan penempatan mereka pulih seperti biasa.

Pengarah Education Malaysia (EM) Indonesia Prof Madya Dr Juzhar Jusoh berkata pihaknya telah memeriksa kawasan penempatan penuntut itu di Tomang dan Roxy pagi ini dan bersetuju dengan pemintaan mereka untuk pulang.

"Jika tempat mereka banjir kembali, mereka masih boleh kembali ke Dewan Malaysia untuk menginap sementara," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Juzhar berkata rumah-rumah penuntut dari Universiti Trisakti itu sebenarnya tidak terjejas dengan banjir, namun jalan-jalan akses ke rumah mereka yang dinaiki air dan disebabkan masalah itu mereka dipindahkan ke Dewan Malaysia.

Mengenai 38 penuntut Malaysia yang masih menginap di Dewan Malaysia Jakarta, mereka hanya akan dibenar pulang jika keadaan banjir di kawasan penempatan masing-masing dipastikan telah pulih.

Juzhar berkata Universiti Trisakti, di Jakarta Barat, yang turut dilanda banjir, mengisytihar cuti selama seminggu dan kuliah akan hanya disambung pada 28 Jan.

Kejadian banjir di Jakarta, sejak Selasa, sehingga ini meragut 19 nyawa dan sebahagian daripada mereka meninggal dunia disebabkan kejutan elektrik apabila kediaman mereka dinaiki air.

Sumber
-

PAS Keluar Pakatan Rakyat Sebelum PRU 13?



ANGINLAUTCINASELATAN : Hari ini kecoh berita PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat sebelum PRU 13 ini. Kalau betul macam tu baguslah... buat apa nak berlindung di dahan nan rapuh.

Semua orang dah tahu pasal isu kalimah allah. Pendirian Majlis Syura Ulamak Pas di pertikaikan oleh Azmin bagi pihak PR. Kemudian hari ini pula muncul kisah Karpal yang merayu agar Haji Hadi berbincang semula tentang pendirian itu.

Perbuatan  ini benar-benar tidak menghormati PAS sebagai rakan kongsi mereka. PAS perlu sedar biar apapun alasan yang di berikan kejadian baru ini benar-benar membukti rakan seperjuangan mereka bukan memandang sebelah mata kepada  PAS malah langsung tak di pandangnya.

Adat orang berkawan biar saling menghormati dan paling tidak menjaga hati kawannya supaya tidak terguris. Perbuatan DAP dan PKR yang tidak menghormati kawan ini bukan sahaja mengguriskan hati penyokong PAS malah lebih teruk dari itu mereka merasa dipermainkan?

Pada Angin telah tiba masanya PAS berdiri dikaki sendiri. Penyokong PAS mesti respek kalsu pemimpin mereka buat keputusan untuk tinggalkan PR... tak gitu Ayah Chik????
-

Isu Saman Fitnah Hanya Merupakan Sandiwara Anwar


Di dalam keghairahan Anwar Ibrahim mencari publisiti untuk mempopularkan dirinya, masyarakat umum tiba-tiba dikejutkan dengan berita penarikan saman yang dikemukakan kepada Khairy Jamaluddin. Ekoran itu, maka para penyokong pembangkang cuba memutarbelitkan fakta dengan mengatakan kes tersebut telah memberikan kemenangan kepada Anwar.

Tidak kurang juga yang mengatakan Khairy yang menarik balik saman tersebut kerana telah tahu akan kalah dalam berdepan dengan Ketua Umum PKR itu. Sedangkan secara faktanya saman tersebut telah difailkan oleh Anwar sebanyak RM100 juta terhadap Khairy pada September 2007.

Di dalam samannya itu, Anwar mendakwa Khairy, yang ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya pada satu majlis politik di Kuala Kangsar pada Ogos 2007, yang disiar media cetak dan elektronik pada 3 Ogos tahun sama.

Oleh yang demikian secara logiknya Khairy perlu membela diri terhadap dakwaan yang dikemukan Anwar dan bukan sebaliknya. Dan disebabkan saman tersebut bukan dikemukan oleh Khairy maka beliau tidak mempunyai hak untuk balik saman tersebut.

Apa yang menarik mengenai isu ini ialah, motif Anwar menarik kembali saman tersebut adalah disebabkan kerana takut dengan senarai saksi pembelaan yang bakal dikemukakan oleh Ketua Pemuda Umno itu

Antara yang disebut-sebut ialah mantan orang-orang kepercayaan Anwar seperti Senator Ezam Mohd Noor, Datuk S. Nallakaruppan dan ramai lagi. Dengan penampilan mereka-mereka ini sudah pasti ia sedikit sebanyak bakal mencemarkan lagi maruah Anwar. Sebagai Ketua Pembangkang Malaysia, sudah pasti publisiti seperti itu perlu dielakkan.

Namun yang menjadikan isu ini lebih menarik ialah, percaturan Anwar untuk menarik balik saman tersebut dilihat telah memakan dirinya. Para pencacai upahan pakatan pembangkang bukan sahaja gagal mempertahankan isu ini malah telah membuatkan rakyat secara keseluruhan mula mempersoalkan mengenai dirinya.

Panas dengan perkembangan tersebut, Anwar terpaksa mencipta sandiwara baru dengan ‘berperang’ dengan Khairy di laman media sosial twitter. Anwar saling berbalas mesej bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh pengikutnya.

Dia mengatakan saman tersebut tidak diteruskan kerana Khairy telah menarik balik kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini. Anwar juga cuba mengalihkan pandangan masyarakat dengan menyalahkan Utusan.

Ekoran perkembangan tersebut, ‘anak emasnya’ Azmin Ali terpaksa membuat kenyataan. Azmin antara lainnya mengatakan sedang menimbangkan untuk memulakan prosiding baru terhadap Khairy atas dakwaan menghina mahkamah.

Kesimpulannya drama saman Anwar akan sentiasa berterusan sehingga pilihanraya umum namun ia akan dibatalkan disaat akhir sekiranya ia bakal merosakkan imejnya. Apapun bersamalah kita saksikan kes saman Anwar terhadap Datuk Nalakaruppan, apakah bakal diteruskan atau turut ditarik balik.

Suara Generasi Baru
-

PAS Hanya Angguk Penghinaan Patrick Teoh



Sudah ramai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama tampil mengecam kelancangan seorang pelakon keturunan Cina, Patrick Teoh yang secara sedar telah menghina Al-Quran dan agama Islam.

Hatta pemimpin dan penyokong PAS juga tidak ketinggalan mengecam pelakon Cina itu kerana pada awalnya mereka menjangkakan Patrick Teoh adalah penyokong Barisan Nasional (BN).

Bila pemimpin dan penyokong PAS menyedari individu tersebut adalah penyokong PR dan kerap turut sama menjayakan pelbagai program politik rakan sepakatan PAS yakni DAP, tak semena-mena PAS mula melembutkan nada kritikan.

Akhirnya seperti yang dijangkakan, PAS mengambil langkah berhati-hati dengan cuba menjustifikasikan penghinaan yang dilakukan oleh Patrick Teoh disebabkan ketidakfahaman pelakon itu terhadap Islam.

Itu tabiat kebiasaan PAS, sentiasa memilih bulu dalam melakukan kritikan atau kecaman bilamana berlakunya penghinaan terhadap Islam kerana pada PAS kepentingan politik PR dilihat lebih utama berbanding maruah agama.

Maka untuk mengendurkan kemarahan orang ramai terhadap PR, tanpa fikir panjang PAS dan pengikutnya menyalahkan Kerajaan Pusat kononnya telah gagal membentuk pemahaman orang bukan Islam terhadap agama Islam.

Mudah betul mereka bersikap lepas tangan dan cuba meletakkan beban kegagalan sendiri mentarbiah rakan sepakatan dalam PR untuk dipikul oleh orang lain pula.

Walhal sejak berpuluh tahun BN memerintah negara ini sudah banyak program bercorak pendidikan dan penerangan mengenai Islam disiarkan dalam media massa. Hanya golongan bebal dan keras sikap perkaumannya seperti Patrick Teoh sahaja yang buat tidak endah dan masih berselindung disebalik alasan kurang memahami sensitiviti umat Islam.

Demi kerana kemaruk undi penyokong Cina DAP, PAS sanggup berlapang dada di atas penghinaan yang dilakukan terhadap Islam, angguk-angguk dan geleng-geleng dengan menjadikan perkiraan politik sebagai pertimbangan.

Jika kekal beginilah gaya tarbiah PAS kepada DAP, nescaya sedikit masa lagi makin bercambah golongan tak sedar diri seperti Patrick Teoh dalam PR.

Suara Generasi Baru
-

BN Menang SPR Tipu, PR Menang SPR Jujur! Tebaik!


Ini satu lagi lahanat negara. Semuanya nak pusing. Dah cuba politik ugut-ugut. Mat Sabun dah meroyan lagi. Mat Sabun nak ugut demontasi jalanan jika Pakatan Rakyat kalah. Weh! Kalau dah kalah, kalah la. Memang jenis nak merosak negara. Kalau diikutkan patut ditangkap aje penghasut ni! Jangan dibiarkan berleluasa.

Mat Sabun sudah mengetahui, kegagalan Himpunan Beruk-Beruk di Stadium Merdeka tempohari menunjukkan tanda-tanda kekalahan teruk Pakatan Rakyat dalam PRU 13 nanti. Jadi, keadaan sangat mendesak untuk memahkotakan Anwar China Doll menjadi Perdana Menteri. Mat Sabun dipetik berkata beliau berjanji akan menghimpunkan lebih ramai rakyat lagi jika berlaku sebarang penipuan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datangJika berlaku demikian, beliau berjanji, rakyat tidak akan pulang selagi kerajaan yang naik secara penipuan itu tidak turun. "Kita janji, jika kerajaan tak turun, kita tidak akan pulang,"

Apa la! Nak kumpulkan beruk-beruk di KL112 pun dah gagal, ini pulak nak kumpul lagi. Ini la jenis puak-puak Anwarinas yang telah meresap dalam PAS. Jenis menghasut dan mengheret rakyat ke jalanan perjuangkan retorik politik peribadi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Rakyat sudah muak dengan demontrasi jalanan yang dicanang-canangkan Pakatan Rakyat. Yang mengikut hanyalah beruk-beruk PAS yang jadi Pak Turut Anwar China Doll dan DAP. Bodohnya kome. BODOH! BODOH! BODOH!...
-

Sunday, 20 January 2013

Suara Uji Rashid Tak Sedap!


Apa cerita Uji Rashid ni. Tak habis-habis lagi la ni. Adeehhh!! Kenapa pulak. Tiba-tiba pulak Datuk Ramli MS cakap suara Uji Rashid tidak memenuhi kriteria membuat persembahan AJL 27. Suara Uji Rashid tak sedap ke? 


Perkara itu didedahkan oleh Datuk Ramli MS, kegagalan penyanyi Uji Rashid untuk memenuhi beberapa kriteria sebelum membuat persembahan dalam Anugerah Juara Lagu ke 27(AJL27) pada 6 Januari lalu bagi menggantikan Yuna menjadi faktor kenapa beliau terpaksa digugurkan dalam acara tersebut. Ketika mengadakan raptai persembahan, saya dapati Uji gagal untuk memenuhi beberapa peringkat “bunyi” yang ditentukan.

Bunyi apa pulak. Adehh!!!. Ada pulak main bunyi-bunyi ek! Entah la. Macam-macam la cerita kome ni kalau dah tak ada terima penyanyi yang berumur. Kesian Uji Rashid. Sabar aje la. Nak buat macamana. Begitulah dunia artis Malaysia.. Bila dah tua, tak ada siapa yang nak pun. Nak menyanyi pun deme tak bagi. Dunia muzik Malaysia, masih ditakuk yang lama..Yang lawa dan hadsome aje boleh diterima walaupun suara tak sedap boleh nak muntah didengar.wek!wek!wek!
-

Isu Bawani UUM : Kenyatan Penuh Sharifah Zohra Jabeen



Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menegaskan, beliau sudah pun memaafkan KS Bawani, yang menjadi tumpuan ekoran kemunculan satu klip video kontroversi melibatkan mereka, yang dikatakan telah mengaibkan penuntut jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) itu, baru-baru ini.

Dalam kenyataan terbuka yang pertama sejak munculnya isu itu awal minggu lalu, Sharifah Zohra berkata, selain Bawani, beliau turut memaafkan kenyataan pemimpin-pemimpin politik negara yang mengutuknya dengan pelbagai dakwaan, yang dibuat secara sengaja atau tidak sengaja.

"Saya amat kesal kenyataan-kenyataan yang mengkritik saya secara peribadi dibuat tanpa menyiasat dengan lebih lanjut.

“Bagi saya kenyataan-kenyataan seperti ini adalah amat tidak profesional, namun saya maafkan mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, ekoran penyebaran klip video tersebut, ada pihak cuba mengambil kesempatan dengan memutarbelitkan fakta tanpa mengambil gambaran yang lebih besar.

Katanya lagi, ekoran dari persepsi negatif ini, ramai tidak melihat video tersebut sepenuhnya, yang mempunyai empat bahagian, tetapi malangnya hanya bahagian terakhir yang menjadi ‘fenomena’.

“Isu ini telah diputar belit bagi mendapatkan sokongan emosi, oleh itu saya tidak mahu lagi memanjangkan isu ini demi masa depan SW1M.

“Video sensasi yang bermotif politik ini telah menyebabkan saya dan keluarga tertekan, terutamanya anak kecil saya.

"Saya bimbang dengan keselamatan keluarga saya kerana saya telah menerima ancaman SMS tidak bertanggungjawab dari individu, kumpulan dan parti politik,” katanya.

Kata Sharifah Zohra lagi, beliau turut mempersoalkan kenapa sumpah pelajar UUM seperti di dalam klip video itu tidak menjadi sensasi seperti ‘listen, listen, listen’.

“Sumpah itu berbunyi: Kami anak anak bangsa peneraju negara, dengan ini berikrar, menentang budaya songsang perosak bangsa, menentang demonstrasi jalanan penghancur keamanan, menentang anasir luar yang menjadi barah perosak anak-anak bangsa, kami menyokong keamanan, keharmonian dan kesejahteraan sesama rakyat Malaysia berbilang bangsa tanpa campur tangan pihak ketiga,” katanya.

Katanya lagi, pihak yang mempunyai kepentingan tertentu telah berjaya menjadikan isu ini sebagai fenomena sehingga menyebabkan pelajar dan pihak-pihak lain membencinya tanpa sebarang alasan.

“Pada masa sama, fenomena video ini yang menyebabkan saya terkenal dalam satu hari sebenarnya bertujuan mengalihkan pandangan yang lebih penting terutamanya penyalahgunaan hak pelajar, kanak-kanak dan wanita dalam demonstrasi jalanan serta jenayah lain seperti dadah, masalah sosial, pembuangan bayi, HIV, Aids dan rogol.

“Jangan lupa juga, isu-isu politik semasa seperti isu keagamaan, hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan krisis air di Selangor yang turut melibatkan kaum wanita dan kanak-kanak,” katanya.

Sumber
-

Karpal Singh Arah Majlis Syura PAS Tukar Keputusan, Bukti PAS JAdi Kuda DAP


Teman pun heran, siapa yang tak faham sebenarnya. Apa nak dicerita pada orang lain jika dalam Pakatan Rakyat sendiri pun tak sebulu. Kalau nak menuduh orang lain, tengok diri sendiri dulu. Kata orang satu jari kita menuding pada orang lain, sepuluh jari pulak akan menuding kepada kita. Serupa jugak la apa yang terjadi kepada Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menuduh Pak Lah tidak memahami peranan Majlis Syura PAS.


Tuan Ibrahim Tuan Man dipetik, PAS mempertahankan keputusan Majlis Syura berhubung isu kalimah ALLAH Ahad lalu sambil menyangkal tuduhan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bahawa badan tertinggi PAS itu bermain helah politik. Tuduhan Abdullah terhadap badan ulama itu tidak wajar dilakukan sebelum memahami peranannya dalam Pas.

Teman nak gelak aje. Bila Karpal Singh desak Hadi Awang supaya akur dengan keputusan sebelum ini membenarkan penggunaaan Kalimah Allah kepada agama Kristian, Tuan Ibrahim tak komen pun. Kecut telor ke apa? Tunduk kelu tak berkata. Berita Harian dipetik Karpal Singh mendesak PAS supaya tidak mengingkari kesepakatan yang dipersetujui pada Mesyuarat Majlis Presiden pakatan pembangkang pada 8 Januari lalu yang membenarkan kalimah Allah digunakan bukan Islam. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu memastikan keputusan Majlis Syura PAS seiring dengan pendirian pakatan pembangkang yang sudah dipersetujui bersama. 

Ini lah bukti PAS jadi tunggangan DAP semata-mata. Apa yang DAP kata, ikut melulu macam kena santau badak dengan DAP..Ptuiii!!!
-

Gandingan Maliki dan Ghadafi Terajui Kepimpinan Majlis Belia Malaysia


Belia Bangkit : Berakhir sudah majlis MPAT MBM kali ke 61 yang menyaksikan pemilihan Jawatankuasa kerja serta kepimpinan Majlis Belia Malaysia bagi sesi 2012-2014. Pelbagai ragam anak muda khususnya pemimpin-pemimpin dan perwakilan persatuan belia dari seluruh negara telah berkumpul di Hotel Summit, USJ, Subang semenjak 18 Januari yang lalu.

Seperti tahun-tahun sebelum ini yang melibatkan pemilihan kepimpinan tertinggi pertubuhan belia ini, pelbagai ragam, cerita dan gelagat perwakilan mewarnai sepanjang 3 hari mesyuarat ini berlangsung.

Dipendekkan cerita, sekitar jam 2. 45 petang tadi Pengerusi Pilihanraya MBM yang dilantik Ketua Eksekutif Persekutuan Pengakap Malaysia, Encik Mohd Zaki Nuru-udin telah mengumumkan keputusan pemilihan itu buat menghilangkan debaran calon-calon yang bertanding.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) sedia ada, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee mengekalkan jawatan itu buat penggal 2012-2014 apabila menang tanpa bertanding pada pemilihan hari ini.


Gandingan beliau iatu saudara  MUA’AMAR GHADAFI JAMAL daripada Gerakan Belia 4B (M) memenangi kerusi Timbalan Presiden, juga tanpa bertanding.

Berikut adalah senarai pemenang bagi jawatan-jawatan yang dipertandingkan kali ini.

Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Kerja MBM sesi 2012-2014

1. Pengerusi Tetap
    Khairul Anuar El-Shazali Musa
    MBN Perak

2. Timb. Pengerusi Tetap
    K. Murali 
    KBBT

3. Presiden
    Mohd Maliki Mohd Rapiee (Mng Tanpa Btanding - MTB)
    MBN P. Pinang

4. Timb Presiden
    Mua'amar Ghadafi (MTB)
    Gerakan 4B (M)

5. Setiausaha Agung
    Zaidi Aziz (MTB)

 6. Naib Presiden
    - Low Eng Teck
      GBBM

    - Mandzri bin Nasib
      Felda (MBFM)
    
    - Nasrul Ahmad
      (MGB Melaka)

    - 2 Lantikan Presiden
         (Wanita - akan diumumkan kemudian)
         (Borneo - akan diumumkan kemudian)
7. JK Kerja (Exco)
    - 12 kerusi

8. 3 Lantikan Presiden

    - Ketua Penerangan (akan diumumkan kemudian)
    - Pen. SU (akan diumumkan kemudian)
    - Pen. Bendahari (akan diumumkan kemudian)

Tahniah kepada pemenang. Jaga dan hargailah kepercayaan serta amanah yang diberikan oleh para perwakilan kepada anda semua. Kepada yang tewas, teruskanlah perjuangan saudara-saudara semua dalam mengangkat martabat pembangunan belia di negara kita.


BELIA PENGGERAK TRANSFORMASI!!!

-

Isu Bawani UUM : Kenyataan Rasmi Sharifah Zohra Jabeen


Teman nak siarkan satu kenyataan rasmi Sharifah Zohra Jabeen mengenai insiden isu budak hingus Bawani agen PASM dan DAP di Forum UUM tempohari. Di akhir kenyataan Sharifah ini menyatakan kekesalan di atas serangan bertubi-tubi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ke atas beliau sejak kebelakangan ini. Teman yakin selepas kenyataan rasmi Sharifah Zohrah ini, Pakatan Rakyat akan terus memainkan isu ini kerana Pakatan Rakyat sudah mahu berkubur dan kekeringan isu gara-gara kegagalan Himpunan Beruk-Beruk di Stadium Merdeka KL112 tempohari..





-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...