Sunday, 13 January 2013

Blogger Amenoworld Meracau Pasal Kiblat #KL112


Teman sebenarnya tak nak ganggu pasal blogger-blogger sebelah sana tu. Tapi bila teman terbaca artikel Blogger Dinturtle, teman tergerak la hati nak bagi komen la sikit. Ye la! Kisah Top Blogger PR Amenoworld meroyan tak tentu pasal. Kalau dah jadi Blogger PR yang top, tak semestinya isu agama dan kiblat, mike pun tip top. Kiblat kalau dah salah, tetap salah. Yang salah tetap salah. 

Yang teman nak gelak, beruk-beruk ni salah kiblat, disalahkan pulak blogger pro UMNO. Ada akai ka! Itu lah mereka-mereka yang sama dengan beruk-beruk sebab beruk-beruk saje yang berfikiran macam beruk..heee.. Macam teman cakap la, kalau dah salah, tetap salah. Dalam Islam, dosa tetap dosa. Pahala tetap pahala. Tak gitu weh!

Kalau kome nak tengok Amenoworld ni meroyan, bacalah seterusnya disini (continue reading)
-

Najib Dipaksa Letak Jawatan?


Pada hujung minggu, khabar angin bertiup kencang menyatakan bahawa Najib akan membubarkan Parlimen pada 26 Januari dan ini antara usaha untuk mencari jalan agar Muhyddin dan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad boleh menggulingkan Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri negara sebelum PRU ke- 13 diadakan. (Malaysia Chronical)

Weh! Lawak la cerita Portal Malaysia Chronical ni. Kalau ada pertandingan portal terlawak atau Portal Maharaja Lawak, Portal Malaysia Chronical confirm jadi juara. Top gila! Macam-macam cerita lawak di Portal propaganda tu. Biasa la, dah tak ada modal, mula la reka cerita yang bukan-bukan nak menjatuhkan kredibilit dan imej Najib. Hanya berniat untuk melaga-laga Najib dengan Muhyiddin serta Tun Mahathir.

Pakatan Rakyat dah mula bimbang kejayaan dasar-dasar baru kerajaan BN yang dibawa oleh Perdana Menteri DS Najib Razak telah mendapat respon positif dari rakyat. Slogan 1 Malaysia telah menjadi buah mulut semua rakyat Malaysia membuatkan Pakatan Rakyat menjadi sakit hati yang amat dasyat. Hinggakan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tak tidur lena dan asyik mereka-reka fitnah untuk mengaburi kelemahan sendiri. Isu Kalimah Allah dan Amanat Haji Hadi menjadi tamparan hebat kepada Pakatan Rakyat yang rata-rata rakyat beragama Islam begitu marah yang amat sangat yang akan menyebabkan kehilangan sebahagian kerusi Pakatan Rakyat akan berpindah kepada BN. Akhirnya cita-cita menawan Putrajaya akan berkubur buat selama-lamanya. 

Pakatan Rakyat sudah membaca kerusi yang dimenangi setelah Himpunan Beruk-Beruk di Stadium Merdeka tidak mencapai sasaran yang diharapkan. 1 juta tak sampai, hanya lingkungan 40,000 hingga 45,000 beruk-beruk yang hadir. Tak sampai 10 peratus pun daripada sasaran perhimpunan tersebut. Mula lah muka-muka mengelabah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menggunakan rangkaian media dan portal online untuk mengalihkan kegagalan agenda Pakatan Rakyat dan mencipta dan mereka fitnah yang bukan-bukan. Propaganda yang bodoh yang senang dibaca oleh sesiapa pun.

Rakyat akan menilai mana intan dan mana kaca...
-

Kalimah Allah : PAS Akan Tukar Kenyataan Bersetuju Untuk Tidak bersetuju


Teman rasa Parti PIMP (PAS) sudah menggelabah teruk. Ini ekoran keputusan Presiden PIMP bersetuju Kalimah Allah digunakan oleh agama Kristian dalam Bible versi Bahasa Melayu. Terkini, Majlis Syura akan bermesyuarat untuk membincangkan polemik berkaitan dengan kalimah ALLAH dan Amanat Haji Hadi. Eh! Bukan ke keputusan dah dibuat oleh Hadi Awang? Mula la nak menggelabah bila mendapat tentangan dari ahli-ahli parti. ish.ish. Kesian..

Jawatankuasa Kerja Parti PIMP (PAS) ni pun nak mesyuarat membincangkan isu yang sama. eh! Kenapa pulak ni? Tak kesian ke pada Nik Ajis dan Hadi Awang dah buat keputusan mutlak. Tak boleh nak patah belakang balik weh! Tulah tu! Jangan lawan Nik Ajis dengan Hadi Awang. Nanti jadi kafir pulak! tak gitu! Guan Eng dan Karpal Singh mesti mengamuk sakan. nanti dilesing kome pulak. Terus kome kena koma 100 hari..haaaaa..

Teman rasa Parti PIMP (PAS) nak keluarkan kenyataan putar belit lepas ni, "bersetuju untuk tidak bersetuju". Best punya ayat.heeee
-

Siapa Zairil Khir Johari, Guan Boleh Tolong Jawab?

Persoalan yang menjadi tanda tanya teman dan mungkin pada orang lain. Masih belum terjawab sehingga kini. Isu siapa sebenarnya Zairil Khir Johari menjadi soalan tanpa jawapan. Teman pernah mendedahkan persoalan kemelayuan Zairil Khir Johari ni (CLICK HERE). Sejak kiraan undi DAP Style berubah dan kenyataan Guan Eng untuk meletakkan calon Melayu mewakili DAP, nama Zairil  Khir Johari bertambah panas. 

Zairil Khir Johari diletakkan sebagai calon Melayu DAP dipertikaikan oleh beberapa blogger yang sangsi status Melayu Setiausaha Politik Guan Eng ini. Guan Eng sendiri enggan mengulas berhubung desakan mengumumkan jumlah calon Melayu yang akan bertanding pada pilihan raya akan datang. Teman yakin Guan  Eng takut  untuk menimbulkan nama-nama seperti Zairil ini bila status kemelayuan Zairil dipertikaikan. Mungkin ada rahsia yang tersimpan. Kalau Zairil berani tampil sila nyatakan kedudukan status beliau. Ada bran?
-

Misbun Sidek Dicabar @shaberyc


Weh kome! Macamana ni! Misbun dicabar oleh Menteri Belia dan Sukan. Apa cer? Ini berikutan keputusan Misbun Ramdan Misbun anak kepada Misbun Sidek yang nekad keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Isnin lalu. Kementerian Belia dan Sukan menghormati keputusan pemain muda itu yang ingin mendapatkan bimbingan daripada ayahnya, Misbun Sidek di Kelab Nusa Mahsuri.

Misbun Sidek terbukti berjaya melahirkan pemain bertaraf dunia seperti Datuk Lee Chong Wei melalui sistem yang berbeza dari apa yang dikendalikan BAM. Dato Sri Ahmad Shabery Cheek yakin Misbun Sidek mampu melahirkan Chong Wei yang baru melalui Akademi badminton Nusa Mahsuri.

"Kalau Misbun boleh lahirkan Chong Wei, maka kali ini adalah cabaran baharu bagi Misbun untuk lahirkan Chong Wei lain sama ada anak beliau atau orang lain melalui Nusa Mahsuri,"

Hah! Apa lagi Misbun! Buktikan pada Menteri dan BAM. Teman begitu yakin dan percaya Misbun boleh lakukan. Sejarah telah membuktikan kejayaan Misbun Sidek. Go! Go! Misbun!..
-

Lawak Pagi Ahad : Karipap-Karipap Cinta #KL112

Biar gambar menceritakan segala-galanya. Teman Tak nak kata apa-apa. Gambar-gambar teman kutip dari rakan Babu Nawas. Saksikan kehebatan Karipap-Karipap Cinta #KL112 di pawagam berhampiran anda..Jangan lepaskan peluang.

-

Polis Tahan Dua Daripada Lima Tahanan Lolos



Polis pada Sabtu berjaya memberkas dua daripada lima tahanan yang diburu sejak Isnin lepas, setelah mereka meloloskan diri ketika dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke Mahkamah Butterworth.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata MohamadFarid Akhtar, 24, diberkas pukul 9 malam tadi di kawasan Kubang Semang di sinihasil risikan dan maklumat awam.

"Susulan penangkapan suspek ini polis yakin dapat menahan tiga lagi akannya dalam tempoh terdekat," katanya kepada Bernama.

Dalam kejadian 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dariPenjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampasvan polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis engiring.

Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada Khamis.

Dua tahanan yang ditembak mati ialah Mohd Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, 28, juga daripada geng Joe Mafia.

Mereka yang masih diburu ialah Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, Hamzani Harun,37, Mohamad Khairulnizam Abdul Rani, 26, dan Hisham Abdul Rahman, 39. BERNAMA
-

Pelakon Memey Suhaiza Terkena Buatan Orang? Biar Betul!


Weh! Betul ke ni? Pelakon Memey Suhaiza terkena buatan orang. Eh! Jangan main-main la! Jangan mare! Sebenarnya Memey sedang mengandung dan dijangka bersalin pada 20 Februari 2013. Dah dekat la tu. Tak lama nanti Norman Hakim akan jadi bapa yang keempat kali. Eh! Betul la. Norman ada 3 orang anak hasil perkahwinan dengan Ustazah Segera PAS Abby Abadi. Kira kali keempat jadi bapa la tu!heee..

Menurut laporan mStar Online, Pelakon Memey Suhaiza mengakui tercuit hati dengan gelagat dan debaran yang dialami suaminya aktor Norman Hakim menjelang kelahiran bayi sulung mereka dijangka pada 20 Februari depan. Sikap kalut Norman yang terlalu gelisah mengenai persiapan kelahiran anak lelaki mereka itu melebihi kebimbangannya sendiri yang pertama kali bakal bersalin.

Ye la kot. Maklum la anak sulung bersama Memey, pastinya Norman akan kalut la sikit. Sabar je la. Mudah-mudahan kelahiran anak sulung nanti akan menambahkan hubungan kasih sayang deme ni. Teman doakan yang terbaik. Abby jangan pulak terasa hati ek! Mike dah dapat syurga PAS, tak payah la kalut sangat.heee..


-

FOTO :Himpunan (8) Gambar Bodoh Beruk-Beruk #KL112

Teman sempat mengutip beberapa gambar yang menarik yang paling bodoh manusia pernah lihat. Tonton dan nilai sendiri betapa bodohnya beruk-beruk #KL112. Kalau kome tak kenal lagi, gambar di atas adalah Ketua Beruk Himpunan Beruk Beruk #KL112 di Stadium Merdeka. Selamat berkenalan..heee..

Komunis pun ada

Ajaran Syiah yang sesat pun ada
Agen Israel pun ada.Kurang ajar..

Arah kiblat ikut suka hati mak bapak deme je..

Budak bawah umur disalahgunakan
Geng LBGT..auwww..
Credit photo to Ratu Naga
-

VIDEO #KL112 YANG DIHARAMKAN KELUAR DI HARAKAH #KL112


Teman nak tunjukkan kome satu video Himpunan Beruk-Beruk di Stadium Merdeka petang tadi. Video ni diharamkan keluar di Haramkah Daily. Jadi kome tak dapat la nak tengok kat situ. Apa yang teman suruh kome tengok, arah kiblat sembahyang himpunan ini. Teman tak tau la, kalau Nik Ajis punya kiblat arahnya berbeza-beza la kot. Tak pun ada fatwa baru dari Nik Ajis. Fikir-fikirkan lah..


-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...