Showing posts with label bomoh penipu. Show all posts
Showing posts with label bomoh penipu. Show all posts

Sunday, 17 March 2013

EKSKLUSIF: Tok ‘Pawang’ Pengganas Militan Sulu Berjaya Ditembak Mati!


KEPERCAYAAN pada amalan mistik dan karut-marut di kalangan pengganas militan Sulu bukan satu rahsia lagi.

Ini dibuktikan dengan kejayaan pihak keselamatan merampas pelbagai tangkal dan azimat daripada pengganas yang berjaya ditembak mati.

Menurut sumber, di antara 61 orang pengganas yang berjaya dibunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan negara, salah seorang daripadanya dikenal pasti individu yang cukup ‘dihormati’ di kalangan pengganas kerana ‘kemampuannya’ dalam perkara berkaitan.

Dikenali sebagai Pawang, lelaki tua itu dikatakan agak lemah dari sudut fizikal tetapi kemampuannya dalam ilmu kebal membuatkan kelibatnya cukup dihormati di kalangan pengganas yang terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu ini.

Malah disebabkan ‘kelebihannya’ itu jugalah, Mynewshub.my difahamkan yang Pawang dikatakan antara mereka yang terlibat dalam rundingan awal dengan pihak keselamatan ketika mereka mula-mula mendarat di Lahad Datu ini.

Namun ternyata Pawang juga manusia biasa, dia akhirnya terbunuh dalam salah satu siri pertempuran dengan pihak polis dan tentera kita.

Difahamkan, mayatnya ditemui diselimuti karpet sewaktu operasi penggeledahan dibuat.

Sementara itu menurut sumber pertahanan, tiada individu tertentu yang ditetapkan untuk menjadi ‘sasaran’ dalam setiap operasi yang dilancarkan.

” Dalam setiap operasi yang kita lancarkan, semuanya dianggap petualang dan musuh yang perlu ditangkap atau dihapuskan demi menjaga kedaulatan negara.

” Yang mati mungkin seorang komander, seorang bomoh, seorang pengikut atau sesiapa saja…maknanya di sini, selagi dia enggan menyerah diri dan berterusan untuk melanggar undang-undang, dia terpaksa menerima akibatnya!,” katanya. - Mynewshub.my

-

Thursday, 10 January 2013

HOT: Banglo Ajaran Sesat Panji Langit, Bomoh Penipu


Macam-macam la cerita ajaran sesat. Macam-macam nama. Ada nama Kerajaan Langit, ini pulak Panji Langit. Yang peliknya, boleh pulak orang percaya hingga terpedaya dengan tipu helah pendakwah sesat ni. Begitu jugalah yang berlaku sekarang ini, yang banyak jadi ustaz dan ustazah segera hingga tak tau mana satu yang betul.

Kejadian terbaru berlaku di Melaka, seorang bomoh yang mengaku dirinya perantara malaikat Jibrail berjaya memperdaya 70 pesakit yang datang berubat dengan mengikuti ajaran sesat dikenali sebagai Panji Langit.

Bomoh berusia 46 tahun yang juga mendakwa dia boleh mentafsir dosa pesakitnya itu dikatakan turut berjaya mempengaruhi seorang imam di Melaka Tengah untuk menjadi pengikutnya sejak penyebaran ajaran itu setahun lalu.

Kalau ikutkan dakwaan bomoh ni pun dah nampak tak betul. Takkan itu pun tak boleh nak fikir. Akibat terlalu taksub, terdapat beberapa pengikut sanggup menyerahkan harta benda dan wang selepas diminta bersumpah setia. ish.ish. Nasib nak kena tangkap, kalau tak, lagi ramai la yang kena tipu bulat-bulat..
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...