Showing posts with label Hishammuddin. Show all posts
Showing posts with label Hishammuddin. Show all posts

Monday, 25 March 2013

PANAS! Politikkan Insiden Lahad Datu Tindakan Melampau


Pemuda Barisan Nasional (BN) diminta sentiasa memastikan agar BN tetap berada di dalam satu barisan untuk menyatupadukan masyarakat walaupun terdapat kepelbagaian kaum dalam parti itu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Pemuda B Njuga perlu memastikan agar tidak ada pihak mengambil sebarang peluang menghuru-harakan keadaan negara ini.

"Kita tidak perlu turun ke tahap pihak tersebut (pembangkang) yang mengamalkan 'politik mudah' dengan membuat demonstrasi jalanan, menabur fitnah, menghasut dan menyerang peribadi pemimpin sehingga memecah-belahkan kaum dan masyarakat negara ini.

"Paling melampau mempolitikan keadaan genting seperti isu pencerobohan di Sabah dan menuduhnya sebagai sandiwara. Itu semua bukan cara kita," katanya ketika berucap melancarkan jentera pilihan raya Pemuda BN Gombak sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di sini, Ahad.

Turut hadir Ketua Pergerakan Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omar Din.

Hishammuddin yang juga Naib Pengerusi Umno berkata cabaran untuk memastikan keamanan dan menyatupadukan rakyat dalam satu barisan merupakan perjuangan yang lebih sukar dan semangat itu perlu ada dalam jiwa setiap pemimpin muda BN.

"Elakkan menyebar gelombang kebencian antara kita, sebaliknya sebarkan gelombang untuk menyatupadukan masyarakat, menyuntik nilai-nilai baik di kalangan anak-anak muda.

"Isu di Sabah, misalnya bukanlah isu untuk dipolitikkan atau menuding jari menyalahkan sesiapa, sebaliknya adalah soal mempertahankan maruah dan kedaulatan negara merdeka, Malaysia," tegas beliau.

Sementara itu menurut Megat Zulkarnain, Pemuda BN Gombak kini berada dalam keadaan bersiap siaga untuk menghadapi PRU ke-13 pada bila-bila masa.

Katanya dengan semangat dan momentum yang ada pada setiap anggota Pemuda B Nparlimen tersebut, beliau yakin Gombak boleh ditawan kembali. - BERNAMA
-

Sunday, 10 March 2013

HOT : Tian Chua Celaka Sama Perangai Dengan Pengganas Sulu


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumpamakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua yang mendakwa pencerobohan pengganas Sulu adalah sandiwara Umno, sebagai manusia yang sudah hilang nilai baik dan nilai kemanusiaan.

Beliau berkata walaupun insiden pencerobohan di Lahad Datu itu telah mengakibatkan lapan anggota keselamatan negara terkorban, namun terdapat juga "manusia-manusia yang tidak berhati perut yang tidak ada perasaan kasih sayang langsung".

"Saya nak tanya Tian Chua...apakah gambar-gambar yang saya lihat sendiri dengan mata saya, puluhan yang bergelimpangan mati katak di tengah-tengah hutan juga satu sandiwara?

"Sakitnya kita tengok keluarga, anak tercinta, isteri tercinta yang ditinggalkan. Jadi ini merupakan sesuatu kesedaran bagi kita, nak berpolitik ada tempat dan masanya, dan saya tengok ini budaya kebencian yang sanggup menggadaikan segala-galanya gara-gara kerana jawatan dan rakus serta angkuh, mengenepikan sentimen," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengunjungi balu Allahyarham Sarjan Baharin Hamit, Sumiati Suarah dan anggota keluarga Allahyarham di Inanam Laut, dekat sini, Ahad.

Allahyarham Sarjan Baharin dari cawangan khas ibu pejabat polis kontinjen Sabah di Kepayan, dekat sini, merupakan antara enam anggota polis yang terkorban dalam serang hendap pengganas di Kampung Simunul, Semporna pada 2 Mac lepas.

Sambil menyatakan ada hikmah di sebalik insiden itu, Hishammuddin berkata: "Tuhan tidak akan mengizinkan manusia-manusia sebegini berleluasa di kalangan masyarakat Malaysia yang mencintai keamanan, sayang sahabat sesama agama, sama bangsa.

"Kita seharusnya melihat ke hadapan, bukan untuk diri kita tetapi anak cucu cicit kita yang kita tinggalkan selepas ini," katanya.

Sementara itu, Sumiati yang mempunyai dua orang anak berterima kasih kepada Hishammuddin yang datang sendiri melawat anggota keluarga Allahyarham.

"Lawatan ini sekurang-kurangnua memberi semangat kepada kami untuk menghadapi detik-detik kehilangan orang yang tercinta.

"Anak-anak semua dah boleh terima dan kira okay, dah stabil. Sedih-sedih...tapi dah stabil, semangat dah ada. Kita dah faham...rasa bangga sebab dia (anak-anak) tengok ayah (gambar) di TV...balik-balik dia kata Perwira Negara," katanya. BERNAMA
-

Monday, 4 March 2013

Updated: Hishamuddin & Zahid Hamidi Tiba di Lahad Datu, Anwar Masih Menjaja Fitnah

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Tun Hussein diberi kawalan ketat sebaik tiba dengan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Komtek Sahabat 16 Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) dekat Lahad Datu, Isnin. Mereka tiba pada 12.15 tengah hari dengan menaiki helikopter Polis Diraja Malaysia dari Lapangan Terbang Lahad Datu dan terus ke Komtek Sahabat 16 Batalion 17 Pasukan Gerakan Am bagi mendengar taklimat keselamatan pencerobohan di Kampung Tandou.
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...