Showing posts with label Politik DAP Lim Guan Eng Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Politik DAP Lim Guan Eng Pulau Pinang. Show all posts

Saturday, 15 December 2012

DAP PARTI DOMINAN PAKATAN RAKYAT DIDEDAH



Kalau dah gila kuasa tu, memang la terbuka jugak akhirnya.  Cita-cita DAP untuk menguasai dan memerintah Malaysia secara sendirian tanpa parti-parti pakatan yang lain terdedah.  Desakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membenarkan DAP bertanding lebih banyak kerusi pada pilihanraya umum akan datang.  Hah!  Dah nampak tembelang DAP sebenarnya.  Sasaran tambahan 3 kerusi Parlimen da 10 kerusi DUN di Semenanjung akan mengorban beberapa kerusi PAS dan PKR.  

Teman yakin, kerusi-kerusi yang diintai tersebut mempunyai bilangan pengundi 50/50 kaum Melayu dan Cina ataupun yang paling hampir.  Mungkin kome dah boleh mengagak-agak kerusi Parlimen yang mana diidamkan DAP.  Dalam pilihanraya umum 2008, DAP menang 28 dari 47 kerusi Parlimen yand ditandingi, PAS menang 23 kerusi dari 66 yang bertanding sementara PKR menang 27 kerusi dari 97  yang bertanding (ditolak dengan 4 Ahli Parlimen yang keluar PKR).  Bermakna ada kerusi PAS atau PKR yang akan terkorban.  Cerdik betul DAP ni.   Cuba lihat keseimbangan kerusi antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.  Parti mana yang menguasai?  Sudah tentunya DAP yang nampak dominan.  Jika ditambah dengan 3 kerusi tambahan seperti diminta, sudah pastinya DAP akan menjadi yang lebih dominan dan jadi parti penentu keputusan dalam Pakatan Rakyat.  Sudah pastinya, jika berjaya menawan Putrajaya, Lim Kit Siang akan menjadi Perdana Menteri..Melopong la weh!.

GEORGETOWN: DAP berharap kesetiaan mereka dalam pembangkang akan diiktiraf dengan membenarkan parti itu bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum akan datang. 

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, berkata DAP mensasarkan tambahan tiga kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Semenanjung. 


"Kita (DAP) terbukti menjadi rakan yang setia dan tulus kepada PAS dan PKR. DAP berharap bahawa kesetiaan kita ini diiktiraf dengan membenarkan DAP bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum akan datang," katanya. 

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Setiausaha Agung pada Kongres Kebangsaan DAP Ke-16 di sini, sebentar tadi. UTUSAN

-

Saturday, 8 December 2012

HAH! PECAH LUBANG GUAN ENG, PENIPU RUPANYA



Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mampu mengatasi masalah perumahan kos mampu milik dan rendah untuk rakyat Pulau Pinang. 

Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow hari ini berkata, jika masalah perumahan mampu milik dan kos rendah tidak diatasi menjelang 2014, penduduk di bahagian pulau dijangka akan berpindah ke kawasan seberang. 


Katanya, satu kajian oleh Penang Institute, organisasi yang membuat perancangan untuk kerajaan Pulau Pinang, menyatakan penduduk berpendapatan kurang RM2,700 dijangka tidak mampu memiliki rumah sendiri di kawasan pulau menjelang 2014. 

Kajian itu turut menyatakan harga rumah di Pulau Pinang telahpun melambung 50 peratus berbanding lima tahun lepas dan penduduk akan terpaksa berpindah ke Seberang Jaya Utara. 

"Ini adalah perkara yang menakutkan tetapi kerajaan pakatan pembangkang di negeri ini tidak ada dasar untuk atasi masalah ini. Mereka terus memberi kelulusan kepada pembangunan rumah-rumah mewah," katanya ketika berucap pada majlis Janji Ditepati yang dirasmikan Perdana Menteri sempena lawatan seharinya ke negeri ini. 

Beliau berkata, rakyat Pulau Pinang mampu mendapat manfaat dari program Perdana Menteri di bawah konsep 1Malaysia dan juga mempunyai pelbagai program perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah. 

Katanya, BN sentiasa menunaikan janji-janji sejak 40 tahun yang lalu malah di bawah pentadbiran bekas ketua menteri, Tun Dr Lim Chong Eu lagi diwujudkan dasar perindustrian Pulau Pinang serta dasar perumahan. 

Teng berkata, di bawah pentandbiran Chong Eu, kerajaan BN membuka bandar baru di Bayan Baru, Seberang Jaya dan Ayer Itam serta mewujudkan perumahan mampu milik bagi menampung keperluan rumah rakyat di Pulau Pinang. 

Di bawah pentadbiran Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pula, kerajaan BN masih meneruskan usaha untuk membina perumahan mampu milik dan kos rendah berharga RM25,000 serta rumah kos sederhana dengan harga antara RM42,000 dan RM72,000. 

Teng berkata, Pulau Pinang sejak di bawah pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang tidak mempunyai dasar perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah. 

"Menurut laporan Juruaudit Negara, kerajaan pakatan pembangkang pada 2010 tidak membina rumah mampu milik dan kos rendah untuk rakyat," katanya. - BERNAMA 


-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...