Showing posts with label Himpunan Anak Muda 1 Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Himpunan Anak Muda 1 Malaysia. Show all posts

Saturday, 2 February 2013

Anak Muda Menyokong BN


Masih meriah di sebelah malam. Pengunjung tak berhenti mengunjungi acara-acara di sebelah malam ini. Himpunan Anak Muda 1 Malaysia Parlimen Permatang Pauh masih berjalan dengan rancak.

Acara Fun Ride terdiri dari 300 peserta berbasikal mengelilingi sekitar Seberang Jaya memeriahkan acara sebelah malam.

Program ini bertujuan untuk mendekati anak-anak muda sebagai bakal peneraju negara di masa akan datang. Kehadiran ribuan pengunjung ke program ini khususnya anak-anak muda sebagai bukti anak-anak muda menyokong BN. Datuk Abdul Jalil Abdul Majid, Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh berkata demikian menutup rasmi program tersebut.

Anak-anak muda akan terus menyokong BN di PRU 13. Teruskan sokongan yang tak berbelah bagi itu. Chaiyokk anak muda..heee

-

Gambar Sekitar Himpunan Anak Muda 1 Malaysia Parlimen Permatang Pauh


Himpunan Anak Muda 1 Malaysia Parlimen Permatang Pauh petang tadi telah mendapat sambutan hangat dari anak-anak muda. Program yang dijalankan di Jalan Sembilang Seberang Jaya itu tadi telah dipenuhi pengunjung sejak tengahari. Berbagai-bagai acara yang menarik perhatian pengunjung antaranya pendaftaran Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) hingga mencecah 1000 anak muda telah berdaftar. Kehadiran pengunjung hingga petang tadi sahaja telah melebih 2000 orang. Adalah satu petunjuk yang baik. Teman sisipkan beberapa gambar acara yang telah dijalankan petang tadi.

Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh, Datuk Abd Jalil turut hadir sama

Servis motorsikal percuma dari Wazi Boys

Kabbadi

Pendaftaran BR1M

Kaunter BR1M penuh sesak

Acara Silat Gayung

Antara pengunjung yang hadir


-

BN Akan Mansuhkan Tol jambatan Pulau Pinang


Ini berita baik! Mansuh Tol Jambatan Pulau Pinang untuk motosikal. Itu janji Kerajaan BN jika rakyat beri peluang memerintah semula Negeri Pulau Pinang. Ucapan dipetik di Majlis Perasmian Himpunan Anak Muda 1 Malaysia Parlimen Permatang Pauh oleh Pengerusi BN Negeri Pulau Pinang Teng Chang Yaw sebentar tadi.
Salah seorang penerima BR1M

Gimik Penyerahan Helmet 1 Malaysia

Datuk Azeez dengan Barisan Kepimpinan BN Pulau Pinang

Ini lagi satu. Kerajaan BN janji rumah mampu milik bernilai RM300 ribu untuk rakyat Pulau Pinang berbanding Kerajaan DAP Pulau Pinang yang menawarkan harga rumah mampu milik bernilai RM400 ribu. Teng Chang Yaw cabar Kerajaan DAP untuk tunjukkan lebihan RM100 ribu tersebut.  Perdana Menteri DS Najib sendiri telah mengumumkan rumah mampu berharga RM300 ribu semasa Jelajah Janji Ditepati Negeri Pulau Pinang tempohari. Guan Eng kena jawab le..sila-silakan..spin la balik..kahkah.

Di program tersebut, seramai 1000 anak anak muda telah mendaftar Bantuan Lesen 1 Malaysia Program ini. Ramainya..Sambutan baik punya..ada yang jeles tuh!!
Pelepasan Konvoi Pengedaran Helmet 1 Malaysia

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...