Tuesday 27 November 2012

TAKLIMAT SCORPENE DI SINGAPURA? SINGAPURA TERLIBAT?


Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak membenarkan seorang peguam Perancis, yang dijemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan taklimat di Bilik Taklimat, Bangunan Parlimen.

Strategi terdesak Anwar Ibrahim membangkit isu Scorpene di Parlimen ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat.  Isu penolakan ini dimainkan oleh Malaysiakini yang jelas tidak bertanggungjawab bahawa kemasukan "tetamu " Anwar Ibrahim tidak dijamin keselamatannya oleh KDN.  Teman menjadi lebih pelik apabila taklimat tersebut akan diteruskan di Hotel Changi Village Singapura.  Persoalan mengapa Singapura?  Nampaknya lebih jelas dan nyata penglibatan Singapura seperti isu-isu lain yang telah terbukti kebenarannya.  

Kome tengok keratan kenyataan di Malaysiakini,

Menurut Tian Chua, beliau sebelum ini meminta komitmen Kementerian Dalam Negeri agar dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham dibenarkan masuk ke Malaysia tanpa halangan.

Katanya, beliau kemudiannya mendapat jawapan daripada Jabatan Imigresen bahawa peguam itu akan tetap tertakluk kepada undang-undang imigresen Malaysia.

"Kita juga tulis surat kepada menteri dalam negeri supaya dapat jaminan peguam Perancis boleh masuk dan beri taklimat.

"Menteri dalam negeri tidak ingin menjamin keselamatan kemasukan peguam Perancis," katanya.

Kome boleh baca Sinar Harian dan Malaysiakini untuk perbandingan liputan berita yang dibuat.  Mungkin Sinar Harian  tertinggal atau terlepas pandang beberapa kenyataan Tian Chua.  Kome tengok le deme kona baring..heeee...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...