Monday 26 November 2012

18SX : JANGAN TIRU AKSI INI!



Teman tak berniat nak buat diluar jangkaan.  Kawan teman kata macam "Booster" tapi teman tak kisah.  Teman nak kome buatkan jadi pengajaran dan panduan.  Jangan tiru aksi seorang pegawai kerajaan yang buat onar yang memalukan ini.  Teman bukan nak menuduh tapi terpalitnya semua kakitangan awam seluruh negara.  Tambahan pulak, seorang Ketua Jabatan yang berpangkat Ketua Pengarah yang ditangkap berkhalwat.  Patut-patut la sebab umur dah lanjut dan patutnya tunjuk la teladan pada anak-anak buah, bukannya buat malu..Tak ade pikio langsung..heee..ni tak ade peace...

PUTRAJAYA 26 Nov. - Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang diadakan hari ini memutuskan untuk menggantung kerja Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkuat kuasa 14 Nov lepas, kata Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam.

"SPA dalam mesyuarat itu telah menimbangkan kertas cadangan untuk menggantung kerja mengikut Peraturan 28(6) dan Peraturan 45, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 terhadap Dr Hasan, Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahmood berkata Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan oleh Suruhanjaya terhadapnya dalam mesyuarat seterusnya, pada 3 Dis depan.

Pada 14 November lepas Dr Hasan, 56, dan pasangannya Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, juga kakitangan kementerian, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama.

Teman Kutip dari utusan.com.my

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...