Thursday 29 November 2012

PANAS! NIK AZIZ JADI TIKUS, ANWAR IBRAHIM JADI SERIGALA



Biar Betik der!!! Nik Aziz jadi tikus, Anwar Ibrahim jadi serigala..Huh! Garang tuh!  Kalau ikutkan betul jugak kata DS Najib "Tanpa penilaian yang betul, teliti dan kritikal...menukar kerajaan ibarat mengamanahkan tikus membaiki labu atau mempercayai serigala menjaga biri-biri," Teman boleh andaikan Nik Aziz menikus bila Karpal gertak sikit.  Contohnya macam isu Hudud dan Negara Islam, PAS cakap berdegar-degar, tapi Karpal Singh kata langkah mayat dia dulu, terus PAS tukar Slogan Negara Berkebajikan.  Kan ke tikus tu.  

Anwar Ibrahim asyik nak jadi serigala yang ingin menjadi juara menjaga biri-biri.  Dalam masa yang sama dia pun jual biri-biri tu, Boleh percaya ke?  Silap ari bulan, biri-biri tu pun dia makan macam China Doll..oppppssss...heeee..peace..

KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan rakyat mempunyai pilihan sama ada mahu terus memilih Barisan Nasional (BN) yang holistik atau pembangkang yang kelam kabut dan bercelaru pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Najib, sememangnya wujud pendapat yang mengatakan bahawa tidak salah memberi peluang kepada pembangkang bagi melihat sejauh mana kemampuan mereka mengurus dan mentadbir negara.

Bagaimanapun beliau menegaskan, tindakan itu merupakan satu risiko yang besar kerana masa depan negara ini bukanlah satu bahan untuk dijadikan uji kaji.

"Adalah satu risiko yang amat tinggi kerana masa depan negara, keluarga dan anak-anak kita terlalu berharga untuk dijadikan bahan uji kaji.

"Tanpa penilaian yang betul, teliti dan kritikal...menukar kerajaan ibarat mengamanahkan tikus membaiki labu atau mempercayai serigala menjaga biri-biri," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Persidangan Agung Umno di sini, Khamis.

Teman Kutip Dari mStar Online

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...