Thursday 29 November 2012

NIK AZIZ KENA BACA NI!!!



Teman nak suruh Nik Aziz baca dan dengar apa yang PM katakan dalam ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO baru tadi.  Cuba deme renung-renungkan dan cari le titik persamaan.  Kalau boleh muhasabah diri atau buat la sembahyang hajat..heee..peace..

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Datuk Seri Najib Razak bertegas bahawa UMNO tidak akan sekali-kali mencaci dan menista saudara seagama sepertimana yang dilakukan pembangkang, sebaliknya akan terus mempertahankan perpaduan umat.

Menurut Presiden UMNO, parti itu juga akan terus mempertahankan kesucian dan kemurnian akidah umat Islam di negara ini.

Justeru, kata Najib, UMNO menentang sekeras-kerasnya mereka yang mendokong fahaman pluralisme dan liberalisme.

"Ingin ditegaskan di sini, tanpa ragu-ragu lagi bahawa UMNO komited untuk terus mempertinggikan Islam berteras maqasid syariah, demi memelihara agama, nyawa, harta benda, akal, maruah dan keturunan," kata Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO ke-63 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...