Tuesday, 5 March 2013

Krisis Lahad Datu: 7 Batalion Tentera Dikerah Bantu PDRM


Nampak gayanya kekuatan ATM di Lahad Datu diperkukuhkan. Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebanyak tujuh batalion tentera dihantar ke Sabah bagi membantu pasukan polis. Lima batalion dihantar ke Lahad Datu manakala dua lagi masing-masing di Tawau dan Sandakan.

“Untuk maklumat penduduk Sabah, saya ingin maklumkan bahawa pihak tentera membantu polis sepenuhnya.

“ATM sudah menghantar tujuh batalion yang sedang beroperasi sekarang. Lima batalion di Lahad Datu, satu batalion di Sandakan dan satu batalion di Tawau,” katanya yang dipetik dalam laman Twitternya.
-

Krisis Lahad Datu: Filipina dan Malaysia Cari Resolusi Damai


Filipina dan Malaysia kini mencari jalan untuk mencapai satu resolusi damai berhubung insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Duta Besar Filipina ke Malaysia J. Eduardo Malaya dan Setiausaha Rendah Luar Filipina Jose Brilliantes bertemu Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein di Lahad Datu hari ini untuk mencari resolusi damai itu.

Brilliantes, yang juga Timbalan Menteri Luar Filipina, berada di Sabah bersama Malaya atas misi kemanusiaan konsulat untuk membantu.

Sebelum ini, pihak kedutaan Filipina meminta komuniti Filipina-Malaysia di pantai timur Sabah supaya bertenang dan mengelak mengambil sebarang tindakan yang mungkin merumitkan lagi keadaan. BERNAMA
-

Anwar Kian Tersepit, Terpaksa Saman Utusan-TV3 Untuk Selamatkan Diri


Apabila penglibatan Anwar dengan pencerobohan tentera Sulu menjadi heboh, Anwar sekali lagi ‘menembak si pembawa berita’ (shot the messenger), tanpa menyentuh sedikit pun tentang sumber asal berita tersebut. Seperti biasa, media perdana iaitu Utusan Malaysia dan TV3 menjadi ‘mangsa’ untuk disaman Anwar walaupun mereka hanyalah pembawa atau penyampai berita yang dipetik dari agensi antarabangsa iaitu Reuters dan juga media Filipina, Manila Times.  

Malah, berita yang sama turut dipetik oleh Portal berita Filipina, Inquirer News yang mendedahkan seorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang rapat dengan Anwar telah mengadakan pertemuan pada November tahun lalu dengan pihak penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan terhadap tuntutan kumpulan terbabit di Sabah yang membawa kepada pencerobohan Kampung Tanduo.  

Namun, seperti juga kes kenyataan Anwar di dalam agensi berita mengenai sokongannya terhadap Israel dan juga kritikannya terhadap undang-undang mengharamkan homoseksual, Anwar memilih untuk menembak sipengirim berita bukannya sumber asal berita.  

Tidak sukar untuk membaca kenapa Anwar enggan menyaman Reuters mahupun Manila Post kerana Anwar hanyalah jaguh kampung yang tidak berani dengan orang luar tetapi hanya berani dengan bangsa sendiri.  Lebih penting lagi, Anwar juga tidak berani menyaman sumber asal kerana sumber tersebut pastinya berasaskan kepada kebenaran.  

Hakikatnya, Manila Times bukan menuduh secara rambang tetapi menamakan pihak perisikan Filipina sebagai pemberi maklumat mengenai penglibatan Anwar, malah koresponden mereka juga dinamakan dengan jelas iaitu Al Jacinto.  

Justeru, bukankah lebih mudah dan masuk akal untuk Anwar membersihkan namanya dengan menyaman Manila Times sahaja, jika beliau benar-benar tidak terlibat?   Buat apa disaman Utusan atau TV3 jika hujah pembelaan mereka nanti pasti berkisar kepada ‘memetik sumber asing’?   Hujah sebegini tidak akan mampu menafikan berita tersebut sebagai benar dan tidak mampu menghapuskan keraguan terhadap Anwar.  

Mungkin Anwar tidak begitu berminat untuk membersihkan namanya kerana sudah cukup ‘masak’ dengan penyokong-penyokongnya yang tidak akan percaya apa saja keburukan yang dikaitkan dengannya.  Selama ini pun, Anwar tidak perlu bersusah payah membersihkan namanya dari apa jua skandal kerana penyokongnya sendiri akan menafikan segala-galanya bagi pihaknya.  

Justeru, Anwar merasakan tidak perlu menyaman Reuters dan Manila Times tetapi hanya perlu bersandiwara menyaman Utusan dan TV3.   Selebihnya, Anwar hanya perlu duduk dan lihat sahaja bagaimana bodohnya puak-puak Sulu berkorban nyawa menjadi alat pencetus huru-hara di Malaysia.  

Dan Anwar mengharapkan agar huru-hara berterusan sehingga membawa kepada campurtangan asing sehingga pilihanraya tidak ‘perlu’ diadakan sama sekali.  

Seperti yang disebut di atas, tidak sukar untuk membaca strategi Anwar, hanya orang-orang yang buta tuli sahaja yang tidak mampu membacanya. 

Sumber
-

Berapa Ramai Lagikah Yang Perlu Dikorbankan Untuk Survival Politik Anwar?


Di saat ini majoriti rakyat Malaysia sedang memberikan tumpuan kepada isu pencerobohan bersenjata sekumpulan warga Filipina di Lahad Datu. Ada yang melahirkan rasa bimbang, takut, sedih, simpati dan tidak kurang juga berdoa agar kemelut di Sabah ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Namun, masih ada di kalangan mereka yang begitu biadap dalam mengeluarkan pendapat berhubung kemelut terbabit. Naib Presiden PKR, Tian Chua ketika ditanya oleh portal rasmi PKR, Keadilan Daily menegaskan insiden tersebut adalah merupakan satu konspirasi terancang oleh pihak pemerintah BN/Umno.

Kenyataan yang tidak sensitif itu, benar-benar mengejutkan semua pihak, kerana merasakan kemelut Lahad Datu adalah merupakan isu dan keselamatan negara yang tidak wajar untuk dipolitik. Apa yang menghairankan, sebagai ahli politik Tian Chua dilihat tidak bijak kerana ia bukan sahaja mengakibatkan kemarahan rakyat, malah dilihat boleh menyebabkan kemerosoton sokongan pengikut pakatan pembangkang.

Namun demi menyelamatkan survival pakatan pembangkang khususnya politik Anwar Ibrahim, Tian Chua terpaksa mengeluarkan kenyataan tersebut. Dan sekiranya diteliti, ia adalah merupakan satu strategi biasa untuk menyalahkan kerajaan dalam segala hal dan di masa yang sama menyelamatkan pakatan atas tindakan yang dilakukan sebelum ini.

Kemelut pencerobohan bersenjata di Lahad Datu sehingga kini telah mengorbankan seramai 7 orang perwira dari PDRM yang turut ditanggisi oleh sebilangan besar rakyat Malaysia.

Sebelum ini rakyat, telah dikejutkan dengan laporan yang dikeluarkan oleh Reuters, yang merupakan agensi berita antarabangsa paling berpengaruh berpengkalan di London mengenai penglibatan pembangkang di negara ini berhubung isu Lahad Datu.

Tidak cukup dengan itu media-media rasmi Filipina turut melaporkan perkara sama, yang memetik sumber dari perisikan tentera negara tersebut. Mereka melaporkan Anwar Ibrahim adalah merupakan dalang terhadap tragedi pencerobohan bersenjata itu.

Walaupun Anwar cuba menafikan penglibatannya terhadap isu ini, namun sekiranya dilihat secara keseluruhan, dakwaan tersebut mempunyai asas kebenarannya. Bagi yang tidak mengikuti perkembangan politik tanahair, Anwar sebelum ini sering mendakwa peluang pakatan pembangkang menumbangkan kerajaan BN/Umno adalah cerah walaupun pada hakikatnya adalah sebaliknya.

Ini disebabkan faktor sokongan rakyat di Sabah yang dikatakan telah mula cenderung menyokong ideologi mereka. Di tambah dengan isu kalimah Allah yang secara khususnya untuk menarik simpati pengundi Kristian di negeri tersebut termasuk Sarawak. Ini kerana umum mengetahui, Sabah dan Sarawak adalah merupakan faktor penentu kepada hala tuju politik di negara ini kerana sokongan mereka akan menentukan kerajaan di Putrajaya.

Modus operandi mereka mudah, kerana Anwar juga sedar kekuatan mulutnya dalam menabur pelbagai janji seperti yang dilakukan terhadap rakyat di negara ini mampu diguna pakai untuk isu Filipina.

Tambahan pula mengikut perkiraan statistik, peratusan rakyat Sabah berbangsa Sulu adalah di anggarkan seramai 60 ribu orang. Dengan kemasukkan penceroboh bersenjata yang mendakwa sebagai waris sah kesultanan Sulu ini diharapkan dapat memberikan undi simpati kepada pakatan pembangkang yang dikatakan menyokong gerakan ini.

Atas faktor hubungan  dan pertalian saudara di kalangan rakyat Filipina dan Malaysia yang berbangsa Sulu, maka sudah tentu pakatan pembangkang khususnya Anwar Ibrahim mengharapkan ia akan dapat memberikan kelebihan kepada gerakan pembangang.

Kesimpulannya, hanya untuk memastikan matlamat untuk ke Putrajaya tercapai, Anwar tergamak bersekongkol dengan siapa sahaja, walaupun ia terpaksa mengorbankan nyawa rakyat negara ini. Persoalannya mampukah rakyat menilai dan sedar akan pendekatan ‘matlamat menghalalkan cara’ ini?

Suara Generasi Baru
-

6 Anggota Polis Terkorban Di Semporna Dinaikkan Pangkat


Kesemua enam anggota polis yang maut dalam insiden serangan hendap oleh kumpulan bersenjata di sebuah kampung di Semporna, Sabah dinaikkan pangkat, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan perkara itu kepada beliau selepas memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Supt Ibrahim Lebar, 52, dan Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, 27, setibanya jenazah mereka di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini, Isnin.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Perdana Menteri dan kerajaan atas kenaikan pangkat ini. Mudah-mudahan ia dapat membantu mengurangkan beban keluarga mereka," kata Khalid kepada pemberita.

Turut terbunuh dalam serangan hendap Sabtu lepas di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna ialah ASP Micheal Padel, 36, Sarjan Baharin Hamid, 49, Sarjan Abdul Aziz Sakirun, 48, dan Koperal Salam Togiran, 42.

Khalid berkata PDRM akan menghulur bantuan lain yang layak diterima kepada keluarga mangsa.

Terdahulu, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta ratusan pegawai dan anggota polis lain memberi penghormatan terakhir kepada kedua-dua jenazah.

Turut hadir isteri Sultan Johor Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah; Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah; Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad; dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. BERNAMA
-

Ayuh Rakyat Malaysia! Mari Bersatu Dalam Solidariti Tragedi Lahad Datu


Keadaan cuaca mendung di petang Ahad ini, seolah-olah turut meratapi kesedihan rakyat Malaysia keatas tragedi pencerobohan bersenjata di Lahad Datu yang memakan masa hampir sebulan. Ekoran tragedi itu juga, negara turut kehilangan 7 orang parajurit dan pahlawan negara yang gugur demi mempertahankan kedaulatan negara ini.

Ibu kota negara juga seolah sepi dengan kunjungan mereka yang ingin mengambil kesempatan cuti di hujung minggu. Rata-rata mengambil keputusan untuk duduk di rumah sambil menantikan berita dan perkembangan terkini isu di Lahad Datu yang dikatakan telah merebak ke kawasan sekitar.

Namun ia seoalah tidak memberi sembarang erti kepada sebilangan penyokong dan pengikut pakatan pembangkang yang tanpa peri kemanusian melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah demi kerana kuasa politik.

Ada yang menyokong kenyataan Tian Chua dengan mengatakan ia merupakan sandiwara kerajaan, ada juga yang mengatakan pihak tentera hanya menyamar sebagai pemberontak dan paling menyedihkan ada yang mengatakan pahlawan yang gugur itu adalah anjing kerajaan.

Begitulah rendah dan hinanya akhlak mereka yang mahu melihat semua isu agar dapat dipolitikkan, di saat parajurit negara sedang berhempas pulas dan bergadai nyawa demi memastikan rakyat dapat terus menikmati udara keamanan. Sedangkan di saat ini, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman dan kecenderungan politik sewajarnya bersatu hati dalam memastikan tergedi berdarah ini dapat ditamatkan dengan segera.

Remuk hati kehibaan, bilamana melihat luahan hati anak kecil yang mengatakan ayahnya telah mati dan ditanam kerana telah dibom. Air mata seolah-olah tidak mampu ditahan dari mengalir ketika melihat sayu dan sugulnya wajah isteri yang melihat jenazah suami yang gugur.

Ayuh rakyat Malaysia, ketepikan seketika sentimen politik kepartian, kerana ketika ini isteri, anak, ibu-bapa, kaum keluarga dan sanak saudara mereka yang sedang bertugas amat memerlukan sokongan dan dokongan rakyat Malaysia secara keseluruhan. Jangan kita tambahkan lagi kedukaan keluarga mereka yang sedang meratapi pemergian wira negara yang gugur dengan kenyataan-kenyataan yang biadap dan kurang ajar.

Adalah penting, untuk rakyat Malaysia agar bersatu hati dalam mendepani isu yang sedang melanda ini, bersama kita berikan kekuatan semangat dan moral kepada parajurit yang sedang bertugas. Tunjukkanlah walaupun untuk seketika semangat patriotik di dalam diri sebagai balasan keatas pengorbanan mereka.

Itu belum lagi dikira dengan penguna-penguna media sosial seperti Facebook dan Twitter yang secara tiba-tiba menjadi pakar startegik dan operasi gerak gempur dengan mempersoalkan kewajaran tindakan berkuasa. Pelbagai persoalan dilemparkan dengan mempertikai tindakan yang diambil oleh pihak polis dan tentera dalam berdepan dengan penceroboh bersenjata ini.

Mengapa tidak guna jet, macam mana boleh bolo, mana pergi bom dan kelengkapan berat dan sebagainya adalah antara persoalan yang dilemparkan kepada kerajaan? Pelbagai jawapan dituntut seolah-olah apa yang berlaku di Lahad Datu itu adalah merupakan permainan bola sepak. Sedangkan ia adalah antara perancangan dan strategi perang yang seharusnya tidak perlu untuk didedahkan kepada masyarakat umum. Ini bukan masa untuk seisi percambahan ilmu yang mencari pendekatan terbaik yang perlu diambil. Sudah pasti pimpinan tertinggi PDRM dan tentera sedar dan tahu akan apa yang perlu untuk dilakukan, kerana setiap tindakan yang diambil adalah merupakan satu risiko besar yang harus dipikul oleh parajurit yang sedang bertempur.

Buat rakyat Sabah, dinasihatkan juga agar tidak memaklumkan atau berkongsi apa-apa isu berhubung pergerakan pihak polis dan tentera. Ini kerana dikhuatiri, secara tidak langsung akan memberikan gambaran dan maklumat kepada para penceroboh bersenjata mengenai pergerakan dan pelan tindakan pihak keselamatan negara.

Sebarang tindakan yang diambil, walaupun tanpa niat mungkin akan menyukarkan dan memburukkan lagi operasi pihak keselamatan memburu saki-baki penceroboh bersenjata itu. Bersamalah kita tunjukkan semangat solidariti dalam memastikan kedaulatan negara dan keselamatan para pejuang kita.

Hentikan juga penyebaran khabar-khabar angin yang belum dipastikan kesahihan maklumat tersebut. Seperti kata cerdik pandai, janganlah menjadi sebahagian dari masalah, sekiranya kita bukan sebahagian dari penyelesai masalah.

Suara Generasi Baru
-

GEMPAR! Kata Nista Macai Kepada Anggota Keselamatan Yang Terkorban

Teman bertambah geram bila ada jugak pencacai yang masih tidak menghormati pasukan keselamatan negara walaupun ada yang terkorban. Inilah akibat ajaran sesat Pakatan Rakyat kepada pengikutnya untuk membenci pasukan keselamatan negara. Pencacai ni menganggap PDRM dan ATM sebagai bodoh dan "dua polis anjing UMNO mampus".Memang kurang ajar. Celaka! ptuii!!!
Ada jugak jenis manusia yang tak kenang budi yang tinggal dalam negara yang aman damai dengan adanya pasukan keselamatan yang memastikan keamanan dan keselamatan negara. Pasukan keselamatan negara bergadai nyawa nak memastikan keamanan negara, jenis manusia macam babi ni hina pulak! ptuii!! 

-

Al-Fatihah! Allahuakbar: Jenazah Wira Negara Tiba, Selamat Dikebumi


Teman masih lagi berasa sedih dengan pemergian wira negara yang terkorban semasa mempertahan negara di Semporna , Sabah. Suasana sedih dan pilu turut dirasakan seluruh rakyat Malaysia kecuali Tian Chua Celaka dan macai-macainya. Hanya Tian Chua dan macai-macai yang bergembira dengan angka kematian Polis meningkat kerana hanya meraka sahajalah yang membenci Polis.

Teman menyeru marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada anggota Polis yang beragama Islam yang terkorban dan turut rasa simpati kepada mendiang yang bukan beragama Islam.

Menurut sumber Bernama, jenazah enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna, tiba dan dikebumikan di kawasan kediaman masing-masing, Isnin.

Jenazah Supt Ibrahim Lebar, 52, dan jenazah L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada pukul 6.35 petang.

Suasana pilu menyelubungi pangkalan TUDM itu apabila anggota keluarga tidak dapat mengawal kesedihan melihat ketibaan jenazah yang dibawa dengan pesawat tentera C-130 itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hadir bersama-sama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar serta ratusan pegawai dan anggota polis bagi memberi penghormatan terakhir kepada dua wira negara itu.

Turut hadir isteri Sultan Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Ibrahim dari Cawangan Khas Bukit Aman dan Mohd Azrul dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau ialah antara enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam kejadian serang hendap oleh kumpulan bersenjata di perkampungan atas air itu kira-kira pukul 8 malam, Sabtu lepas.

Empat lagi yang terkorban ialah ASP Michael Padel dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna, Sjn Detektif Baharin Hamid dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Sjn Abd Azis Sarikun dari PGA Tawau dan Kpl Salam Tongiran (IPD Tawau).

Jenazah Ibrahim dibawa ke kediamannya di No.45 Jln USJ 9/5F Subang Jaya dan dikebumikan di tanah perkuburan USJ 22, Subang Jaya Isin malam manakala jenazah Mohd Azrul dibawa ke kediaman keluarganya di Lot.6278/2461 Jalan Telok Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang untuk dikebumikan Isnin malam.

Perkarangan pangkalan TUDM dibanjiri anggota keluarga pegawai dan anggota polis itu sejak jam 4.30 petang.

Di KUCHING, mayat mendiang ASP Michael Padel Sano tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB) Kuching pada pukul 5.30 petang.

Turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada wira negara itu ialah Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Mayat mendiang dibawa pulang ke Kampung Bidayuh, Tembakang di Serian dan akan dikebumikan di Makam Pahlawan Sarawak di Kuching pada Rabu.

Di KOTA KINABALU, jenazah Baharin tiba di Lapangan Terbang Terminal 2, Kota Kinabalu, Sabah pada pukul 2 petang.

Di SEMPORNA, jenazah Abd Azis yang tiba dengan van jenazah di Surau IPD Semporna pada pukul 9.30 pagi, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 2, Jalan Bunga Raya di sini selepas solat Zohor.

Jenazah Salam pula disembahyangkan di Surau IPD Tawau dan dikebumikan di Tanah perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas Tawau, Sabah pada pukul 10.15 pagi ini.
-

Monday, 4 March 2013

BONGKAR: Kiram III Nak Jumpa Anwar Di Negara Ke Tiga ?

Apa yang dibongkar nih! Ada banyak yang menjadi tanda tanya mengapa Anwar melompat katak bila dituduh sebagai dalang pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu Jumaat lalu. Teman dah dapat mengagak "Grand Design" Anwar memang licik. Langkah berhati-hati dalam melaksanakan 'Grand Design" itu amatlah tersusun. Lepas satu dan persatu.

Ini lagi satu pembongkaran dari Portal Malaysia Instinct yang menunjukkan bagaimana "Grand Design" Anwar disusun dan tujuan mencapai agenda  peribadinya.

Lagaknya bagaikan Sang Raja malah mengalahkan Raja atau Sultan rasmi yang ada di seluruh dunia. Lagaknya bagaikan pejuang walhal beliau hanya bersenang lenang bersama ahli keluarga dan penyokongnya hidup daif berbekalkan ubi kayu.

Khabarnya tanah di Lahad Datu tanahnya dan semua penduduk di pesisir pantai selama ini secara senyap-senyap membayar wang sewa tanah kepadanya.

Apakah wakilnya datang mengutip wang sewaan tanah setiap bulan dengan datang menyamar sebagai nelayan dan pasukan keselamatan terlepas pandang selama ini ? Benarkah dakwaan beliau yang tanah Lahad Datu adalah tanah warisan beliau yang tak pernah beliau serahkan selama ini ? Kenapa beliau lari ke Filipina selamatkan diri dan tinggalkan rakyatnya sendiri untuk dibunuh ketika itu ? Layakkah seorang pemimpin lari beratus tahun lamanya dan senang-senang datang kutip wang perlindungan ?

Paling mengejutkan beliau dikhabarkan bakal bertemu Anwar bangsat di negara ketiga ? Apakah perancangan Kiram seterusnya ? Apakah ada kaitan dengan susulan pertemuan beliau dengan wakil Anwar, Jefry Kitingan beberapa waktu yang lalu ?


Menurut sumber rapat, Anwar tengah ligat mencari jalan untuk tangguhkan PRU13 rentetan beliau amat yakin bahawa kali ini pakatan haram bakal dibenamkan oleh rakyat yang sudah mula tahu tembelang beliau dan rakan sekutunya.

Malah penilaian pakar ekonomi yang pro pakatan haram juga sudah menempelak hasil Konvensyen mereka baru-baru ini. Manifesto yang mereka cuba 'jual' kepada rakyat nampak jelas telah ditolak oleh majoriti rakyat dan juga ahli sendiri. Rakyat cuak dengan janji yang sekadar tulisan di atas sekeping kertas dan tidak pernah diterjemahkan secara realiti.

Tempoh sepenggal yang diberi kepada rakyat ternyata disia-siakan oleh pakatan haram, negeri negeri yang mereka kuasai juga menampakkan kelemahan ketara dalam pengurusan dan pentadbira. Tiada arah tuju dan rakyat tidak dijamin sejahtera kehidupan mereka.

"Ilmu Sihir" nik Aziz selama 22 tahun luntur dan rakyat Kelantan juga bangkit melawan seorang yang pernah dilabelkan keramat. Kalau tegur Nik Aziz maka bermacam BALA akan diterima. Kini 'sumpahan' Nik Aziz tidak laku lagi. Ketirisan pentadbiran Nik Aziz amat ketara, keluarga Nik Aziz kaya raya.

Apalagi Anwar dan seluruh kaum kerabatnya. Bila Anwar di pecat kerana salah laku seks sejenis (walaupun beliau menang kes) namun Anwar dilihat begitu kaya raya. Entah dari mana kekayaan beliau simpan selama ini.

Sembang kosong, fitnah keji dan apa juga yang keluar dari mulut Anwar di lihat gagal ditelan oleh rakyat Malaysia yang waras. Anwar mula gelabah dan beliau boleh mengjangkakan bahawa kali ini Tsunami bakal melanda pakatan haram dalam PRU nanti.

Nak bina semula keyakinan rakyat perlukan masa, hanya satu saja cara iaitu TANGGUH PRU dan nak tangguh hanya satu saja cara terbaik iaitu nampakkan bahawa Malaysia huru hara.

Sumber menegaskan, hari ini juga Tian Chua yang menghina Anggota Keselamatan yang gugur di Lahad datu sebagai MATI KATAK bakal berlepas ke Singapura !

Untuk apa Tian Chua ke sana ? Nak buat persiapan sambut Kiram III dan Anwar ?

Sama-sama kita tunggu, MI bakal bongkar !

-

UPDATED 9.30 PM :Penduduk Kg Simunul Angkat Mayat Penceroboh


Bau busuk! Itu lah boleh dikatakan pada mayat-mayat penceroboh yang ditembak mati. sumber Bernama menyebut, kira-kira 30 penduduk Kampung Simunul mengambil inisiatif mengangkat tiga mayat penceroboh dari kampung itu untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.

Ketua kampung, Ramli Saraman berkata tindakan mengangkat mayat itu dilakukan bagi mengelak bau busuk berterusan yang terpaksa dihadapi para penduduk sejak semalam.

Sabtu lepas, enam anggota pasukan keselamatan negara terkorban dalam insiden berbalas tembakan yang turut mengorbankan tiga penceroboh.

Dalam pada itu, Ramli turut menasihati penduduk di situ agar tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab kerana ia dapat mengeruhkan keadaan.

"Saya diberitahu penduduk, mereka mengatakan pihak penceroboh akan membalas dendam dengan membakar kampung ini (Kampung Simunul) jadi saya beritahu mereka jangan cepat percaya berita sebegitu, kerana saya sentiasa berhubung dengan pihak polis," katanya.

Ramli yang menjadi ketua kampung itu sejak tujuh tahun lepas, berkata tiada paksaan untuk penduduk kampung meninggalkan kediaman mereka, kerana ia merupakan hak individu.

Beliau optimis pasukan keselamatan negara mampu mengawal keadaan, dan menambah, keadaan kampung kembali tenang namun masih diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di bawah pengawasan polis.
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...